Tuesday, February 6, 2018

MENJAWAB - ISU MARA Dan UniLodge

Malaysiakini dan pembangkang kini memainkan isu pembelian Unilodge di Melbourne, Australia oleh MARA dengan harga sebanyaj A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) dengan dakwaan harganya dua kali ganda dari harga asal dan pemilik asalnya terkejut dengan harga tersebut. Bagaimanapun, artikel yang sama di dalam Malaysiakini, baca di sini menyatakan:
Pada masa apabila Harber (pemilik asal) membuat penilaiannya, Raine and Home International yang berpejabat di Kuala Lumpur membuat penilaiannya ke atas hartanah yang sama dengan nilai A$43 juta (kira-kira RM142 juta).
Apabila dihubungi pada November tahun lepas, Raine & Home International Zaki + Partners di mana pengarah eksekutif tetap kekal dengan penilaian yang tinggi tersebut, dan berkata kepada MalaysiaKini bahawa beliau “yakin” penilaian tersebut dibuat dengan betul berdasarkan kaedah yang ditetapkan.
Siapakah Raine & Home International Zaki + Partners? Ditubuhkan pada tahun 1982, Raine & Home International Zaki + Partners Sdn Bhd ialah syarikat juruukur dan jurunilai berdaftar. 

Merupakan  rakan niaga tempatan dengan Raine & Home yang ditubuhkan pada tahun 1883. Raine & Home merupakan antara ejen hartanah terbesar dunia yang mempunyai pejabat dan rakan niaga di seluruh dunia termasuk di bandar-bandar utama di Asia Tenggara, Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Fiji, Australia, New Zealand, Jepun dan Afrika. Sumber baca di sini.

Jadi tidak salah untuk mempercayai nilai UniLodge bernilai A$43 juta daripada salah satu syarikat jurunilai terbesar dunia, sebagaimana yang dibayar oleh MARA, daripada orang tidak dikenali dalam bidang penilaian harta seperti Rafizi Ramli yang mendakwa harga tersebut mahal dua kali ganda.

Serangan secara sistematik ke atas Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi Bumiputra seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji adalah antara salah satu strategi oleh Pakatan Pembangkang sejak beberapa tahun ini di mana mereka melakukannya secara berkala dan tidak dengan pelbagai tuduhan.

Sebelum ini pun, untuk tuduhan dan fitnah kedua, dalam tahun 2014, Rafizi Ramli melalui Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) telah menuduh MARA telah terlebih bayar semasa membeli beberapa hartanah di Melbourne, Australia.

Salah satunya ialah bangunan pejabat setinggi 6 tingkat di 333 Exhibition Street di mana NOW mendakwa nilainya hanyalah A$22 juta (RM63.4 juta) tetapi MARA telah membayarnya dengan lebih mahal iaitu A$31 juta (RM90 juta).

MARA Inc kini sedang di peringkat akhir untuk menjual hartanah di 333 Exhibition Street dengan harga A$37.5 juta (RM118 juta), iaitu dengan keuntungan 31% dari RM28 juta selepas 4 tahun (tidak termasuk pendapatan dari sewaan). Baca di sini.

Jika berdasarkan kepada dakwaan NOW nilai pasaran dalam tahun 2014 dan keuntungan margin yang MARA boleh dapat di dalam masa 4 tahun boleh menjangkau sebanyak 84% untuk tempoh 4 tahun (tidak termasuk pendapatan dari sewaan). Ini sungguh menakjubkan.


Fitnah letiga, NOW telah menuduh MARA terlebih bayar semasa membeli hartanah di 51 Queen Street dengan harga A$21 juta (RM60 juta) sedangkan harganya sekitar A$15.6 juta (RM45 juta).

Namun, pada awal tahun ini, MARA telah menjual bangunan tersebut dengan harga A$23 juta (RM73 juta), dengan keuntungan yang baik iaitu sebanyak RM13.4 juta atau 23% (tidak termasuk pendapatan yang diterima dari sewaan), keuntungan yang baik dalam masa 4 tahun sahaja.

Kesimpulannya, kita layankan saja tuduhan, fitnah, fatwa dan fakta sesat yang ditaburkan oleh Rafizi Ramli dan NOW, sebelum beliau merengkok di dalam penjara
Paling Best FITNAH jijik RAFIZI INI DISAMBUT... boboi anak manja si mukhriz BOTAK... hehehe... otak kat lutut kut... meroyan dah lah tu nak sangat jadi PM hehehe....


Kredit : http://khairulryezal.blogspot.my/2018/02/isu-mara-dan-unilodge.html

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.