Thursday, April 22, 2010

KERAJAAN PAKATAN KEDAH GOYANG - BAKAL TUMBANG SEPERTI DI PERAK

Salam Perjuangan...


Daripada sumber yang dipercayai... mungkin majoriti kelebihan 4 kerusi DUN oleh kerajaan PAKATAN-PAS akan tumbang dalam tempoh terdekat ini... paling awal mungkin selepas pilihanraya kecil Sibu... disebabkan itu MB Kedah Azizan sibuk mencanang mereka bersedia berhadapan dengan pembubaran DUN seterusnya memaksa pilihanraya DUN negeri itu...

Setakat ini senarai pendek menunjukkan sekurang-kurangnya 6 ADUN berniat meninggalkan PAKATAN-PAS kerana masalah dalaman serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ANWAR IBRAHIM al Lewaati serta masalah konflik dalaman kuasa pentadbiran diantara PAS, PKR dan DAP.

Apapun jangan percaya sangat he he he dalam politik macam-macam boleh berlaku... tup tup tup esok tumbang... atau tahun depan tumbang mana tau... selamat menjaga kerajaanlah ya Pak Zan (Azizan)...

Sumber : UTUSAN

Azizan sedia bubar DUN

ALOR SETAR 21 April - Tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar dari parti itu atas beberapa faktor turut memanaskan lagi suhu politik di negeri ini.

Terbaru, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ada wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.

Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk berbuat demikian bagi memberi kuasa semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

"Kalau saya sudah rasakan perlu, saya akan menghadap Tuanku Sultan Kedah memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dewan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan politik di negeri ini berikutan tindakan keluar parti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu yang menjadi wakil rakyat Bebas selain timbulnya khabar angin kononnya akan ada lagi ADUN pembangkang lain mengikut jejaknya.

Azizan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya pada masa ini tidak tergugat dengan apa yang berlaku.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang bahawa mereka akan terus kekal menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kedudukan terkini daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyaksikan Pas kini mempunyai 16 ADUN, PKR tiga dan seorang DAP yang membentuk kerajaan negeri (20 Kerusi Pakatan)


Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 13 ADUN dengan satu lagi kerusi di Kota Siputeh yang masih berada dalam kes mahkamah ditambah sokongan Bebas dua ADUN (15 Kerusi BEBAS-BN)

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.