Monday, March 15, 2010

ANWAR & PKR TERDESAK : KES ANWAR LIWAT DIBAWA KE JALANAN


Salam Perjuangan

Anwar Ibrahim dan PKR semakin terdesak... dulu Anwar & Pembangkang lantang kata UMNO ka... Polis ka... bertindak tak ikut undang-undang... kena patuh undang-undang lah... "silap sikit" - i see u in court "saman 100 juta"... sekarang tengok mereka sendiri langgar undang-undang... mana boleh ceramah ka... edar risalah ka... yg menyentuh maklumat/kes yg boleh pengaruhi keputusan & pertimbangan mahkamah... senang citer kenapa nak takut kalau tak salah???

mereka edar Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat - semak sikit sapa doktor yg sain laporan berkenaan... apa kaitan mereka dengan Pembangkang...???

Sila Baca Petikan Aktikel - Sumber Malaysia Kini

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Menurut timbalan ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed, kedua-dua ahlinya, - Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis.

Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Taman Melawati sebelum dihantar ke ibupejabat polis daerah Ampang, Taman Dagang.

Menurut Zainol Abidin, pada taklimat khas malam semalam oleh setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, ahli PKR diarahkan mengedarkan risalah tersebut ke masjid-masjid sekitar Gombak.

"Arahan a

dalah supaya 10,000 risalah diedarkan di 10 masjid di Gombak. Di setiap masjid, kami tempatkan dua petugas," katanya.

Zainol Abidin (kanan) berkata kedua-dua Muhammad Hafiz (bawah, berbaju jingga) dan Arie Yudistira (bawah, berbaju hijau) sempat mengedarkan lebih 500 risalah itu manakala selebihnya dirampas polis.

Sementara itu, ketika dihubungi, Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka dibebaskan pada jam 6.25 petang ini selepas ditahan kira-kira empat jam.


BIARLAH MAHKAMAH TENTUKAN... KENAPA NAK SIBUK-SIBUK KEMPEN DIJALANAN... JANGAN GUNA UNDANG-UNDANG RIMBA...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.