Tuesday, July 14, 2009

PILIHANRAYA KECIL N 41: MANIK URAI - RAMALAN & ANALISIS

Salam Perjuangan
.
Panas! hari ini merupakan hari pengundian bagi PRK Manik Urai sehingga kini keadaan terkawal dan sehingga jam 11.30 dimaklumkan hampir 58% pengundi atau 7,085 pemilih telah keluar mengundi menunaikan amanah mereka. Selain kesesakan trafik yang agak teruk (macam di KL pagi-pagi) kedua-dua penyokong PAS & BN sibuk menjalankan kempen saat akhir bagi meraih undi bagi calon mereka.
.
.
Kerajaan Kelantan telah mengumumkan hari cuti bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dan SPR mensasarkan 85% pengundi daripada 12,293 pengundi akan keluar mengundi hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam ini di mana penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
.
.
Berikut adalah senarai pusat pembuangan undi di DUN Manik Urai :-
.
1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SMK Manik Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)
.
Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.
.

Analisis Sokongan

Sebelum penamaan calon rating calon PAS - 60% dan BN-40% manakala 2 hari selepas penamaan maklumat yang diperolehi rating calon untuk PAS-56% dan BN-44%.

Kekuatan Calon :

Jika didilai daripada latar belakang calon, calon BN jelas dilihat memiliki banyak kelebihan berbanding calon PAS berdasarkan kredibiliti, latar belakang pendidikan & keluarga, kebolehan berpidato, pengalaman bekerja dan berkhidmat kepada penduduk, serta pengalaman politik.

Isu yang diketengahkan BN :

BN juga menjadikan isu pembangunan sebagai taruhan utamanya, antaranya, menjadikan Manek Urai anak emas kerajaan pusat, menjadikannnya sebagai kota agropolitan serta membina beberapa kemudahan baru - termasuk jambatan baru dua lorong di Manek Urai Lama, sekolah kebangsaan di Chuchoh Puteri dan masjid baru di Temalir.

Selain itu BN juga cuba menyampaikan mesej kempennya bahawa pembangunan dan kemajuan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, bukan sekadar kejayaan di akhirat semata-mata. BN turut mengadakan majlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manek Urai. Dalam kempennya, BN juga menggunakan isu kerajaan perpaduan untuk menggambarkan wajah sebenar hubungan Pakatan Rakyat dan kedudukan PAS dalam pakatan itu. Selain keretakan dalam pimpinan Pas yang kini seakan terpeson dari landasan sebenar perjuangan untuk ISLAM.

.


Isu yang diketengahkan PAS :

PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion, Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan rumah mewah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Selain menggunkan isu agama Islam dengan mengambarkan bahawa UMNO & BN tidak islamik dan tidak mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar.

Sokongan Ahli Parti

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manik Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN. kerana pemimpin PAS tempatan begitu optimis pengundi luar kawasan, dianggar lebih 1,000 orang, akan mengundi Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan.

Pengundi Cina & India

Bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, kedua-dua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Penguasaan Sepanjang Tempoh Kempen

Kekuatan jentera PAS & BN seimbang di mana poster dan sepanduk dilihat sama banyak serta kedua-dua pihak dilihat sama setanding agresif berkemben untuk menarik undi. Walaupun begitu tiada insiden buruk seperti pergadukan & provokasi agresif diantara kedua-dua pihak PAS atau BN sepanjang kempen. Keharmonian masih terpelihara dengan PAS & BN berbeza dengan kehadiran jentera PKR yg pasti bertukar ganas akibat kempen ala "gengster" yg kerap menjadi taktik penyokong PKR.

Demografi pengundi yang bersifat "homogenus" dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manik Urai.

Beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini.Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan kempen dilihat diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai. Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

RAMALAN KEPUTUSAN PRK MANIK URAI

Maklumat yang diperolehi dan dianalisis daripada pelbagai sumber rujukan sehingga jam 12.30 malam tadi memperlihatkan rating calon PAS masih mendahului calon BN dengan PAS 54% dan BN 46%. Diramalkan bahawa PAS bakal mengekalkan momentum kemenangan walaupun kemungkinan majoriti PAS bakal berkurangan ke sekitar 800 ke 1,000 undi.

Namun begitu faktor kempen saat-saat akhir oleh kedua-dua parti mungkin bakal merubah segala-galanya... sekiranya BN menang di Manik Urai, kemenangan itu mungkin begitu tipis sekali dengan undi majoriti kemenangan sekitar 80 - 200 undi sahaja dan itu adalah merupakan satu yg berada di luar jangkaan sama sekali yang merupakan anugerah maha Kuasa.

Segalanya kita serahkan kepada Allah SWT, kita berusaha Allah SWT menentukan segala-galanya... kepada Allah berserah.

Teruskan Perjuangan

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.