Friday, March 28, 2008

PAK LAH Pemusnah Harapan Orang Melayu

Contributed by zaleysmb on Tuesday, March 25 @ 00:00:00 MYT Topic: RENCANA

Abdullah tidak tertekan, walaupun hilang lima negeri. Beliau gembira?Namun, rakyat tertekan dengan kelemahan kepimpinan beliau yang kian ketara. Terakhir, krisis di Terengganu.Sebelum pilihanraya, pengundi Cina yang pertama merasa kecewa dengan kepimpinan beliau. Kekecewaan itu tidak dirawat sehingga BN menerima padahnya. Kekecewaan pengundi Cina diikuti pengundi India, seperti yang telah kita saksikan.

Menjelang pilihanraya baru ini, Abdullah melancarkan serangan terbuka untuk menawan Kelantan - tapak Melayu-Islam. Pengundi Melayu seluruh negara tidak kurang ramai yang bersimpati dengan Kelantan, sekalipun mereka mungkin penyokong UMNO. Tema umum ialah, biarkan Kelantan kekal bersama PAS. Biarlah ada keragaman.Perasaan umum pengundi Melayu itu pun Abdullah sanggup lukai.

Apa yang hendak diperjuangkan Abdullah?Kini, Abdullah menambah satu lagi musuh - istana.Ketika segelintir ahli UMNO Pulau Pinang bertempik melaungkan pembelaan Melayu di pulau di mana Melayu telah dipinggirkan selama lima puluh tahun dan UMNO adalah sebahagian dari mekanisma itu, di Perlis dan Terengganu, UMNO pimpinan Abdullah menunjukkan belangnya tidak mengindahkan sesiapa, hatta Raja-Raja Melayu.Apa pentingnya mempertahankan Idris sehingga badai politik dengan Istana perlu dicipta? Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya?

Adakah di sana rahsia tentang perbelanjaan Monsoon Cup atau masjid kristal yang menambat ikatan antara Abdullah dan Idris?Tidakkah cukup monsoon hujung tahun membadai Terengganu sehingga badai baru pula hendak dicari?Sultan, atau dalam kes Terengganu, Majlis Pemangku Raja, berhak menolak mana-mana calon yang dicadangkan kerana Sultan bukan robot. Terpulang kepada UMNO mencadangkan nama baru yang boleh diterima oleh kedua belah pihak.

Jika itu pun tak dapat diuruskan, ke mana negara kita akan dibawa?Adakah Idris begitu perfect sehingga Sultan atau Majlis Pemangku Raja tidak mempunyai sebab dan kebijaksanaan mereka sendiri menolak Idris.Mungkin ada yang diketahui Sultan atau Majlis Pemangku Raja yang tidak diketahui oleh kita semua.Razali MBSJohor Bahru

Jangan Rasuah Rakyat!


Memanglah kita suka mendapat air percuma. Namun, apa-apa yang percuma ada kosnya yang tertentu. Samalah juga air paip yang percuma. Mungkin kita perlu fikir perkara-perkara yang berikut:

1. Di Selangor ni.. tidak semua rakyatnya miskin. Malah kebanyakannya kita ni tidaklah miskin dan tidaklah kaya.. Mungkin paling ramai pun yang boleh dikatakan miskin ataupun menganggap diri mereka terkategori dalam golongan yang perlu dibantu ialah 20%. Maka golongan yang tidak perlu pada air percuma dan mampu bayar pada kadar harga sekarang ini boleh mencecah 80%..

Alangkah baiknya jika, bil air 80% manusia yang tidak miskin ini dan tidak menganggap diri mereka perlu menerima sedekah, dikutip oleh Kerajaan Negeri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Kemudian, jika betul-betul hendak membantu golongan miskin bolehlah kita buat perjumpaan ataupun kaedah lain yang lebih sesuai untuk kita menyedekahkan wang kutipan daripada 80% manusia yang tidak miskin ini kepada golongan yang memang miskin ataupun yang meminta bantuan. Jumlahnya saya jangka tidaklah sedikit.. mungkin puluhan juta ringgit setahun?

2. Manusia yang tidak meminta akan sesuatu tetapi mendapatnya dengan percuma perlu berdepan dengan keadaan psikologi untuk menilai sesuatu sedekah yang dia terima.

Apatah lagi sedekah itu dalam bentuk yang begitu impesonal seperti membuka paip air sahaja. Saya percaya kemungkinan besar air itu akan berlalu begitu sahaja tanpa diiringi dengan doa kesyukuran. Pembaziran melampau akan berlaku. Dalam keadaan sekarang pun, dengan harga air yang sungguhpun dicanangkan mahal tetapi sebenarnya belum mahal lagi... pembaziran telahpun berlaku sehingga di lembah klang ini.. bekalan air tidak cukup.

Ingat.. sifat membazir itu tergolong dalam budaya hasutan syaitan. Jangan sesekali pemerintah itu merayakan sifat ini dengan menghambur air yang sememangnya perlu dijimat.

3. Rakyat memang muak dengan budaya rasuah. Tidak kiralah rasuah itu dari siapa kepada siapa. Air percuma yang diberi kepada golongan kaya dan miskin seluruh Selangor bukanlah hak Kerajaan Negeri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ia merupakan amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab. Jika sedekah yang tidak diminta ini diberi untuk meraih undi dan populariti yang bersifat sementara maka bertambah muaklah rakyat yang mahu berfikir dengan budaya merasuahkan rakyat ini.

Rakyat dan Raja tunjuk mesej tak suka Pak Lah

Contributed by zahari1950 on Friday, March 28 @ 09:09:26 MYT Topic: KOMENTAR

Orang Perlis tak suka Pak Lah. Orang Terengganu tak suka Pak Lah. Senario kedua negeri ini sama. 2 calon menteri besar yang disokong dan di cadang Pak Lah tak diterima oleh rakyat dan raja negeri tersebut.Yang menjadi mangsa adalah Shahidan Kasim dan Idris Jusoh. Bukan mereka berdua tak disukai rakyat tetapi oleh kerana rakyat tak suka Pak Lah, orang yang dipilih Pak Lah mereka tak terima.5 buah negeri diperintah pembangkang memang menteri besar dan ketua menterinya penentang atau seteru Pak Lah.

Tambah dua lagi menteri besar bagi negeri yang dikuasai oleh BN juga menteri besarnya bukan yang direkomenkan oleh Pak Lah.Sudah tujuh negeri dalam persekutuan Malaysia dimana menteri besar dan ketua menterinya bukan dari suku sakat Pak Lah.Ini adalah satu mesej pada Pak Lah bahawa beliau patut berundur.

Bagi peluang kepada pemimpin lain membetulkan keadaan yang parah ini. Orang yang lemah dan cedera tak boleh memberi rawatan kepada orang lain. Biarkan pakar yang lain memberikan rawatan termasuk yang tercedera dan lemah tadi.Tolonglah Pak Lah!, sebelum orang Melayu kehilangan lebih banyak hak mereka maka lebih baik Pak Lah berhenti.Lebih baik Pak Lah bersara dalam keadaan sekarang daripada bersara dalam keadaaan yang lebih dzaif lagi. Takut nanti dihina orang.

Thursday, March 27, 2008

Senarai Kabinet Sebenar Pak Lah

Petikan dari sang kelembai

Sang Kelembai:

Kemungkinan kabinet Islam Hadhari ini sama dengan tajuk sitcom di TV yang berbunyi Pi Mai, Pi Mai Tang Tu tidak ada perubahan dan sekali rakyat tertipu oleh Kerajaan Tiga Beranak jika nama seperti Mohd Nazri Aziz, Shafie Afdal, Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad, Abdullah Zain dan termasuk Muhyiddin Yassin keadaan tsunami politik yang melanda UMNO akan berterusan di tahun PRU ke hadapan dan tidak akan berubah.

