Tuesday, June 1, 2010

Isteri sukarelawan Malaysia yakin misi ke Gaza selamat


Isteri sukarelawan Malaysia yakin misi ke Gaza selamat
Oleh Nor Hatina Shuib dan Mohd Idris Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2010/06/01



YUHANIS Fazlina memangku anaknya Mohd Nursharir selepas mendapat berita satu dari kapal misi Gaza diserang rejim Zionis.

Berita dinanti penuh debaran, keluarga doa keselamatan konvoi

SHAH ALAM: Isteri kepada sukarelawan Malaysia yang menyertai Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) mendoakan keselamatan suami masing-masing ketika menanti berita daripada Gaza dengan penuh debaran.

Isteri kepada Ketua Misi LL4G, Mazlina Ghazali berkata, kali terakhir beliau menerima panggilan telefon daripada suaminya pada jam 10 pagi semalam yang menceritakan kapal Marvi Marmara yang dinaikinya itu diawasi Israel melalui tinjauan helikopter dan beberapa kapal yang muncul sebelum tiba-tiba hilang.

“Suami saya, Noorazman Mohd Samsuddin, sempat menelefon saya semalam dan hanya sempat bercakap sekejap saja. Beliau menceritakan bagaimana kapal dinaikinya diserbu Israel Deffence Forces (IDF) ketika berada di perairan antarabangsa.

“Saya yakin Allah akan selamatkan suami saya dan beliau akan pulang dengan selamat. Marilah kita sama-sama membuat gesaan supaya Israel dapat menghentikan kekejaman ini, " katanya pada sidang media semalam.

Beliau dan beberapa isteri sukarelawan lain hadir bersama pada sidang media yang diadakan Pengerusi LL4G, Zulkifli Mohd Nani bagi memaklumkan perkembangan terkini misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, selepas sebuah flotila keamanan diserang Israel kira-kira jam 11 pagi semalam.

Nor Dalilah Abdul Halim, berkata suaminya Abd Halim Mohamed Redzuan sempat menyampaikan wasiat kepadanya supaya membiarkan jasadnya berada di Gaza jika beliau terkorban dalam misi bantuan itu.

“Suami ada berpesan sebelum pergi ke sana supaya jangan dibawa pulang mayatnya jika beliau terkorban, " katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, isteri Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, Dr Yuhanis Fazlina Fazil, 36, ketika dihubungi berkata beliau sudah melahirkan kerisauan terhadap suaminya sejak tengah malam kelmarin lagi apabila beliau mencuba lebih 10 kali untuk menghubunginya namun gagal.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapat panggilan telefon daripada suaminya kira-kira jam 6 petang semalam bagi memaklumkan dirinya terselamat daripada serangan itu.

Dalam perbualan telefon selama 10 minit Mohd Nizar sempat bertanya keadaan bayi lelakinya, Mohd Nursharir yang baru lahir pada 22 Mei lalu dan ibu mentuanya masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, kerana sakit

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.