Tuesday, March 6, 2012

MB KEDAH HILANG KUASA KINI JADI BONEKA GENG ANWARIS

Apakah nasib rakyat dan naungan negeri kedah darul aman hinggakan orang lain yang memiliki kuasa mengawal menteri besar mereka... jangan terkejut selepas ini dasar ANWARIS akan bertapak dan menonjol hebat di negeri kedah... kalau mahu selamat tukar saja kerajaan kedah kerana itu sahaja jalan meyelawatkan kedah dari pengaruh ANWARIS yang jelas menyimpang dari kehendak dan hasrat rakyat negeri kedah... masih belum terlambat... JOM UBAH KEDAH PRU 13!


Azizan Kekal Sebagai MB “Nyawa-Nyawa Ikan”?


Seperti yang diduga, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah buat masa ini. Manakala Datuk Phahrolrazi dan Dr. Ismail yang sebelum ini enggan menerima semula jawatan Exco Kerajaan PAS Negeri Kedah “terpaksa” menerima semula jawatan tersebut.

Semua itu berlaku selepas campur tangan dari PAS Pusat di mana Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa turun ke Kedah menyelesaikan “perang PAS Kedah” tersebut. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditugaskan menyelesaikan kemelut tersebut sebelum ini gagal menunjukkan seolah-olah dia tidak dipandang langsung oleh pemimpin PAS Kedah yang bertelagah.

Namun, sekiranya diteliti perkembangan yang dikatakan “berjaya menyelesaikan masalah” tersebut, bolehkah disimpulkan ia telah selesai? Seperkara yang perlu diteliti, ketika pengumuman tersebut dibuat, meskipun Phahrolrazi dilihat tersengih, namun “sengih”nya itu jelas menunjukkan ketidak ikhlasannya sekaligus boleh dianggap sebagai “masih tidak berpuas hati”.

Mungkinkah dia tidak berpuas hati kerana diminta bersabar untuk beberapa bulan sementara menunggu PRU ke-13 yang diramal akan berlangsung tidak lama lagi?

Selain itu, melihat dengan corak “diplomasi kediktatoran” tersebut, mungkinkah Azizan akan mengekalkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar Kedah lagi sekiranya PAS berjaya mengekalkan kemenangannya pada PRU ke-13 tersebut?

Sebelum ini Phahrolrazi dan Dr. Ismail bertegas bahawa mereka tidak akan menerima penyelesaian tersebut dan menerima jawatan Exco selagi syarat-syarat mereka tidak ditunaikan. Persoalannya, apakah syarat yang dipersetujui sehingga kedua Exco tersebut menerima jawatan itu kembali?

Desas-desus kuat bertiup dari kem dalaman PAS memberitahu bahawa kedua Exco PAS Kedah itu dijanjikan bahawa Azizan tidak akan dilantik menjadi MB lagi sekiranya PAS mengekalkan kuasa di Kedah. Benarkah begitu?

Selain itu, dikatakan juga bahawa kedudukan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah akan dikaji semula pada muktamar PAS yang berikutnya dan diramal dia akan digugurkan oleh kepimpinan PAS Pusat atas alasan “kesihatan”. Betul?

Justeru, dengan janji-janji tersebut maka Phahrolrazi dan Dr. Ismail, mahu tidak mahu, “terpaksa” memberi muka pada Hadi dan PAS Pusat. Manakala Azizan yang terkenal sebagai seorang yang wala’ pada Presiden PAS sahaja, terpaksa akur dengan penyelesaian tersebut. Kalau Anwar yang datang selesaikan, tak mungkin Azizan akan akur…

Maka, dijangka sekiranya PAS menang di Kedah pada PRU ke-13 nanti, maka Kedah akan kehilangan seorang MB yang boleh dikatakan bagus dan adil. Malah, mungkin dia merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah yang terakhir dari golongan pro-ulama tinggalan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. PAS akan bereformasi ke arah lebih liberal dan pluralisme.

Dalam ertikata lain, PAS Kedah sudah dilanda “rasukan Anwarinas”. Jadi, apa kata rakyat, khususnya para penyokong PAS? Suka dengan reformasi ini?