Mungkin pendapat yang di terima ini adalah bentuk Kerajaan tiga beranak :

Dapat berita terbaru....!!!!Senarai kabinet 2008

Perdana Menteri :YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi,
Timbalan Perdana Menteri :Dato Kamaludin Abdullah Badawi
Menteri Kewangan :Dato Seri Kalimullah Hassan
Menteri Dalam Negeri :Khairy Jamaluddin
Menteri Penerangan :Dato Seri Anuar zaini
Menteri Pengangkutan :Dato Seri Tony Fernandez
Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembinaan Masjid :Dato Patrick Badawi (Lim)
Menteri Kesihatan :Dato Dr. Vincent Lim Ah Pek
Menteri Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Masyarakat :Nori Abdullah
Menteri Dijabatan Perdana Menteri :Dato Zaki Ahmad Zahid
Menteri Perdagangan Antarabangsa :Azim Zabidi
Menteri Hal Ehwal kaum India :Dato Reezal Merican Naina Pottu Marican
Menteri Hal Ehwal Warga Emas :Dato Hajjah Rahmah (Ibu Khairy)
Menteri Belia, Sukan dan Kereta Terpakai :Dato Azeez Rahim Rempit
Menteri Sains, Teknologi, Innovasi Dan Alam Sekitar :Maya Karin

Dari Bodoh ke Nyanyuk.

Petikan dari sang kelembai:

KUALA LUMPUR 25 Mac “ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.

“Saya akan pasti menemui Sultan (Mizan)” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu pada sidang akhbar sempena Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini-Utusan Malaysia 26hb Mac 2008.

Jika rakyat kata bahawa “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling bodoh mungkin keterlaluan dan dianggap kasar tetapi apa yang dikatakan oleh dia nampak tidak cerdik dan tidak pandai dan adalah tahap terakhir sebelum dikatakan bodoh, sehingga beberapa SMS yang dikirim dan beredar menyebut dia sebagai Abdullah Bodohwi dan bukan Abdullah Ahmad Badawi.

Kenapa dia tidak dikira sebagai orang bijak dan sebaliknya sudah sampai ke peringkat bodoh dan menunggu masa ke arah dipanggil nyanyuk, kerana berdasarkan kenyataan di atas yang hanya ikut sedap mulutnya. Tidak ke dia selaku Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya yang bertulis:

Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua Agama Islam.

Maka untuk tujuan apa Abdullah Hj Ahmad untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong? Sekiranya apa yang berlaku sekarang di Terengganu selepas majlis menghadap itu maka dengan sendiri Yang Di Pertuan Agong sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja kenalah bermesyuarat untuk menggugurkannya.Tetapi Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan dengan dibantu oleh Ayahandanya Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara atau Raja-Raja lain yang berpengalaman kemungkinan Yang Di Pertuan bagi perkenan menghadap kerana membincangkan perkara negeri Terengganu tidak mungkin akan berlaku, kecuali sambil-sambil menghadap dalam soal pentadbiran negara Abdullah Hj Ahmad menyentuh perkara Terengganu kemungkinannya ada tetapi itu pun menjadi satu kesalahan.

Abdullah Hj Ahmad sewajarnya mencari sebab musabab kenapa boleh berlaku insiden yang memalukan ini. Sudah beberapa kali ditulis dalam blog dan laman web oleh mereka yang mempunyai kebebasan akal dan fikiran akan perihal Abdullah Hj Ahmad ini bergantung akal fikiran dari anaknya Kamalludin dan menantunya Khariry Jamalludin. Itu sebab selaku ketua Parti, dia perlu mengambil iktibar bahawa cara menyelesaikan sebarang isu ialah dengan mencari puncanya.Punca di sini ialah tidak dilantik seseorang yang dicadangkan oleh Abdullah Hj Ahmad untuk menjadi Menteri Besar sebaliknya kerana masih lagi hendak bertahan atas nama prinsip, nama yang dicadangkan dikekalkan. Di sebelah Raja dengan kuasa Perlembagaan Undang-undang tubuhnya dia berhak untuk melantik sesiapa yang dipercayai dipersetujui atau disokong oleh ahli Dewan Negeri.

Majlis Pemangku Raja Terengganu yang dipengerusikan oleh seorang yang mempunyai hubungan darah dengan Sultan Mizan dan dibantu oleh orang yang berpengalaman termasuk bekas seorang Hakim, peratus kebodohan memang tidak ada, bila melantik seorang Ahli Dewan Negeri dari UMNO/Barisan Nasional menjadi Menteri Besar.Pelantikan itu menjadi kontroversi bukan soal Perlembagaan seperti yang dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad. Perhatikan senario yang berlaku di Perak dan Perlis. Keduanya ada ketegangan pada awal pelantikan Menteri Besar tetapi berakhir hanya dengan satu perkataan sahaja yang berbunyi “saya sokong”. DAP dan PKR yang kerusi lebih dari PAS yang dilantik menjadi Menteri Besar boleh diterima kerana Menteri Besar dari PAS di sokong oleh kedua parti yang berkenaan.

Begitu juga Dr Mohd Isa Sabu dengan selesa menjadi Menteri Besar Perlis kerana di sokong oleh Shahidan Kassim yang tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar.Eloklah Abdullah Hj Ahmad dari sibuk mempertahankan Idris Jusuh kerana orang yang difikirkan oleh anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bahawa dengan Idris Jusuh maka terjaminlah semua kepentingan perniagaannya di Terengganu khasnya perniagaan Patrick Lim dan Kamulllah Moer Hassan.

Pelantikan Ahmad Said menjadi Isu kerana dia tidak disokong oleh 23 orang Ahli Dewan Negeri yang dikurung oleh Idris Jusoh. Sekarang berpindah randah dari hotel ke hotel. Sewajarnya BPR dari pergi menyiasat Ahmad Said lebih baik pergi menyiasat semenjak isu MB Terengganu ini, hotel-hotel yang mereka tinggal siapa yang membayarnya?Kesimpulannya jelas membuktikan bahawa UMNO ini diperintah oleh orang dan bukannya organisasi atau Parti Politik.

Jika UMNO atau Barisan Nasional yang memerintah maka dia terjadi seperti di Pulau Pinang di tahun 1990 bilamana Gerakan kalah teruk dengan DAP dan kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan, masa itu Perdana Menterinya bernama Dr Mahathir Mohamed menyerahkan juga jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan kerana yang wujud adalah kerajaan Barisan Nasional.Setelah sekian lama hampir lima tahun dan kemudian dalam PRU ke 12 Barisan Nasional kalah, baharulah diterima pembuktian yang tidak boleh dinafikan bahawa di peringkat Kerajaan Persekutuan yang berkuasa dan memerintah bukan UMNO/Barisan Nasional tetapi orangnya bernama Abdullah Hj Ahmad.

Ini berlaku juga di Terengganu jika yang memerintah UMNO/Barisan Nasional sudah pasti mereka menerima Ahmad Said menjadi Menteri Besarnya tetapi kerana yang memerintahnya Idris Jusuh maka inilah isunya yang diseret Perlembagaan undang-undang tubuh negeri Terengganu.

Sang Kelembai: Bila dengar kisah Idris Jusuh mengurung atau menyimpan 23 ADUN Terengganu, teringat akan kisah Tun Mustapha Harun menyimpan ADUN USNO di Sabah, di Kuala Lumpur 32 tahun dahulu yang berkesudahan akhirnya setengahnya lompat juga ke Berjaya. Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.

