Monday, April 12, 2010

PORNTHIP PENIPU: TAKUT HADIR INKUES TEOH

Salam Perjuangan...

Aku masih ingat '80% pasti teoh dibunuh' - selepas autopsi kedua dilakukan jelas kecederaan teoh yg dikatakan akibat dibunuh adalah kesan akibat jatuh bangunan tinggi... sebenarnya si PORN-Thip ni sudah kaw tim di belakang dengan pembangkang supaya bg statment macam itu untuk timbulkan isu khusus sebagai usaha mencalar imej SPRM & kerajaan...

Tidak hadir bukan sebab tekanan tapi 1. sebab takut penipuannya (kaw tim) terdedah, 2. membuktikan dia bukan pakar forensik yg bagus sebab main bantai je buat kenyataan yg akhirnya terbukti tidak benar... dan 3. paling utama menyesal dan insaf tak mau diperkudakan pembangkang... 4. Takut diri ditelanjangkan akibat kebodohan di sebagai pegawai forensik merapu & tak cekap... Bagi aku sudah-sudahlah... yg mati tu biarkan pergi dengan aman... ini nak dipersoal macam-macam & siap dipolitikkan... rasa-rasa teoh aman ke diperlakukan begini?

Kalau PORN-Thip berani datangla... aku rasa tak ada masalah kerajaan nak jamin dia tak akan diapa-apakan sepanjang dia hadir & bagi keterangan.... fikirla sendiri...


Sumber Malaysia Kini

'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh
Apr 11, 10 8:50am
Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Berita Lain

Nazri kata Dr Pornthip 'pembohong'


Bukannya kali pertama, kata peguam


.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.