PAS had kuasa MB Kedah - 2012/03/06
Oleh Shaarani Ismail / shaarani@bharian.com.my


SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (tengah) ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara, semalam.

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (tengah) ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara, semalam. Jawatankuasa Pemandu ditubuh pantau Azizan tadbir, urus negeri

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.

Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, jawatankuasa berkenaan antara lain berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, semalam selepas diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Star, pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Phahrolrazi ketika mengumumkan keputusan beliau dan Dr Ismail menyertai barisan EXCO negeri di Alor Star petang semalam, berkata jawatankuasa itu akan berfungsi sebagai kuasa pemutus tertinggi, sekali gus membolehkan sebarang percanggahan pendapat di kalangan EXCO, termasuk dengan Menteri Besar diselesaikan di peringkat jawatankuasa itu.

Namun, Mustafa ketika ditanya mengenai peranan jawatankuasa itu menjelaskan ia tidak akan mencampuri urusan pentadbiran Menteri Besar secara terus tetapi akan memberikan pandangan dalam beberapa perkara yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat.

"Kita tidak campur pentadbiran secara ‘per se’ (secara khusus). Tidak boleh campur, tetapi kita boleh berikan pandangan mengenai perjalanan (pentadbiran) negeri itu. Kerajaan yang kita (PAS) pimpin itu atau yang kita terbabit secara langsung (bertanggungjawab) maklumkan program yang dijalankan dan kita boleh beri pandangan kita," katanya pada sidang media yang turut dihadiri dua Naib Presiden PAS, iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, keanggotaan jawatankuasa berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat parti pada 12 Mac ini.

Kemelut dalam pentadbiran PAS Kedah bermula dua minggu lalu apabila Phahrolrazi, yang juga EXCO kanan bersama Dr Ismail menolak untuk dilantik semula ke jawatan itu beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah jawatan berlangsung di Istana Anak Bukit.

Berikutan itu, pelbagai usaha memujuk mereka menerima semula pelantikan tetapi Phahrolrazi dan Dr Ismail bertindak berani apabila menetapkan syarat kepada Menteri Besar untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Keengganan mereka menyertai barisan EXCO Azizan dikatakan ada kaitan dengan desakan daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS atau kumpulan Anwarinas yang tidak setuju dengan pemimpin tertentu, termasuk Azizan bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

Mustafa berkata, jawatankuasa sama pernah diwujudkan selepas pilihan raya umum pada 2008 untuk memberikan pandangan berkaitan soal pengurusan, kelicinan dan pentadbiran negeri itu.

Mengenai laporan yang menyatakan Phahrolrazi ada menetapkan syarat supaya beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Mustafa berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana semua keputusan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Inilah hasilnya, inilah keputusan yang dibuat dan kita yakin ia boleh diselesaikan. Semua yang terbabit sebelum ini menyerahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan dan ia sudah pun diputuskan," katanya.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan peluang PAS Kedah untuk kekal berkuasa di negeri itu, Mustafa berkata, ia sama sekali tidak berbangkit malah yakin Kedah akan kekal di bawah PAS.

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR 5 Mac: Isu mengenai pelantikan Exco di Kedah selesai dengan pengumuman Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh menerima semula penatikan jawatan mereka selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa bagi menyelia pentadbiran kerajaan negeri.

“Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco,” kata Phahrolrazi.

“Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna  akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri,” kata beliau lagi.

Pada sidang media di Alor Setar hari ini, mereka juga berharap, Azizan akan mematuhi hala tuju yang ditetapkan daripada PAS di peringkat Pusat.

Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sementara itu, Ismail yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

“Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan,” katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS bagi menjatuhkan Umno di negara ini.

Terdahulu, Pas mengumumkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak kekal dengan jawatan sebagai menteri besar manakala jawatankuasa pemandu ditubuhkan bagi menyelesaikan isu pelantikan exco negeri yang diumumkan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustaffa Ali.