Pilih, selamatkan UMNO atau PaK Lah

Semakin kuat dan semakin jelas suara-suara yang mahukan Pak Lah letak jawatan. Suara reformasi dalam UMNO semakin kuat kedengaran. UMNO sudah mula sedar akan ketirisan pegangan kuasa yang ada pada mereka. Tuntutan perubahan dijangka dapat mengendurkan keadaan dalam UMNO khususnya apabila kabinet di umumkan. Namun malang kabinet yang di umumkan tidak melambangkan perubahan yang mampu membuat UMNO diterima semula, tidak dalam masa yang terdekat ini. Perubahan drastik perlu dan perubahan drastik ini nampaknya semakin mengisyaratkan agar Pak Lah LETAK JAWATAN.

Keadaan politik semakin meruncing. Barisan Nasional yang memegang kerajaan sekarang ini tidak menyeluruh. Kuasa yang tidak lengkap dan negeri-negeri yang berpotensi berada di bawah pegangan Barisan Rakyat menyulitkan pentadbiran. Moralnya Barisan Nasional dan UMNO sudah tewas dan diambang kemelut besar. Malah kedudukan ini lebih menyulitkan bila rakyat di uar-uarkan bahawa terdapat lebih dari 30 ahli parlimen akan melompat masuk ke Barisan Rakyat. Satu jumlah yang mampu mengubah kerajaan memerintah dari Barisan Nasional ke Barisan Rakyat. UMNO mungkin akan terus mengalami saat merudumnya.

Berita peralihan sokongan ini semakin kuat kedengaran. Berita mengenai semakin jelas Anwar Ibrahim akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri sudah berkumandang. Betul atau tidak, masih terlalu awal untuk kita ketahui tetapi berita seperti ini memberi “advantage” kepada Barisan Rakyat. Benar atau tidak, usaha Barisan Nasional khususnya UMNO perlu dilipat gandakan untuk menuntut perubahan dalaman. UMNO khususnya perlu melakukan reformasi dalaman atau akan berdepan dengan keadaan yang semakin kritikal. Setakat hari ini, UMNO khususnya masih lena. Masih seperti dahulu dengan pendekatan-pendekatan ortodoks.

Reformasi dalam UMNO perlu dan laman ini sendiri di bentuk untuk menuntut perubahan dalam UMNO. Selagi reformasi menyeluruh ini tidak berlaku, selagi itulah Barisan Nasional dan UMNO khususnya akan tertinggal dan terus tidak relevan. Hari ini liabiliti dalam UMNO perlu dikurangkan dan pengurangan ini memerlukan pengorbanan besar. Mungkin tidak sampai kepada Pak Lah suara-suara sebenar dalam UMNO tetapi suara rakyat sudah menghukum Barisan Nasional dan UMNO. Ini berlaku di bawah kepimpinan Pak Lah.

Justeru itu Pak Lah mungkin sedar bahawa perubahan ini mungkin melibatkan pengunduran beliau. Sudah sampai keadaan bila ahli UMNO perlu memilih, Selamatkan Pak Lah – hancur UMNO atau korbankan Pak Lah – memberi sedikit nafas untuk UMNO. Mungkin inilah pilihan yang ada pada ahli UMNO sekarang ini. Tepuk dada tanya selera.

SOKONG DAP, PKR TOLAK DEB!!

Mengapa PKR sokong pemansuhan DEB??? Apakah pemimpin tertinggi mereka bukan dikalangan orang Melayu?? Apakah DEB yang dilancar kan sejak 1971 itu tidak pernah berjasa kepada orang Melayu?? Persoalan ini patut kita teruskan tuju kepada pemimpin-pemimpin PKR agar mereka memberi jawapan yang jelas, apakah PKR sokong DEB dimahsuh kan seperti kehendak DAP?

Atau pun PKR mahu terus sokong DEB seperti mana kehendak orang-orang Melayu yang terbanyak?? Malang sekali bila soalan tentang DEB ditanya kepada Anwar Ibrahim semasa dia membuat kunjungan hormat keatas Lim Guan Eng di Pulau Pinang jumaat lepas, Anwar mula berdalih dan menyalahkan media konon nya memutar belit isu DEB. Bila terus didesak oleh pihak media ternyata Anwar enggan menjawab pendirian nya tentang DEB tapi sebalik nya mengalih perhatian kepada Agenda Ekonomi Malaysia yang dirangka bersama DAP. Agenda yang mempunyai lima perkara teras itu didakwa oleh Anwar jauh lebih baik dari DEB yang katanya hanya mementing kan kroni-kroni tertentu.

Dalam kata lain Anwar sebenar nya telah terang-terang menolak DEB yang dirangka demi untuk menjaga kabajikan kaum bumuputra. Apakah Agenda Ekonomi Malaysia yang dirangka oleh PKR bersama DAP yang terang-terang anti melayu itu akan terus menjaga kebajikan orang melayu seperti yang ada dalam DEB?? PKR yang telah nyawa-nyawa ikan sebelum ini, tetapi telah mendapat sokongan dari golongan-golongan anti melayu untuk terus hidup, kita tertanya-tanya apa kah PKR akan terus membela melayu atau pun akan membela golongan yang memberi nyawa kepada mereka???

Jika DEB yang begitu banyak berjasa kepada malayu sanggup dihapus kan oleh PKR semata-mata kerana semangat 'setiakawan' kepada DAP, apakah orang melayu harus terus percaya kepada parti pengkhianat melayu seperti itu??? Kita sedar, ada segolongan orang-orang melayu yang telah menyokong pembangkang kerana beberapa perkara pada PRU lepas, tetapi kita harap sokongan yang yang diberi jangan lah akan meroboh bangsa melayu sendiri!!!

Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur

Perlantikan orang kuat Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis menimbulkan tanda tanya tentang siapa yang berkuasa dalam UMNO? Shahidan telah dipersetujui sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya sebagai Menteri Besar Perlis. Pak Lah sudah mengeluarkan watikah. Mengapa boleh berubah?Semua orang perlis tahu Md Isa Sabu adalah hulubalang setia Radzi. Kata pemimpin UMNO Perlis, kalau toreh tangan Md Isa ini, darah yang keluar pun pasti akan tertulis radzi!radzi!radzi.

Mungkin siapa yang berkuasa dalam UMNO ialah pertanyaan terbaik sekarang. Sudah lama kedengaran jika pentadbiran negara menjadi alat percaturan penasihat-penasihat bernama Khairy Jamluddin, Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Kamarulzaman (TV3), Datuk Annuar Zaini (Bernama) dan Datuk Kalimullah Hassan Mesrul (NSTP); maka Radzi Sheikh Ahmad, Muhd Taib dan Bg. Jen (Bersara) Husaini menguasai UMNO.Mereka tidak dipilih secara demokratik oleh ahli parti. Berbeza zaman Tun Mahathir yang mana jawatan-jawatan lantikan hanya bertanggungjawab melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO, hari ini jawatan lantikan seperti Setiausaha Agung UMNO, Ketua Penerangan UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO sudah menjadi pencatur politik UMNO seluruh negara.

UMNO sudah tenat kerana hak demokrasi ahli tidak diiktiraf oleh Pak Lah. Ketua Bahagian dibuang sesuka hati (Ibrahim Ali), digantung tidak bertali ahli MT (Zaid Ibrahim), dihina secara terbuka oleh Setiausaha Agung UMNO (Shahidan Kassim) dan ada ahli MT (Khir Toyo) diserang bertubi-tubi oleh media massa (kerana dilihat bakal menjadi ancaman kepada kerjaya politik Khairy) sehingga tumbang negerinya.Setelah kalah banyak dalam pilihan raya, hilang majoriti dua pertiga, gagal mengawal politiking dalam parti akibat pegawai yang dilantik oleh beliau sendiri, tertangguhnya perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, keputusan flip flop dalam perlantikan Menteri Besar Perlis; masih layakkah Pak Lah menjadi pemimpin UMNO?

