Wednesday, October 29, 2008

PKR SELANGOR : PKNS TERHAKISNYA HAK MELAYU - TAHNIAH PENGUNDI SELANGOR

Sumber Malaysia Kini : http://www.malaysiakini.com/news/92025

Nota : Inilah Pemimpin melayu yang tak mengenang budi dan menunjukkan betapa jijik dan busuknya maruah pemimpin ini apabila sanggup menggadaikan hak & peluang membela melayu demi menjamin survival politik dan meraih sokongan bukan melayu...

lihatlah sejarah hari ini PKNS secara tersusun akan di "liberalkan" hasil idea bernas pengkhianat melayu ini... dan secara senyap-senyap kaum cina akan mendominasi PKNS. Waktu itu dapatkah PKNS menjamin hak melayu di selangor di jamin dan terbela seperti sekarang ini... yang mana jika terdapat ruang & peluang melayu akan dibantu dan dibela... sekarang...

TAHNIAH DAN SYABAS PENGUNDI DI SELANGOR kerana berjaya membawa perubahan YANG MENJAHANAMKAN MASA DEPAN & PELUANG ANAK, CUCU DAN GENERASI BANGSA MELAYU ISLAM MENDATANG... MOGA ALLAH SELAMATKAN BANGSA MELAYU ISLAM & memberikan kekuatan berhadapan dengan ancaman kafir harbi ini... Allah Hu Akbar

Lantik Low: 'Tidak pernah berlaku' dalam sejarah PKNS

Abdul Rahim Sabri Oct 28, 08 6:17pm


kemaskini 9:08pm Pelantikan seorang pegawai kanan bukan Melayu di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat "tidak membaca sejarah" agensi pembangunan ekonomi itu yang ditubuhkan untuk membantu bumiputera.

"Kita berasa amat kecewa kerana perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah PKNS. PKNS ditubuhkan untuk membantu Bumiputera," kata wakil rakyat Kuang, Abdul Syukur Idrus kepada Malaysiakini.

Tambahnya, beliau berasa kesal dengan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut dengan berkata "tiada lagikah orang Melayu yang boleh mentadbir PKNS?".

"Sekiranya mereka (kerajaan Selangor) kurang pemimpin (untuk PKNS), boleh rujuk kepada kita dan kita boleh memberi nama yang bersesuaian," katanya.

Abdul Syukur, yang juga ketua Pemuda Umno Selangor berkata, tindakan menteri besar tersebut dipercayai atas desakan pihak lain, kemungkinannya DAP "untuk menguasai kerajaan."

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu," tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. "Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini)," katanya.

Pergerakan itu juga akan menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi mengkaji kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Beliau juga menyeru orang Melayu di negeri itu tanpa mengira ideologi politik agar bersatu “supaya tidak diperkotak-katikkan”.

Sementara wakil rakyat MCA bagi Sungai Pelek, Yap Ee Wah berkata beliau bersikap berkecuali dalam isu pelantikan Low itu asalkan rakyat miskin di negeri itu mampu memiliki rumah.

Beliau berkata kenaikan pangkat Low, yang disambung perkhidmatan selama setahun, kerana "mungkin (menteri besar) ada alasan tersendiri melantiknya".

"Saya berharap rakyat Selangor dapat manfaat dalam perlantikan tersebut membantu menjadikan Selangor negeri maju," tambah Yap.

Mengulas yang sama, wakil rakyat DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San pula menggesa PKNS melantik seorang tokoh pentadbir yang berwibawa tanpa mengira kaum.

Sambil menyifatkan pelantikan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "tepat pada masanya", Lau berkata:

"Kita perlu memastikan supaya seseorang yang dilantik untuk menyandang jawatan ini merupakan seseorang yang berkemampuan untuk menepati sasaran ini tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan jantinanya."

Tambahnya, PKNS perlu bertanggungjawab kepada semua lima juta rakyat Selangor dan "bukan puak-puak tertentu sahaja".

"Adalah tidak masuk akal untuk kita menjadikan sebuah anak syarikat kerajaan itu sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda-agenda sesetengah masyarakat sahaja padahal separuh daripada rakyat Selangor ialah golongan bukan Bumiputera," kata Lau di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Low bagi menggantikan Datuk Harun Salim yang bersara akhir bulan ini.

Wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS Idris Ishak hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada menteri besar berhubung pemilihan Low.

Sementara itu, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid bagi membincangkan isu tersebut.

Selepas pertemuan itu, Dr Hasan dipetik sebagai berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan bagi mengisi jawatan itu.

Menurut Bernama, setakat ini parti Islam sudah mempunyai dua calon untuk mengisi jawatan itu.

Dr Hasan juga dilaporkan berpendapat timbalan pengurus besar pentadbiran Md Nasir Md Arshad dan timbalan pengurus besar teknikal Abdul Ghani Hassan lebih layak dipertimbangkan kerana mereka berkhidmat lebih 30 tahun berkhidmat bersama perbadanan itu.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.