Tuesday, March 16, 2010

INTIPATI TITAH DYMM TUANKU MIZAN - PERASMIAN PEMBUKAAN SIDANG PARLIMEN

Salam Perjuangan.......

Ikuti Intipati Titah DYMM Tuanku Mizan sempena merasmikan pembukaan sidang Parlimen baru-baru ini.

YANG di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Nur Zahirah diiringi Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin dan isteri, Norainee Abd. Rahman berangkat keluar selepas merasmikan Persidangan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, semalam. - utusan/Nooradzrene Mohd. Noor


Jelas Tuanku Mizan amat berpuas hati dengan komitmen kerajaan pusat dan negeri dibawah BN-UMNO dengan pelbagai pembaharuan dan pencapaian yang dibanggakan...

sebaliknya Tuanku menyuarakan secara berkias dan menegur media baru dan mentaliti serta corak kepimpinan Pakatan Rakyat yang gagal mentadbir malahan gelojoh mengaut kuasa hinggakan sanggut menjual isu yang mengkucar kacirkan dan mengancam keselamatan...

PUJIAN KEPADA DATO' SERI NAIB

“Beta mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan barisan Jemaah Menteri beliau kerana sejak 11 bulan lalu, kerajaan beta di bawah kepimpinan beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai program demi kesejahteraan rakyat,” titah Seri Paduka.


CONTOHI PM YANG SENTIASA BERUSAHA DEKATI RAKYAT

Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin hari ini menitahkan para pemimpin agar mencontohi Perdana Menteri dengan turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah mereka dengan lebih dekat.

Titah Seri Paduka, melalui cara itu pemimpin dapat menjalinkan hubungan yang rapat dengan rakyat di semua peringkat.


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga dari kiri) dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (empat dari kiri) bergambar bersama (dari kiri) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;Perdana Menter, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak; Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abd. Rahman selepas majlis perasmian Penggal Ketiga Parlimen ke-12 yang disempurnakan oleh Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

GAGASAN 1 MALAYSIA

Tuanku Mizan menyambut baik Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang diilhamkan Perdana Menteri dan komitmen-komitmen kerajaan untuk melaksanakan program transformasi demi kesejahteraan rakyat.


PEMULIHAN EKONOMI

“Alhamdulillah, ekonomi negara kini semakin pulih daripada kesan kemelesetan global dengan Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat 2009 kembali mencatat pertumbuhan positif 4.5 peratus iaitu lebih baik daripada unjuran tiga peratus.

HORMATI KEDUDUKAN AGAMA ISLAM

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan hendaklah dihormati,” tegas Seri Paduka.


KEHARMONIAN BERAGAMA

“Beta menyeru semua pemimpin agama supaya memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian beragama di kalangan penganut agama masing-masing,” titah baginda.


JANGAN JADI PENGKHIANAT & AMBIL KESEMPATAN

“Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.


EKONOMI

Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin memuji usaha kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dan maju, sebagai langkah berpandangan jauh.

PENGURANGAN SUBSIDI

“Pemberian subsidi akan distruktur semula dan dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Bagaimanapun kumpulan sasar akan terus dibantu agar tidak terbeban,” titah Seri Paduka.


TEGURAN MEDIA BARU

Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan fitnah, pembohongan dan memutar belit fakta terutamanya media baru.

JANGAN SENTUH ISU PERKAUMAN

Tuanku Mizan mengakui kebebasan bersuara merupakan antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang tetapi ia bukannya satu alasan untuk memburuk-burukkan pihak lain sehingga mencetuskan api perbalahan dan sentimen perkauman.

TEGURAN AHLI PARLIMEN

Dalam pada itu, Seri Paduka turut menegur segelintir ahli Parlimen kerana mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebenar sebagai wakil rakyat. Tuanku Mizan mahu mereka berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh-temeh yang boleh menjejaskan maruah sendiri dan kemuliaan dewan.

SUKAN / KEMENANGAN DATO LEE CHONG WEI

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Badminton All England, semalam.

''Kemenangan ini amat besar maknanya kepada negara kita dalam menjayakan gagasan 1Malaysia," titah baginda yang disambut tepukan meja bergemuruh oleh kalangan anggota Dewan Rakyat.

Artikel Penuh Di Sini

Seri Paduku Puji Usaha Kerajaan Perkenal MEB

Tuanku Mizan Tegur Media Baru

Contohi PM Dampingi Rakyat

Agong : Pembohongan Media Baru Berterusan



KEPADA ALLAH BERSERAH... TERUSKAN PERJUANGAN


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.