Mahukah kita tunggu UMNO kalah secara pukulan KO baru mahu menukar Abdullah? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin tidak menghormati keputrusan akar umbi dan ahli? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin sewenang-wenangnya memecah belahkan parti, menghina pemimpin terdahulu? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika dasar, polisi dan peribadi beliau sudah ditolak oleh akar umbi dan rakyat Malaysia?Apakah kita mahu menunggu sehingga rakyat menolak UMNO dan BN secara total sebelum melakukan perubahan?Menyokong Datuk Seri Shahidan Kassim

Cukuplah Pak Lah! Penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir, Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Isa Samad, Datuk Zaid Ibrahim, dan terbaru Datuk Seri Shahidan Kassim. Tidak lama lagi mungkin Datuk Seri Idris JUsoh pula.

Cukuplah! Ketika laman ini mendedahkan betapa UMNO sedang diancam oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan "coup de tat." Pak Lah terus memecah belahkan UMNO dengan politiking belakang tabir oleh beliau, Khairy dan Radzi. Cukuplah ahli UMNO semua. Terimalah hakikat bahawa keadaan sudah genting dan Pak Lah tidak menunjukkan tanda untuk berubah atau mengukuhkan parti. Sebaliknya ia hanya membenarkan parti terus menjadi huru hara, DEB diperlekehkan dan parti komponen kehilangan kerusi.

Perlakuan Pak Lah dan Radzi Sheikh Ahmad (kedua-duanya punca antara punca UMNO diharamkan pada 1988) terhadap Datuk Seri Shahidan Kassim adalah satu penghinaan kepada Majlis Tertinggi UMNO, UMNO Perlis dan ahli UMNO sendiri.

Lim Guan Eng- Lu Cakap Tak Serupa Bikin!!

Lim Guan Eng mula merasa bahang apa bila mula diberi tekanan oleh seteru politik nya. Himpunan lebih 3,000 orang melayu di hadapan KOMTAR sejurus kenyataan Guan Eng untuk memahsuh kan DEB telah membuat dia tertekan.

Ternyata Guan Eng telah mula merasa panas walau pun baru beberapa hari menghuni 'kandang singa' itu. Sebagai reakasi spontan kepada situasi itu, Guan Eng telah menuduh UMNO sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan nya melalui demontrasi. Ternyata, kenytaan Guan Eng telah mamakan diri sendiri.

Apakah Guan Eng telah lupa bahawa sebelum ini dia sendiri merupa kan juara dalam tunjuk perasaan?? Apakah Guan Eng lupa bahawa dia juga yang berkata demonstrasi itu sebahagian dari demokrasi??? Dengan menuduh UMNO cuba menjatuh kan nya melalui cara tersebut telah menampak kan betapa Guan Eng seorang yang tidak demokratik. Jauh dari apa yang dia sendiri laung-laungkan selama ini.

Menjawab tuduhan Guan Eng itu,Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulaua Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, UMNO tidak berniat menjatuhkan kepimpinan kerajaan negeri tetapi hanya menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung polisi pentadbiran membabitkan orang Melayu di Pulau Pinang. Malah tegasnya, demonstrasi membantah cadangan penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) baru-baru ini tidak boleh dilihat sebagai cubaan untuk mengeruhkan suasana, sebaliknya menggambarkan kehendak orang Melayu supaya isu itu diberi perhatian.

“Jangan bersikap angkuh mengatakan UMNO sengaja hendak buat kacau atau menjatuhkan pemimpin kerajaan negeri, UMNO memahami dan menghormati keputusan pilihan raya umum baru-baru ini. “Tapi Guan Eng perlu ingat sebagai Ketua Menteri kenalah bertanggungjawab, jangan buat kenyataan atau dasar-dasar yang menyinggung perasaan mana-mana kaum kerana orang akan marah,”

Jika selama ini, Guan Eng cuma tahu mengkritik kerajaan konon nya tidak telus dan tidak demokrasi, kita harap apa yang Guan Eng perjuangkan selama ini hendak lah ditunjuk teladan agar orang tidak akan berkata, Guan Eng!! Lu cakap tak serupa bikin!!!!

MB BARU SELANGOR LUPA JASA DEB!!!

Menteri Besar Selangor yang baru, mula bercakap...perkataan pertama yang keluar dari mulut nya tidak banyak berbeza dengan apa yg telah dikata oleh Lim Guan Eng sehingga menimbul kan rasa marah orang Melayu di Pulau Pinang.

MB Selangor yang baru itu, tanpa rasa bersalah terus mencaci cerca DEB konon nya dasar yang telah banyak memberi jasa kepada orang-orang Melayu itu sebenar nya sebuah dasar yang gagal dimata beliau. Agak nya MB yang baru itu terlupa bahawa dia juga sebahagian dari produk DEB dan yang juga menjalan dasar-dasar DEB semasa menjadi Ketua Eksekutif PNB.

Bukan kah PNB sendiri telah berjaya mengeluar kan ramai kaum melayu dari paras kemiskinan??? Ternyata, MB yang menjadi harapan kita orang Selangor telah mengkhianati bangsa sendiri. Kuasa dan pangkat yang terhumban keatas bahu nya telah membuat kan dia cepat lupa dunia. Mungkin 'persaudaraan' baru yang dibentuk bersama DAP telah membawa jauh rasa sayangnya kepada bangsa sendiri. Bila situasi ini terjadi, apakah masih ada harapan orang melayu untuk disandar kan kepada manusia seperti itu??.

Jika di Pulau Pinang kenyataan seperti itu telah mengundang rasa marah yang meluap-luap...tetapi di selangor ternyata MB baru itu bernasib baik kerana orang-orang Melayu di sini masih boleh mengawal diri. v Kepada MB Selangor yang baru itu, suka kita berpesan. sekira nya DEB tidak terbentuk apakah orang melayu mampu terlepas dari kepompong seperti situasi sebelum 1969 dulu???

Bukan kah DEB yang dibentuk selepas itu telah mengubah bukan saja sosio budaya melayu tp juga kaum-kaum seperti india dan bumiputra lain??? Jika sebelum 1969, kaum dikenal melalui tempat tinggal nya. Malayu di kampung, india di ladang getah dan cina di bandar. Tapi DEB telah mengubah situasi itu sehingga terbentuk bangsa Malaysia seperti yang ada sekarang. Jika sedemikian besar jasa DEB kepada bangsa Malaysia, tetapi masih juga dianggap gagal oleh PKR dan DAP. Maka sudah barang tentu ada sesuatu yang tidak kena kepada barisan mereka itu!!!

Anwar gagal pujuk wakil rakyat BN.

oleh: Nonames

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan wakil BN di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung. Namun beliau berkata semang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemuinya yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beliau menegaskan 'beli orang' seperti yang didakwa Umno/BN bukan tradisi parti pembangkang.

Anwar yang bercerita seolah-olah politik yang dibawanya adalah politik yang bersih dan seolah-olah cerita beliau menawarkan jumlah wang yang besar tidak diketahui. Anwar yang menyangka wang boleh membeli segalanya akhirnya terpaksa berlagak baik setelah usaha menyogok wang gagal. "Kalau ada yang berbicara soal (bayaran) kita batalkan perbincangan sama sekali...kita tidak terburu-buru kerana kita mempunyai waktu," katanya.

Anwar juga berkata pihaknya akan membuat pengumuman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Serian, Dato' Richard Riot Anaj Jaem selepas parti itu mendapat surat rasmi mengenainya.Beliau berkata demikian dalam satu laporan akhbar versi internet (klpost) ketika ditanya mengenai berita mengenai Richard Riot yang dikatakan telah menyertai KeADILan.

Dalam isu Dato’ Richard Anwar sekali lagi menipu dan gagal memujuk calon BN untuk menyertai pembangkang apabila Dato’ Richard mengumkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan atau menyertai parti PKR seperti khabar-khabar angin yang bertiup kencang di Sarawak.

