Tuesday, August 26, 2014

KHALID SAMAD KENA LUDAH DAN MAKI SELEPAS D HADAPKAN KE MAHKAMAH SYEKSYEN KUALA LUMPUR

Tahniah kepada khalid samad kerana berjaya bayar wang ikat jamin termasuk dapat air ludah dan kata makian free semasa di mahkamah tadi. Kejadian 18SX ini adalah hasil perjuangan khalid samad membela KRISTIAN dan mengkompromi kan hak ISLAM dan BANGSA MELAYU... 

Blog pembangkang dengan seronok sekali HENTAM UMNO katanya ini kerja macai... betul ke???? tepat ke???? macai siapa???? adakah sebenarnya macai terbabit penyokong pakatan yang tidak puas hati dengan khalid samad atau memang team cyberwar Pakatan hantar squad ludah-meludah untuk menciptakan isu sensasi...

Apapun khalid samad harus bertaubat dan perlu insaf segara... apapun selamat mandi WAJIB untuk membersihkan air ludah yang berterabur di muka... jangan lupa gunakan dettol mana tau ada bakteria... bab kena maki tu sabo kan ajela... kena maafkan masih dlm bulan syawalkan hihihi...

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian.


Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya. - UTUSAN ONLINE

Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya. Malah, menurutnya, seorang daripada mereka tampil meludahnya.

“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya. 

“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.


“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.

Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.

Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah lapor Malaysiakini

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.