Friday, January 2, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN 2009 MASIHI & 1430 HIJRAH

Salam Perjuangan...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 Masihi & Ketibaan Tahun Baru Islam, Awal Muharam 1430 Hijiriah... Saya mendoakan semoga tahun baru yang mendatang ini akan memberikan satu sinar baru buat kita agar kita terus dapat berhijrah & melakukan anjakan buat diri agar menjadi lebih baik lagi... Tidak lupa terima kasih kepada semua pembaca dan yang terus menyokong blog ini sepanjang tahun 2008... sokongan ini akan menjadi azimat & pembakar semangat kepada saya untuk terus menulis.

Harapan saya semoga kita dapat terus memberikan sokongan diantara satu sama lain seterusnya meneruskan perjuangan kita melalui peperangan sengit di ruangan cyber ini untuk menegakkan KEBENARAN seterusnya menumpaskan dan menghapuskan KEBATILAN yang menyelubungi pemikiran masyarakat... hasil dakyah dan fitnah tidak bertanggungjawab pihak berkenaan yang menyebabkan huru-hara dan rosaknya pemikiran rasional masyarakat...

Semoga permasalahan dan komen serta teguran kepada pemerintah juga diambil ingatan seterusnya tindakan pembaikan serta pembetulan agar pemerintah dapat memperbaiki orgnisasinya agar sentiasa releven kepada rakyat seterusnya berjaya memperolehi semula mandat yang hilang dalam PRU akan datang...

Akhirnya marilah kita semua berdoa kepada ALLAH SWT agar AGAMA, NEGARA DAN BANGSA kita akan terpelihara dengan izin-NYA dari sebarang gangguan yang mampu merosakkan dan mendatangkan bencana kepada kita... Moga masahadapan anak, cucu & generasi kita terpelihara & dapat mewarisi sebuah negara yang Aman, Makmur & Selamat... Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk menghadapi golongan yang sengaja menimbulkan kekacauan & kerosakan ini seterusnya melenyapkan kebatilan yang ditimbulkan mereka dan seterusnya memberikan kemenangan kepada KEBENARAN... AMIN

Sesungguhnya kita milik Allah SWT dan kepada Allah SWT jualah kita akan kembali... KEPADA ALLAH KAMI BERSERAH... Teruskan pejuangan

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.