PARTI MELAYU BUKAN DOMINEN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Dalam satu penulisan saudara Lutfi Othman yang memulakan mukadimahnya dengan menyebut : Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP. Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS. Pengakuan ini dibuat sendiri oleh sauara Lutfi Othman , pengarang lidah rasmi tabloid harakah.

Saya memetik kata-katanya yag perlu kita renungi dan kita amati sebagai bangsa Melayu.Di sini beliau banyak meyentuh bahawa kuasa politik perlu dibahagikan samarata dengan kaum lain dan Melayu tidak aka ada keistimewaan. Apakah Lutfi sudah lupa akan perjuangan asal PAS yang mahu menegakkan Negara Islam dan utuk merealisasikan perjuangan ii parti Melayu perlu menjadi parti dominen dalam satu pakatan. Apa yang berlaku sekarang adalah hak keistimewaan orang Melayu kini dicabul dan diserahakan bulat-bulat oleh Parti PAS (kononnya memperjuangkan Islam) Kata beliau lagi : campuran merupakan dinamika poilitik demokrasi normal. Sementara sistem BN dengan parti-partinya tunduk di bawah UMNO adalah suatu yang tidak normal, dan akhirnya mendatangkan kebekuan dalam politik di negara ini. Justeru apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang sihat.

Perbahasan terbuka mengenai kehendak parti-parti yang terlibat dan akhirnya diharapkan akan mencapai kesepakatan. Ia bukan suatu yang tidak stabil, tetapi merupakan sebahagian daripada proses demokrasi. Malah ia lebih baik berlaku sekarang, sebagai suatu latihan dan pelajaran bagi parti-parti pembangkang dalam persediaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika rakyat memerlukannya pada suatu hari kelak. Sedangkan dalam kerajaan campuran, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan PKR adalah setaraf. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada bilangan kerusi yang diperolehi. Sebagai kerajaan-kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tentu akan berlaku pelbagai kesilapan.

Tetapi pengundi tidak harus menyesal kerana pilihan raya umum ke-12 membuka lembaran baru kepada cara berpolitik yang lebih demokratik dan adil. Tidak ada patah balik. Walaupun mungkin BN boleh memperbaiki diri dan memenangi semula beberapa kerusi yang ia terlepas, tetapi rakyat negara ini tidak wajar pandang ke belakang. Sesungguhnya BN sudah bobrok dan perlu diganti untuk dirawat. Ia mesti menyesuaikan dengan iklim baru politik. Jelas beliau lagi tentang kekuatan tersendiri gabugan Pembangkang - PKR, PAS dan DAP sebagai parti berasingan mempunyai kekuatan sendiri berbanding dengan BN yang tergabung dalam parti. Apa yang menjadi kemarahan orang Cina kepada MCA dan gerakan adalah kelemahan mereka ketika berdepan dengan Umno.

Sementara PAS pula juga berdiri setaraf dengan PKR dan DAP. Ketika PAS berada dalam BN, ia hanya mampu memiliki Menteri Besar di Kelantan. Tetapi dalam kerajaan campuran PAS-DAP-PKR, bukan saja PAS berpeluang menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah, tetapi juga di Perak. Justeru pada masa akan datang, parti kecil juga berpeluang menerajui pucuk pimpinan mana-mana negeri, mengikut kesesuaian politik semasa. Selain itu setiap parti, PAS, DAP dan PKR tidak berasaskan kaum walaupun PAS adalah parti satu agama, DAP pula keahilannya adalah dominant Cina. Tetapi seseorang Cina Islam boleh menyertai PAS, sementara seorang Melayu boleh menyertai DAP.

Tidak seperti BN, hanya Gerakan dan PPP yang berbilang kaum. . Tidak wajar menyesal Dalam hal ini, pengundi tidak wajar menyesal mengundi PAS-DAP-PKR kerana perjuangannya adalah jauh lebih bersih daripada BN. Sebaliknya pengundi-pengundi BNlah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah. Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon. Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya. Selama ini ia mampu menang adalah kerana kekuatan jentara dan strategi, dan kurang atas sebab asas perjuangan.

Dipetik daripada Detikdaily. Nota: Apakah saudara Lutfi tahu apa yang dituliskan atau menulis hanya untuk meyedapkan hati beliau sendiri apabila rakyat telah mula marah da meyesal mengundi parti pembangkang. Hanya beberapa hari sahaja mereka memeggang kuasa di lima negeri telah mula menampakkan betapa lemahnya parti PAS dan PKR yang terpaksa tunduk kepada DAP, salahkah pengundi merasa menyesal mengundi barisan pembangkang baru-baru ini dan mereka kini merasakan menyerahkan hak istimewa orang Melayu kepada pembangkang. Fikirkanlah……

Mukhriz harapan Pemuda untuk tolak Khairy Jamaluddin


Perubahan dalam kepimpinan pemuda UMNO? Itu adalah harapan setelah Pemuda UMNO bertahun-tahun sebelum ini bertindak sebagai pasukan sorak kepada kepimpinan Barisan Nasional. Ubah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris - sungguhpun di kritik oleh ramai tokoh interlektual tetapi Pemuda UMNO tetap menari menyokong seperti pasukan sorak. Pemuda tidak dilihat sebagai satu arus mendesak dalam UMNO untuk mempertahankan rakyat.
Mungkin arus perubahan dalam UMNO akan kembali. Ku Li menawarkan diri sebagai Presiden UMNO dan Mukhriz mendesak Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Ini adalah perubahan yang jelas selepas Tsunami yang melanda Barisan Nasional sampai kepuncaknya lantas menumbangkan dan memiliki 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Kegagalan Barisan Nasional dikatakan adalah kerana Pak Lah dan kegagalan Pak Lah adalah kerana Khairy Jamaluddin dikatakan sebagai pemimpin "informal" yang mempengaruhi keputusan Pak Lah. Ini sudah menjadi seakan satu pendapat umum dalam UMNO.


Kenyataan Khairy bahawa dia tidak akan menjawat sebarang jawatan dalam kabinet selagi bapa mentuanya adalah Perdana Menteri Malaysia tidak akan mengubah pendapat umum UMNO terhadap dirinya. Sehingga hari ini, sokongan semakin nampak jelas kepada Mukhriz untuk bertindak sebagai agen perubahan dalam Pemuda. Mungkinkan itu satu realiti terhadap reformasi dalam UMNO? Mungkinkah Mukhriz perlu merubah perubahan dalam UMNO dan menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO?


Siapa lagi yang sepatutnya dicadangkan sebagai Ketua Pemuda dalam UMNO agar Pemuda UMNO dapat mewakili suara anak muda yang semakin cenderung kepada pembangkang. http://www.umno-reform.com/ mengajak saudara untuk melakukan perubahan dalam Pemuda UMNO kerana sehingga ke hari ini AMAT jelas PEMUDA UMNO gagal bertindak sebagai ajen perubahan yang mewakili suara anak Muda.


Satu kegagalan Datuk Hishammuddin Tun Hussein dalam mengendali Pemuda sehingga hari ini Pemuda UMNO hanya layak sebagai tukang sorak dalam fungsi organisasi UMNO. Mungkinkan umno-reform yang utama harus datang dari Pemuda UMNO dan Mukhriz adalah pilihan sekarang ini?

Surat Sahabat Pak Lah

Salam Perjuangan...
email rakan saya yang meluahkan pendapat berkaitan politik negara sekarang.... renung-renungkan

Sahabat...

Harap awk terbuka... saya bersama UMNO dan akan kekal bersamanya walaupun mungkin satu hari nanti org semua tinggalkan nya... sejarah saya agak panjang ... dahulu masa matrikulasi hingga thn 1 universiti saya penyokong giler Anwar a.k.a mata lebam, tp mungkin Allah SWT nak bagi hidayah pemikiran saya telah terbuka dan selepas menilai sebaiknya UMNO lah yg terbaik bagi memperjuangkan Melayu, Islam dan Malaysia.

