Thursday, April 3, 2008

Berdirilah disisi saya untuk mencari kebenaran-YB Dato Mukhriz


Berdiri disisi saya, untuk cari Kebenaran, yakinkan rakyat, yakinkan orang UMNO kembali, syiarkan ugama Islam, martabatkan Bangsa dan majukan Negara!”, desak Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir di Forum UMNO PASCA PRU12 anjuran KMU.net disebuah hotel di Petaling Jaya.

Mukhriz juga mengulas apa yang terjadi kepada UMNO hari ini ialah akibat pemimpin UMNO ada ‘Budaya Takut’; “Takut hilang jawatan, takut hilang kontrak, takut tidak mendapat sokongan Kepimpinan”. Tambah beliau lagi “Golongan muda, terutama yang berpendidikan kini menjadi tersisih dan menjauhi UMNO”.

Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Hj. Mohd. Fuad Zarkashi berpendapat bahawa MT UMNO perlu rombakan, sebagaimana pengharaman UMNO 4 Feb 1988, berlaku “Pembetulan, pembersihan dan ‘akhlak politik’ pemimpin”. “UMNO dipimpin oleh ramai yang suka ‘mengangguk”. Reform keatas UMNO, lebih lebih lagi Pemuda UMNO ini perlu dilakukan segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu dan pandangan suara golongan muda perlu dikaji dan jadikan aspirasi untuk membuat keputusan.

Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengulas mengenai semua pihak tidak puas hati mengenai perlaksanaan DEB dan perlu melihat semula formula yang perlu diguna-pakai.Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas gema sorakan dan respons para hadirin hari ini merupakan “Bunyi UMNO dahulu”. Beliau juga menjelaskan sistem kuota yang diperkenalkan oleh UMNO kerana pemimpin seperti Anwar Ibrahim mampu mengulingkan seorang pemimpin UMNO yang amat berjasa seperti En. Ghaffar (Baba) tetapi sekarang bersetuju sistem kuota ini dimasuhkan kerana ahli ahli UMNO kini dilarang ‘bersuara’ dan ujud budaya takut.”
Beliau juga menambah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mencabar beliau untuk jawatan Presiden UMNO dan beliau hampir kalah. Tun Dr. Mahathir kini membuat ‘fikiran kedua’ mengenai Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai calon mencabar Kepimpinan dan juga menegaskan mana mana pemimpin yang berhasrat untuk menerajui parti perlu dipilih Perwakilan dan mendapat sokongan kuat akar umbi. Beliau menyokong mesyuarat agung luar (EGM) UMNO sebagaimana yang dicadangkan oleh Tengku Razaleigh tetapi menambah EGM juga wajar memutuskan sistem kuota ini dimansuhkan.

Mantan Presiden UMNO ini juga mengulangi sindiran sinis mengesa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dan juga memberi gelaran “DYMM Sultan Abdullah Shah”, sebagai merujuk kemelut krisis dengan pihak istana.

Dalam sidang media, apabila ditanya pemberita, Mukhriz mengaku bahawa pilihan peribadi beliau untuk Presiden UMNO ialah Timbalan Presiden UMNO Dato’ Serii Mohd. Najib Tun Razak dan bersedia menimbang untuk dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO hanya selepas Dato’ Seri Hishamuddin Hussein membuat keputusan mengenai kedudukan beliau dalam pergerakan sayap kiri UMNO itu.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.