Friday, June 9, 2017

MAHATHIR NYANYUK AMNESIA CAKAP MERAPU DAN PUTAR BELIT MACAM KELING KEJAP PUJI KEJAP MARAHKAN CHINA




Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-23 mengenai Masa Depan Asia, anjuran Nikkei Inc pada 06/06/2017, Tun Dr Mahathir mencadangkan ahli-ahli TPPA perlu sebaliknya menjemput China, ekonomi terbesar di rantau ini setakat ini, untuk menyertai gabungan berkenaan. Kata beliau, tanpa Amerika, negara-negara ASEAN boleh memikirkan cara-cara baru untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan cara yang lebih saksama. Amerika katanya cenderung untuk menentukan dan memaksa pandangan sendiri. Sumber Nikkei Asian Review di sini dan di sini.

Tun Dr Mahathir terbukti telah mengalami amnesia berpilih. Apabila beliau berucap di pentas antarabangsa, beliau telah memuji China sebagai satu kuasa ekonomi terbesar yang mencorakkan perdagangan dunia. Sebaliknya, di dalam ceramah-ceramah beliau di dalam negara, apabila Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan China, beliau menuduh DS Najib ingin menjual negara.

Mengenai initiatif 'One Belt One Road (OBOR)', Tun Dr Mahathir berkata ia adalah "satu idea yang baik jika anda menggunakan laluan laut melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan." Bukankah projek OBOR mendapat tentangan yang hebat dari pembangkang Malaysia? Sudah 'u-turn' ka? Di dalam ceramah beliau di Malaysia, beliau sering menegaskan adalah merbahaya menjalinkan hubungan ekonomi dengan China. Sekarang beliau menyokong projek OBOR yang mana Malaysia terlibat di dalamnya?
Di Jepun Mahathir memuji negara China pula sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini, termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Perdana Menteri ke China dan Forest City .

Yang pasti, Tun Dr Mahathir menegaskan sekali lagi beliau ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi, walaupun untuk jangka masa yang pendek. Dulu sungguh sungguh menangis kata "tak mau dah" sebab "dah lama dah". Namun sekarang ini sungguh sungguh hendak jawatan itu balik. Tun Dr Mahathir sudah terdesak sangat. Sanggup buat apa sahaja demi kroni dan anak sendiri. Buat 'u turn' pun tidak mengapa janji matlamatnya tercapai. Ibrata kata, 'the ends justify the means'. Yang tak boleh tahan, apabila beliau berkata,
The prime minister Najib has become too powerful. I was powerful, but I didn't abuse my powers. That is why I was re-elected five times.
Ya lah Tun, yang baik, zuhud dan tidak pernah salah guna kuasa hanya Tun seorang

http://khairulryezal.blogspot.my/2017/06/tun-dr-mahathir-mengalami-amnesia.html


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.