Monday, July 10, 2017

LIM GUAN ENG KANTOI BOHONG BUAT MUKA BODOH MAJLIS HARI WARISAN GEORGETOWN

Semasa majlis sambutan Hari Warisan Dunia Georgetown, semalam (Baca di sini.) pihak penganjur Chinese Clan Association memberi pengiktirafan kepada Mantan Ketua Menteri dari parti komponen Barisan Nasional, Gerakan, TS Dr Koh Tsu Koon di atas sumbangannya sehingga Bandaraya Georgetown mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Kira Lim Guan Eng menipu dan berbohonglah bila selama ini mendabik dada konon kerajaan DAP pulau pinang dan rejim beliaulah yang mengusahakan pengiktirafan itu tanpa apa-apa sumbangan kerajaan BN sebelum itu.

Rupanya Lim Guan Eng buat muka bodoh ala seposen dan masam mencuka sepanjang majlis berkaitan kerana "SPIN" sudah terlondeh... terdedah segala cerita sebenar dengan pengiktirafan berkaitan.
 
Kedua, ucapan Joseph Lim Guan Eng di dalam majlis berkenaan telah dipertikai di depan khalayak oleh hadirin yang hadir. Di dalam ucapan Joseph Lim Guan Eng, beliau berkata Kerajaan Pulau Pinang bersih dan tidak terdapat sebarang rasuah. Jelas Lim Guan Eng lagi, Kerajaan DAP mempunyai cukup duit untuk menjalankan projek untuk faedah Rakyat.
Bagaimanapun, seorang hadirin mencelah dan bertanya kenapa Kerajaan Pulau Pinang masih memerlukan pinjaman dari Bank China sekiranya dana negeri mencukupi? Untuk soalan berkenaan, Lim Guan Eng terkedu. 
 
 
PASTINYA SEMALAM HARI BAD MOOD BAGI LIM GUAN ENG KETUA MENTERI DITUDUH RASUAH BANGLO DISKAUN TIADA KOLAM RENANG!!!!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.