Thursday, June 14, 2012

JANGAN KE LUAR NEGARA DALAM MASA TERDEKAT INI

Semasa tahun 2004 penulis mendengar kisah sedih dan kecewa BAKAL CALON Pilihanraya yang TIDAK DAPAT MENJADI CALON kerana Partinya tidak dapat mengesan dan menghubungi beliau kerana dipercayai berada di luar negara. 


Sehingga saat akhir BAKAL CALON ini tidak dapat pulang dari luar negara dan kerusi yang sepatutnya beliau tandingi diberikan kepada orang lain. Individu yang menggantikan beliau kini sudah maju jaya dan khabarnya sekarang menjadi TIMBALAN MENTERI. Sehingga kini BAKAL CALON itu menyesal tak sudah meratapi kesilapan beliau.

IRONIKNYA kejadian ini disebut oleh Dato' Seri Najib 2-3 minggu lepas kepada beberapa pemimpin dan menteri yang berjumpa beliau kerana  mahu meminta izin/kebenaran/memaklumkan mereka nak bercuti atau mempunyai urusan ke luar negara. DS Najib tidak menghalang atau membenarkan mereka ini pergi sebaliknya dengan ringkas menceritakan KISAH BAKAL CALON TAK JADI 2004 itu kepada mereka.


Sudah pasti pemimpin dan menteri berkenaan dapat MENGHIDU dan MENANGKAP maksud yang ingin disampaikan Perdana Menteri kita iaitu PILIHANRAYA KE 13 kini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Cuma tarikh yang pasti belum jelas namun AMAT HAMPIR SEKALI.

Jadi kalau pemimpin atau menteri nak ke luar negara dalam tempoh terdekat ini faham-faham sahaja lah kalau tak dapat jadi calon jangan nak merajuk atau bersedih nanti macam BAKAL CALON TAK JADI pada tahun 2004 tu....

Ahli PAS yang kunun-kununnya ISLAMIK dan BERIMAN boleh tangguhkan menunaikan RUKUN ISLAM FARDU HAJIi semata-mata pilihanraya takkan yang kita yang biasa-biasa tak boleh tangguh kut kalau setakat melancung, bercuti atau urusan lain di luar negara.

Tapi kalau tangguh RUKUN ISLAM FARDU HAJI semata-mata politik itu sudah rosak akidah tapi tak mengapa kuota Ahli PAS yang nak tangguh haji tu boleh bagi pada penulis kerana ALLAH dan ISLAM adalah yang utama dan pertama kerana kuasa dan politik hanyalah sementara di dunia yang fana ini... Akhirat jua dunia yang kekal ABADI....

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.