Wednesday, July 1, 2009

TUAN AZIZ DI FITNAH : CALON BN MANIK URAI SALAH GUNA KUASA & RASUAH


Salam Perjuangan...
.
Belum apa-apa Pakatan Rakyat telah melaksanakan perang psikologi jijik dengan menyebarkan FITNAH kepada calon BN DUN Manik Urai. Ini Islam apa ni? PAS tak nak kata apa-apa ke & nasihat sikit stategis pilihan raya Manik Urai supaya jgn guna taktik busuk macam ni... Apa Islam Halalkan Cara Demi Matlamat ke??? Kalau Macam tu SAH! PAS hanya Islam pada kulit bukan pada isinya... Islam hanya alat untuk dipergunakan demi mendapatklan kuasa... (Baca Di sini)
.
Kepada Tuan Aziz sila buat loporan polis biar dihadapkan ke muka pengadilan wajah bangsat yg menaburkan fitnah berkenaan... disamping itu kita berdoa Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada merekayang sebenar-benarnya telah "SESAT" itu.
.
Tuan Aziz sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan fitnah ini yang boleh dibaca di sini. Saya telah mendapat jawapan berkenaan isu fitnah ini dari Blog mymassa (di sini...) berikut adalah intipati jawapan kepada fitnah ini :-
.
Satu yakin bahawa penulis yang melemparkan fitnah tersebut tidak sama sekali mengenali Tuan Aziz dengan lebih dekat.
.
Fitnah 1:
Tuan Aziz didakwa menyalahgunakan kuasanya dan terbabit dalam rasuah
.
Ini adalah satu kenyataan yang "ambigious" bertujuan hanya untuk mengaburkan mata pembaca agar mewujudkan keraguan seterusnya menimbulkan isu/cerita yang tersebar dan disebarkan dengan tujuan membunuh karektor calon menerusi fitnah berkenaan - walaupun berita tersebut tidak benar.
.
Fitnah 2:
Tuan Aziz hidup mewah melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB).
.
Jawatan ini disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di KesedarSetahu saya Tuan Aziz hidup secara sederhana. Walaupun berjawatan sebagai CEO Kesedar, beliau hanya mempunyai rumah papan satu tingkat di Kuala Krai. Isteri beliau bertugas sebagai guru. Pasal kereta pula, beliau memandu Proton Perdana second hand dan isteri beliau memandu Perodua MyV.
.
Fitnah 3:
Beliau melakukan lawatan yang “meragukan” bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailand untuk tujuan pemasaran
.
Lawatan itu dilakukan secara rotation oleh pegawai-pegawai Kesedar selepas mencapai kejayaan memasarkan minyak masak di negara-negara Asean. Tuan Aziz sendiri tidak pernah mengikut serta dalam lawatan tersebut.
.
Fitnah 4:
Beliau menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai
.
Keputusan akhir pemberian kontrak tersebut bukan terletak di tangan Tuan Aziz. Lagipun Tuan Aziz tidak perlu melobi untuk medapat sokongan semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Sokongan beliau pada peringkat akar umbi adalah padu. Lawan Tuan Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah juga kenalan rapat beliau, Salihin Ismail. Tambahan pula, dari sumber yang telahpun disahkan, Tuan Aziz juga turut berkempen pada peringkat cawangan supaya memilih lawannya Salihin sebagai calon Ketua Pemuda Bahagian. Maka tidak mungkin wujud aksi lobi-melobi seperti dinyatakan.
.
Allah akan bersama-sama orang yang jujur, benar dan ikhlas ... bersama kita mendoakan calon yang terbaik memperolehi kemenangan...
.
Teruskan Perjuangan...
.
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.