Saya masak sgt pasal PKR dan PAS. Pak Lang pesuruhjaya PAS negeri dan Pak Su Ketua Pemuda Keadilan Selangor... saya dah tgk buruk baiknya mereka dan sbb tu saya menyokong UMNO...

Cumanya pilihan raya kali ini... saya akui UMNO dan BN banyak kelemahan sgt2... dibawah pimpinan Pak Lah kelemahan itu semakin jelas dan tidak dapat diuruskan dengan baik... malahan timbul lebih banyak masalah...

Kalau kita kaji-kaji pun puncanya akhirnya kita dapat kesimpulan Pak Lah adalah FAKTOR PALING UTAMA kekalahan BN dan UMNO pada PRU 12. Cuma biasalah mana ada manusia biasa nak mengaku kesilapan kan dia pemimpin Islamik agung yg memperkenalkan Islam Hadhari...

Saya kesian dgn Pak Lah dia semakin hilang panduan dan prinsip hidup disebabkan pengaruh anak menantu dan penasihat kepercayaannya yg mempergunakan paklah utk buat keputusan memihak mereka walaupun keputusan itu bakal menggugat Pak Lah akhirnya. Pak Lah semakin tertarik pada duniawi... makin ego dan angkuh tidak seperti Pak Lah dulu masa jadi TPM dan mula2 jadi PM. Tanyalah mereka yg dulunya rapat dgn Pak Lah dan yg kini kian menjauh seperti Dato Hamid Othman (penasihat agama PM), Dato Osman Desa (setiausaha politik PM)... kesian... Diri Pak Lah tidak lagi seperti sajak damai abadi... semuanya kini dah terbalik...

Itu sbb kita tidak hairan ada suara dlm UMNO minta Pak Lah berundur... sbb ini kenyataan... hasil risikan dan tinjauan UMNO dan Agensi perisikan Pak Lah merupakan faktor utama kekalahan...

kenapa dulu waktu BN menang besar Pak Lah kata dia punca kemenangan dan kini bila kalah besar Pak Lah tak mahu kata pula kekalahan ini sbb dia... Tunku dulu pun berundur sbb rasa bertanggungjawab kekalahan 1969... Pak Lah lebih agung ke daripada bapa kemerdekaan negara kita... ya tak ya dia Imam Besar Hadhari pasti lebih agung...

Pak Lak...sebaiknya berundurlah kita nampak semuanya tak menjadi bagi Pak Lah. Semakain lama semakin byk pulak keburukan timbul sbb kelemahan Pak Lah sendiri... berilah org lain pulak peluang... terbukti memimpin keluarga gagal kini memimpin negara pun gagal .

Senang cerita Pak Lah suruh org amal Islam Hadhari... kemudian Pak Lah nak pimpin negara Islam (Malaysia dan Oic)... cuba lihat Famili Pak Lah...
ada isteri 1 (arwah) dan ke 2 pakai tudung?
ada anak2 pakai tudung?
lobi projek dan kekuasaan utk anak menantu?
keluarga pakai pakaian seksi2 (bini kamaludin macam org futih lah)...
paklah salam dgn bukan muhrim siap peluk pinggang iskh iskh...
Pak Lah membimbing keluarga pun gagal... inikan memimpin negara yg mana kini dah jelas Pak Lah gagal..........

Faktor kedua... org cina dan india mengkhianati BN... tgk shj kemerosotan sokongan... MIC hanya 45% org india sokong, MCA hanya 40% org cina sokong dan GERAKAN 30% shj cina sokong...

persoalannya kenapa?
1. org cina marah sbb realitinya tak ada bussines zaman Pak Lah... yg kuar TV tu gimik je... mana faedahnya x ada... ini sbb kelemahan paklah...
2. lagi satu org cina ditakut-takutkan dgn Islam Hadhari (imam Pak Lah) kenapa jd takut? sbb jentera penerangan Islam Hadahri tak berjalan... hampeh... maklumat penerangan x sampai kepada semua... jd pembangkang manipulasi takutkan org cina... salah sapa Pak Lah sbb x atur dgn baik sbb dia big bos dan idea dia....
3. di P.P org cina ditakutkan kalau undi BN nanti KM P.Pinang paklah nak bg melayu... atas dasar islam hadhari... hai... nie kelemahan jugak sbb tak bg penerangan dan buat keputusan awal... salah sapa tanya big bos Pak Lah...
4. org India pulak dgn Isu Hindraf... Pak Lah dah tau awal HINDRAF nak buat perhimpunan tak puas hati... kenapa nak biarkan juga... konon demokrasi? klu zaman Tun... tun awal2 bila dpt maklumat panggil depa mai rumah... minum teh... kita bincang elok2 tak payah kasaq2... buat huru hara... kan elok tp masalahnya Pak Lah ego.... kini baru tau langit tinggi ke rendah... tu Mr Samy siap kalah lagi...

Faktor ke 3 org melayu berubah arah sokongan... melayu mengundi UMNO 58% jatuh dari hampir 69% dahulu...
kenapa???
1. org meluat dgn Menantu Pak Lah Khairy...
2. Projek UMNO asyik Khairy dpt and the kroninya...
3. gelagat paklah dan penasihat2 yg makin angkuh x nak dgn masalah rakyat...
4. kegagalan Pak Lah n kerajaan bg penerangan isu remeh (kata Pak Lah) pasal minyak naik, barang naik... dll
5. ekonomi turun dan inflasi naik...
6. skandal2 menteri pak lah 7. menteri asyik bergaduh... nampak pak lah x boleh control.
8. pasal isu org cina dan india je kerajaan sensitif isu melayu macam mana... contoh hindaraf asyik Pak Lah nak membela india... org melayu tak terasa ke bila keling parya n cina bukit ni nak hapuskan hak kita org melayu... Pak Lah tak sensitif... akhirnya keling dan cina tu khianati kita walau dh byk tolong namun undi org lain... melayu jugak walau terasa hati undi gak Pak Lah... dan byk lagi...

entah lah saya sygkan UMNO biarlah jd Jebat yg derhaka dari jadi hang tuah yg akhirnya hanya mampu melihat negara sendiri tergadai... teringat lagu warisan n sajak melayu mudah lupa... ermmm entahlah kerana pangkat, kuasa dan kekayaan akhirnya pemimpin sebaik dan sealim Pak Lah pun tewas kerana dugaan dunia... sanggup mengetepikan kepentingan bangsa dan mendahulukan diri dan anak menantunya.... projek projek dan projek...

maaf klu awk tak sependapat dgn saya... i hope we could be open minded to have discution on politics dan memperkembang kan idea bersama....

Friday, March 14, 2008

Pak Lah Apa Cerita??? Presiden UMNO syok sendiri...

Saya tidak akan letak jawatan - Abdullah09/03/2008 6:54pm

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan. — BERNAMA.

PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan

Oleh Zulkiflee Bakar, Fauziah Arof dan Helmi Mohd. Foad

SOKONGAN... Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat kepada para penyokong Barisan Nasional di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. – Gambar Zaki Amiruddin.

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.
Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Perdana Menteri berkata, walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya itu, namun BN tidak kalah.
“Oleh itu, sebagai ketua parti, esok pukul 11 pagi saya akan mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil disambut laungan Hidup Pak Lah! Hidup BN! oleh para penyokong BN yang berada di Seri Perdana.

Abdullah menegaskan, beliau mengetahui ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan, katanya penyokong-penyokongnya di Kepala Batas menangis dan ingin datang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan beliau.

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” katanya sambil bertanya kepada hadirin adakah beliau kelihatan sakit.

