Tuesday, April 7, 2009

TUN M MASUK UMNO : PEMULIHAN BN & UMNO LANCAR

Pelan Pemulihan UMNO berjalan lancar dengan pulangnya tokoh negarawan dan bapa yang dikasihi kepada kesemua rakyat malaysia ke pangkuan UMNO... moga kekecewaan lampau akan terubat dan barisan yang kian longgar mampu ditaupkan kembali dibawah kepimpinan Dato' Najib... Moga Allah membantu kita.. Amin

Petikan Akhbar :

PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO.‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO.‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.Pada majlis itu juga, anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Mokhzani turut mengambil langkah sama menyertai semula UMNO.

1 comment:

Anonymous said...

kemasukan mamak mahathir ke dalam umno bukan untuk memperkukuhkan umno sebaliknya akan menjatuhkan umno terus dari arena politik malaysia sebab mamak mahathir orang dah tak suka lagi

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.