Thursday, July 29, 2010

MI KAKI KATAK DALAM OLD TOWN WHITE COFFEE - MASIH ADA LOGO HALAL

Mi amat istimewa Old Time White Coffee


22 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang-Mangsa hidangan kaki katak yang aduannya telah disiarkan melalui laman web PPIM pada 21 Mac lalu, (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.801) hari ini memfailkan saman terhadap kopitiam tersebut.


Fakta Kes

Plaintif dalam kes ini iaitu Encik Aliff Shanaz Bin Hairi Hariharan telah pergi ke premis Defendan iaitu Old Town White Coffee Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 11/3/2010 lebih kurang pukul 8-00 malam. Plaintif pergi ke restoran tersebut yang mempamerkan logo halal untuk menikmati makan malam bersama ahli keluarga beliau.

Plaintif telah memesan menu makanan Dry Egg Noodles daripada kakitangan restoran tersebut. Plaintif telah memakan makanan tersebut hampir separuh dan mendapati ada sepasang kaki katak kecil di dalam makanan tersebut yang menyebabkan Plaintif begitu terkejut dan hampir muntah.

Plaintif kemudiannya telah menunjukkan makanan yang mengandungi kaki katak kecil tersebut kepada kakitangan dan penyelia restoran dan minta penjelasan bagaimana kaki katak tersebut berada di dalam makanan yang dipesan. Selepas menunggu selama 30 minit, Pengurus Defendan telah keluar dan memberikan penjelasan bahawa kaki katak tersebut mungkin datang daripada “Central Kitchen”.

Pengurus tersebut kemudiannya menawarkan Plaintif makanan percuma dan tidak perlu membayar harga makanan tersebut. Plaintif telah menolak tawaran tersebut kerana tidak berpuas hati dengan kaki katak yang diletakkan di dalam makanan tersebut dan seolah-olah diperdayakan dengan logo halal tersebut.

Defendan bersama-sama Defendan Kedua iaitu Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd telah bertemu dengan Plaintif di Restoran Sembang-Sembang, The Mall Kuala Lumpur untuk membincangkan perkara ini tetapi tiada penyelesaian yang dicapai.



Entahlah ... kami The Unspinners dah berkali-kali pesan dan ajak boikot Old Town White Coffee kepunyaan DKLS yang dipunyai oleh Nga Kor Meng.

Bukanlah kita tidak tahu siapa rasis bernama Nga yang semasa DAP memerintah Perak sekejap, mereka lebih mementingkan Cina dan MB Melayu dikudakan.

Operasi biznes syarikat ini rasis dan tidak menghormati amalan Islam.

Bengap ke kita? Takde kedai Melayu lain untuk di langgani?

SENDIRI FIKIRKANLAH WAHAI UMMAT ISLAM...
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.