Sambil menyifatkan sokongan yang diterimanya hari ini memberikan semangat kepada beliau, Abdullah berjanji akan berusaha mengukuh dan menguatkan BN dan UMNO bagi membolehkan parti itu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto demi mewujudkan negara yang Selamat, Aman dan Makmur.

‘‘Kehadiran saudara-saudari memberikan saya semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini kerana agenda kita belum habis lagi. Saya hendak pastikan rakyat bahagia dalam negara kita ini,” katanya.

Sehubungan itu, Pengerusi BN itu meminta ahli-ahli komponen parti berkenaan tetap teguh, kuat dan terus bersemangat serta menyokong parti berkenaan.

‘‘Terima kasih dengan sokongan yang diberikan kepada saya dan saya tidak akan mengecewakan saudara-saudari semua.

“Saya mahu saudara-saudari sekalian menjadi tenaga untuk perpaduan, tenaga untuk menyatukan ahli-ahli dalam parti kita, tenaga untuk memberi kekuatan.

“Ia akan menjadi tenaga untuk segala perjuangan dan usaha-usaha kita bagi membolehkan parti kita lebih teguh dan menjadikan kerajaan kita lebih berjaya pada masa depan dengan melaksanakan apa yang terbaik,” katanya.

Abdullah kemudian mengakhiri pertemuan itu dengan melaungkan slogan Hidup UMNO! Hidup Barisan! dan bersama-sama hadirin menyanyikan lagu Barisan Kita serta membaca surah Al-Fatihah.

Di Kuala Lumpur sebelum itu, Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Jalan Tun Razak bagi membincangkan usaha membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.

Kehilangan

Kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri menjadi bualan apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga selepas hanya mampu memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum itu.

Malah, parti komponen itu turut kehilangan kuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor serta gagal merampas Kelantan.

Keseluruhannya BN kehilangan 58 kerusi Parlimen kepada parti pembangkang berbanding keputusan pilihan raya umum 2004. Pada tahun itu, BN menang 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Beberapa menteri kanan Abdullah turut kecundang dalam pilihan raya 2008 yang dianggap paling buruk dalam sejarah BN sejak 1969 dan disifatkan sebagai tsunami politik.

Mereka yang tewas ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsudin. Turut tewas ialah 10 timbalan menteri.

Di Pulau Pinang, BN bukan sahaja gagal mempertahankan negeri itu malah Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut kecundang di Parlimen Batu Kawan.

Tsu Koon tawar letak jawatan pemimpin Gerakan: GERAKAN Sedar

PULAU PINANG 9 Mac – Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengambil tanggungjawab penuh di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini dan menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Pemangku Presiden Gerakan.

“Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya. Ini juga bermakna pilihan saya sendiri ialah menawarkan diri untuk meletak jawatan.

“Bagaimanapun, saya memegang jawatan sebagai pemangku presiden parti, dan agak janggal jika saya mengundurkan diri. Siapa yang akan menjadi pemangku presiden (parti) dan memimpin parti. Maka, kita perlu mengadakan pemilihan parti,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di pejabatnya di Komtar di sini hari ini.

Beliau berkata, pemimpin jawatankuasa pusat parti perlu berbincang mengenai perkara itu.
Difahamkan Jawatankuasa Pusat Gerakan akan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pada 5 petang esok.

Ka Ting enggan dilantik anggotai Kabinet : MCA Sedar Diri

KUALA LUMPUR 11 Mac — Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini mengesahkan beliau akan menolak sebarang tawaran menganggotai semula Kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana ingin memperhambakan diri sepenuhnya bagi membina semula dan membuat pembaharuan dalam MCA berikutan pres tasi buruk parti itu pada pilihan raya umum, Sabtu lepas.

“Saya bertanggungjawab bagi kekalahan sebahagian besar calon MCA pada pilihan raya umum baru-baru ini yang berpunca daripada pelbagai sebab.

“Bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat mende sak berikutan perkembangan terbaru dalam politik ini, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri bagi memegang sebarang jawatan Kabinet atau menyan dang sebarang jawatan dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada pilihan raya umum ke-12, MCA bertanding bagi 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri, tetapi hanya meme nangi masing-masing 15 dan 31 daripadanya serta kalah semua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang kepada DAP.

Pada pilihan raya umum 2004, MCA bertanding bagi jumlah kerusi yang sama dan memenangi 31 kerusi Parli men serta 76 kerusi negeri. — BERNAMA.

‘Saya tidak mahu jadi Senator’ : Pemimpin MIC Yg Sedar

KUALA LUMPUR 12 Mac – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak akan menerima jawatan Senator bagi membolehkannya dilantik semula sebagai menteri Kabinet dalam kerajaan yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Samy Vellu, beliau menerima secara terbuka kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput serta kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu.

‘‘Saya tidak mahu menjadi Senator atau menteri. Saya mahu menjadikan MIC sebagai sebuah parti yang berwajah baru. Itu fokus saya sekarang,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini hari ini.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen tetapi kalah di enam kawasan termasuk di Sungai Siput.

Semalam, sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat India di negeri Pahang mahu Samy Vellu dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya kekal dalam Kabinet.

Ketika ditanya mengenai gesaan segelintir pihak yang mahu beliau berundur daripada MIC, Samy Vellu menjawab: ‘‘Mereka yang berkata demikian harus letak jawatan dahulu, mengapa perlu saya berbuat demikian?”

Beliau menambah: “Pihak lain hanya tahu bercakap tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Presiden MIC dan akan terus berkhidmat kepada masyarakat India.”

PM Abdullah perlu bertanggung jawab penuh dan berundur


Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) yang tamat pada petang Sabtu 8 Mac 2008 melihatkan prestasi buruk parti memerintah Barisan Nasional (BN) semenjak Parti Perikatan menghadapi Pilihanraya Umum pertamanya, 1955. BN telah kehilangan empat Kerajaan Negeri disamping Kelantan, yang telah pun diperintah PAS semenjak 1990 dan hampir keseluruhan kerusi Parlimen di Kuala Lumpur tumbang ke parti Pembangkang.

Jika diperhalusi keputusan PRU 12 ini, BN hanya mampu mempertahankan 140 kerusi dari 222 kerusi dalam Dewan Rakyat dan 307 kerusi DUN dari 505 yang dipertandingkan. Walaupun mampu mengekalkan lapan Kerajaan Negeri (Perlis, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka), namun begitu dua daripadanya gagal mendapat 2/3 majoriti.

Kerusi kerusi yang dimenangi di Johor pun memperlihatkan majoriti undi yang menurun, satu negeri dimana BN berbangga dengan penguasaan 100% dalam PRU yang lepas lepas, termasuk PRU 10 November 1999.

PRU 12 kali ini menampakan bukan sahaja pengundi pengundi Bukan Melayu tidak mengundi parti parti komponen BN, malah jelas bahawa terdapat pengundi pengundi Melayu sendiri yang mengundi parti seperti DAP, walaupun parti ini disifatkan sebagai ‘anti Melayu’ dan ‘tali barut’ PAP diMalaysia. Ini merupakan pengalihan sikap pengundi.

Akibatnya begitu strategik. Bukan sahaja parti chauvinis Cina DAP dapat menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang, parti PKR yang sebelum ini disifatkan “hampir terkubur”, terutama selepas kekalahan Pembangkang ditiga Pilihanraya Kecil sebelum ini berjaya meraih luar jangkaan 31 kerusi Dewan Rakyat. PAS berjaya menubuhkan Kerajaan diKedah dan berkemungkinan besar akan menjadi Menteri Besar ke III mereka diPerak.


