Friday, June 8, 2012

DERMA BARANG ELAK PENYELEWENGAN SUMBANGAN BINA LEBUHRAYA KELANTAN

Semalam Rakyat Kelantan tiba-tiba menjadi begitu pemurah dan baik hati serta prihatin dengan sanggup bersusah payah menderma dan menyumbang alatan dan bahan pembinaan kepada Kerajaan PAS Kelantan walaupun Rakyat Kelantan tidaklah KAYA RAYA malah hidup daif, miskin dan kekurangan di bawah pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan.

Sumbangan ini diberikan ikhlas tanpa mengharap balasan walaupun mereka tahu MEREKA DIJANJIKAN TIKET SYURGA malah lebih pantas dengan menggunakan lebuhraya yang bakal dibina nanti.

Rakyat Kelantan berhimpun bagi menderma bermacam peralatan dan bahan binaan bukan sahaja untuk pembinaan Lebuhraya yang DILANCARKAN maru-baru ini malah dengan harapan derma ini dapat membantu Kerajaan PAS Kelantan menyiapkan semua janji projek-projek Kerajaan PAS Kelantan kepada rakyat negeri ini sejak 22 tahun lalu hingga kini seperti berikut:

Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion

Bukan kah derma dan sumbangan digalakkan dalam ISLAM malah jika melakukan WAKAF pahalanya lebih besar lagi. Malah Kerajaan Kelantan tanpa segan dan malu minta sumbangan rakyat untuk pembinaan lebuhraya pula walaupun sudah acap kali sumbangan dan derma diminta dari rakyat tetapi satu pun projek berkenaan tidak dilaksanakan.
 
 
 
Namun begitu penulis myuskil tapi kenapa Nik Aziz dengan nada jauh hati dan juga berkecil hati menulis seperti berikut:
 

Nik Aziz jelas terpalit rasa malu apabila kononnya dihina oleh Rakyat Kelantan...
 
Sememangnya beliau memang mudah lupa. Beliau lupa bahawasanya orang yang menyarankan supaya Rakyat Kelantan menderma peralatan bagi membantu Kerajaan PAS Kelantan adalah EXCO beliau sendiri, yakni oleh Datuk Husam Musa. 
 
Husam kata, kalau tak dapat sumbang dalam bentuk kewangan, derma dalam bentuk barangan juga diterima. 
 
Sekarang apabila Rakyat Kelantan menderma dalam bentuk barangan, kenapa pula Menteri Besar Kelantan ingin berkecil hati?
 
APAKAH KERANA CANGKUL,PENYODOK DAN BAHAN BINAAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI DANA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI ???
 

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.