Thursday, June 3, 2010

MAHASISWA BODOH YANG AMAT RELA DIPERGUNA ANWAR DAN PAKATAN TANPA USUL PERIKSA

Pembangkang Gunakan Pelajar Untuk Tentang Universiti

Saban tahun sejak era reformasi pada 1998, pelajar digunakan oleh pembangkang untuk melakukan tindakan yang menguntungkan pembangkang. Bukan sekadar campur tangan pembangkang dalam kampus, namun di luar kampus juga pembangkang telah gunakan pelajar untuk kempen mereka. 14 Mei 2010, sekumpulan empat orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia telah didapati terlibat dalam membantu mengedarkan vcd untuk kempen pembangkang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(5) (A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya di Hulu Selangor (baca sini). Bukan sekadar simpati, malah membantu kempen lagi.

"Kita juga kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengorientasikan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah" demikian kecam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada 24 Mei 2010 untuk membela empat orang pelajar terbabit. Kebebasan dan hak asasi pelajar digunakan untuk merasional kan tindakan empat orang pelajar terbabit edar VCD bertajuk “Perisik Zionis dalam PDRM, Tolak BN Kerana Menindas Orang India”. Adakah ini yang diajar dalam dewan kuliah? Menjadi ejen propaganda untuk pembangkang tidak ajar dalam kelas. Hak pelajar lain untuk tidak diganggu oleh dakyah propaganda perlu dihormati. Belajar politik apa kalau sampai edar vcd untuk bantu kempen PKR. Bila sudah kantoi, bermacam alasan yang diberikan untuk halalkan kegiatan yang telah terbongkar.

Namun setelah didakwa oleh universiti kerana kesalahan yang dilakukan, mereka melenting marah meyalahkan peraturan yang sedia ada. Mereka yang langgar peraturan kemudian mereka salahkan pula peraturan sebagai zalim. Inilah yang cuba diajar oleh pembangkang kepada pelajar di universiti, tentang segala establishment yang ada. Protes semua sistem yang ada. Kaedah ini pernah digunakan oleh pelajar-pelajar di Indonesia pada 1998. Mereka lakukan reformasi dan jatuhkan kerajaan negara mereka. Namun akhirnya, apakah kesan yang mereka dapat? Membina semula sesuatu yang dimusnahkan dengan protes dan tidak puas hati bukanlah sesuatu yang mudah.

Berikut adalah gambar salah seorang pelajar yang didapati berkempen untuk PKR di Hulu Selangor. Gambar tersebut adalah dalam satu program Kondrad Adenuer School for Young Politician (KASYP) Programme pada 30 Mac 2010 di Manila. Pelajar tersebut dihantar mewakili Malaysia untuk program anjuran KAF. Apakah itu KAF? (baca sini). Rupanya, penaja asing yang menaja pembangkang di luar turut menaja pelajar di kampus. Memang mereka ini berminat untuk menjadi ahli politik bukan lagi belajar Sains Politik di universiti. Amat wajar tindakan diambil terhadap mereka untuk tujuan mendidik. Agar mereka yang ingin benar-benar belajar tidak menyalahgunakan "kad matrik" untuk tujuan menjadi ahli politik di luar.

AKU PUN PERNAH JADI MAHASISWA... TAPI SEBELUM BUAT TINDAKAN DAN SOKONG GERAKAN TENGOK DULU LAH ISU... BENAR/TIDAK... KALAU MAIN BELASAH JE JADILAH MACAM ANWAR MAIN TUTUH JE BELAKNG PUN JADI....

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.