Jawatankuasa itu antaranya bertujuan memantau dan memberi pandangan kepada parti itu di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

“Jawatankuasa ini sudah lama wujud dalam PAS dan turut terlibat semasa PAS mula memimpin Kelantan pada 1990 dan juga semasa PAS bersama Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan bersama di beberapa negeri ini pada MAc 2008.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan di negeri-negeri yang PAS terlibat termasuk di Kedah,” kata Mustaffa ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu dua Naib Presiden PAS yang turut terlibat menyelesaikan isu itu, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pertemuan antara beliau bersama Phahrolrazi dan Azizan berlaku dalam keadaan cukup profesional dan harmoni.

“Malah mereka turut memberikan kerjasama baik dalam pertemuan itu dan dalam budaya PAS, apabila pimpinan dah buat keputusan, anggota parti akan mematuhinya,” katanya.

Malam semalam, pimpinan PAS bermesyuarat berhubung isu itu yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27785


bolehkan MB kedah meneruskan Pentadbiran???

walaupun gagal dijatuhkan oleh kumpulan yang mahu menggulingkan mb kedah secara mutlak gagal namun mereka berjaya menghadkan kuasa mb kedah. apakah ini corak pentadbiran yang diinginkan oleh kedah campurtangan dari pihak lain. apakah mb tidak mampu meneruskan pentadbiran dengan slogan kedah sejahtera lagi. apa perlunya jawatankuasa pemandu, apakah pas pusat lupa dengan corak pentadbiran dikelantan atau terengganu. jawatankuasa pemandu seolah olah menghina mb kedah untuk terus dominan. bila ini berlaku mb tidak lagi dominan exco akan mengambil alih kuasa itu atau jawatankuasa pemandu yang akan menentukan arah tuju pentadbiran dikedah. exco yang gila kuasa merasakan begitu hebat kerana boleh menghadkan kuasa mb kedah. mb dengan kuasa yang tidak dominan apakah akan terjadi jika ini berlaku. segala benda yang diputuskan oleh mb boleh dicabar oleh mana mana exco yang berasa tidak kena dengan kepala hotak berasap. sokongan bangang dari blogger diambil kira dalam pemerintahan.

sebanggang umno pun tidak menghadkan kuasa mb di negeri negeri yang mereka perintah. diperlis dan terengganu walaupun mb tidak diiktiraf oleh umno namun tiada penghadkan kuasa sebagaimana bodohnya pas. apakah pas melaksanakan jawatankuasa pemandu dikelantan? jawab dia tidak. tok guru nik aziz boleh membuat keputusan tanpa perlu dicabar oleh mana mana pihak. jangan pas pusat membodohkan diri melayan karenah 2 exco yang bangang itu. jika pas pusat menghadkan kuasa mb bermakna pas pusat campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri kedah. mb tetap dengan kuasa executive bukannya apa yang pas pusat buat. demi melayan nafsu gila kedua dua exco pas sanggup membuat apa saja kononnya atas dasar mengdengar pandangan dari segenap sudut. hebat sangat ke 2 exco yang boleh membuat pas pusat menyingkirkan kuasa executive mb.


pas pusat tidak sepatutnya mendengar sangat kata kata 2 exco ini, dua dua exco adalah dari kawasan kuala kedah yang mana telah membuat keputusan tidak menyokong mana mana adun menerima perlantikkan menjadi exco. apakah pas kuala kedah dan yang dipertua pas kuala kedah lupa nyanyuk kerana terlalu inginkan jawatan mb kedah menerima kembali jawatan exco kerajaan negeri. suasana kedah akan lebih kacau bilau selepas ini kerana dengan kemasukkan 2 exco yang mengkhianat ketuanya mereka sendiri. mb tidak lagi dominan dan huru hara dalam pentadbiran akan berlaku. apa yang mereka tidak puashati mereka akan memboikot sebagaimana sekarang, inikah exco yang dimahukan oleh pas pusat. menghuruharakan pentadbiran kedah. kembalikan kuasa mb kepada yang sepatutnya. bukannya mendengar kepada 2 exco yang banyak menimbulkan masalah kepada parti.walaupun apa tindakan 2 exco yang dikatakan mahu menyelamatkan parti, tindakan mereka jelas mengyusahkan semua pihak dan pentadbiran kedah pasti akan kacau bilau. mb tidak lagi berkuasa yang pasti exco akan berkuasa. 


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.