UMNO mampu mengekalkan 79 dari 117 kerusi yang dipertandingi manakala parti parti komponen MCA, MIC dan Gerakan hanya ditingalkan dengan 15, 3 dan 2 kerusi sahaja. Di Sarawak, PBB berjaya meraih 14 kerusi mewakili warga Bumiputra negeri itu. Sebaliknya, PKR meraih 31 kerusi, DAP meraih 28 kerusi dan PAS meraih 23 kerusi. Sebagai kontrast, pada PRU Mac 2004, mereka hanya mempunyai 1, 12 dan 6 kerusi sahaja. Ini merupakan peningkatan 3100%, 233% dan 383%!

Ini merupakan kejutan besar dan perubahan ini disifatkan media sebagai “Tsunami politik”. Sekarang ini, sejarah politik Malaysia berubah landskap dan kali pertama, Senator mewakili PKR dan DAP akan dilantik kedalam Dewan Negara.

Sekarang masa untuk muhasabah diri. Dimana sebenarnya kesilapan utama BN sehingga mengalami prestasi paling buruk diproses peti undi. Pada PRU 11 empat tahun lalu, BN dengan bangganya mendapat 199 kerusi dari 219 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini, BN hanya mampu mengekalkan 140 kerusi sahaja. Ini pengurangan 29.65%, dalam tempoh satu penggal sahaja. Jelas, ketirisan keyakinan ini adalah dasar dasar yang diperkenalkan, perlaksanaan dasar dan isu isu seperti kenaikan kos hidup, peluang aktiviti ekonomi runcitan yang menurun dan skandal skandal melibatkan beberapa pemimpin politik yang begitu hebat diperkatakan.

Persoalan sekarang, apakah dan bilakah Kepimpinan sanggup memikul kepertanggung jawaban kekalahan buruk BN di lima + satu negeri dan rata rata prestasi buruk BN seluruh Negara?
Ramai orang dan banyak suara berpendapat Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar menerima kepertanggung jawaban ini sebagai Pemimpin dan opsyen yang terbaik dan paling terhormat ialah berundur. Mantan Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri untuk lebih 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sesungguhnya berpendapat demikian. Beliau menegaskan sebagai seorang pemimpin, PM Abdullah perlu bertanggung jawab atas kekalahan ini dan melepaskan kuasa kepada pemimpin lain, agar keyakinan rakyat kepada BN dikembalikan. Ini amat penting kerana dasar dasar pembangunan perlu diteruskan dan tanpa 2/3 majoriti dalam Parlimen, undang undang yang menjurus kepada pembangunan akan lebih sukar diluluskan.

Dipetik dari Utusan Malaysia:
Abdullah perlu pikul tanggungjawab kekalahan - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 9 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.
“Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, seperti kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.

“Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus.
Beliau telah memusnahkan UMNO, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr. Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

“Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri,” katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr. Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa di sebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

“Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka,” katanya.

Kepada soalan lain, Dr. Mahathir berkata, bagaimanapun terserah kepada UMNO untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.

“Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara,” katanya.

Dr. Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

******************************************************

Namun begitu, begitu ramai sedang menderita kerana sindrom ‘Tidak sanggup menerima kenyataan’ (State of denial). Ini begitu jelas apabila pemimpin pemimpin tertinggi menyatakan dengan lantang sokongan padu mereka kepada Kepimpinan PM Abdullah sedangkan rata rata akar umbi menyatakan sebaliknya, sebagaimana ditafsir mudah dari keputusan mengejutkan PRU 12 ini. Jika dianalisa dan perhalusi, orang orang Melayu hari ini bukan sahaja sanggup mengundi Pembangkang seperti PAS dan PKR, malah ada yang tergamak mengundi DAP. Ini termasuk ahli ahli UMNO sendiri.

Malangnya, awal awal lagi PM Abdullah dengan angkuhnya menafikan segala cakap cakap beliau akan meletakan jawatan. Beberapa pemimpin pemimpin UMNO sendiri telah membai’ah kepada Kepimpinan PM Abdullah agar meneruskan memimpin BN dan Kerajaan, walaupun ‘hampir pincang’ dan tidak diserahkan kepada orang lain.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Isnin 10 Mac 2008:


PM tak letak jawatan — * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan
Oleh Zulkiflee Bakar, Fauziah Arof dan Helmi Mohd. Foad

SOKONGAN… Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat kepada para penyokong Barisan Nasional di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. – Gambar Zaki Amiruddin.

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Perdana Menteri berkata, walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya itu, namun BN tidak kalah.

“Oleh itu, sebagai ketua parti, esok pukul 11 pagi saya akan mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil disambut laungan Hidup Pak Lah! Hidup BN! oleh para penyokong BN yang berada di Seri Perdana.

Abdullah menegaskan, beliau mengetahui ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan, katanya penyokong-penyokongnya di Kepala Batas menangis dan ingin datang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan beliau.

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” katanya sambil bertanya kepada hadirin adakah beliau kelihatan sakit.Sambil menyifatkan sokongan yang diterimanya hari ini memberikan semangat kepada beliau, Abdullah berjanji akan berusaha mengukuh dan menguatkan BN dan UMNO bagi membolehkan parti itu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto demi mewujudkan negara yang Selamat, Aman dan Makmur.

********************************************************

Jelas semenjak empat tahun ini, “Tradisi membela rakyat” dan “Selamat, Aman, Makmur” merupakan satu cliche’ yang tidak lagi diyakini, malah dimomok rata rata rakyat Malaysia. PM Abdullah wajar menerima iktibar yang ditujukan kiasan oleh dua rakan kongsi kanan perkongsian kuasa Kerajaan BN iaitu Dato’ Seri Ong Ka Ting dan Dato’ Seri Dr. Lim Kheng Yaik. Juga gesaan (dalam bentuk rayuan) Dato’ Mukhriz Mahathir, agar “mesej rakyat yang ditafsirkan sebegitu jelas” itu di’dengari dan teliti’ dan “Melakukan terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN”.

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia kembali kepada BN, sesuai dengan slogan “Tradisi membela rakyat” dan yang terbaru “Selamat, Aman, Makmur”,PM Abdullah Ahmad Badawi perlu berundur dan meletakan semua jawatan termasuk kedudukan politik dan parti, serta merta.

Inilah yang opsyen terbaik untuk UMNO, orang orang Melayu, BN dan Malaysia. Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar mengambil tempat sebagai Pemangku Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia. Malaysia dan Kerajaan Persekutuan amat perlu kepada perubahan drastik dan strategik ini, agar rakyat Malaysia rata akan kembali yakin kepada BN untuk meneruskan pembangunan Negara pada PRU 13, dijangkakan empat tahun lagi.

Jelas prestasi PM Abdullah jauh sekali dari “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. “Mari bekerja bersama saya” bukanlah satu yang rakyat Malaysia boleh terima lagi, dari keputusan PRU 12 ini. Jika benar sebagaimana ungkapan PM Abdullah sebagai “I have big ears!” dan semasa sidang akhbar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia “I am not that stubborn!“, maka beliau wajar dengar dan akur kepada ‘mesej jelas rakyat Malaysia’ pada PRU 12, Sabtu 8 Mac 2008.

Jangan jadi seperti Adolf Hitler, yang enggan menerima bahawa Jerman telah kalah dan tentera berikat makin lama makin hampir kepada Berlin sehingga beliau membunuh diri selepas tentera Soviet sudah mara ke kota Nazi itu, sedangkan separuh Jerman sudah hancur dibedil tentera berikat dan rakyat sudah pun menderita. Ambil iktibar Maharaja Hirohito yang sanggup menyerah kalah dan diaibkan dari kedudukan ’separa Tuhan’ (semi devine) itu apabila tentera berikat mengebom kotaraya Hiroshima dan Nagasaki atau Napolean Bonaparte apabila dikalahkan Duke of Wellington dengan bantuan Blucher di Waterloo, Belgium, tanpa membiarkan Perancis dirakusi penjajah.

Tiada untungnya menang sorak, kampung tergadai.
Allah selamatkan Malaysia

DRAF PETISYEN KEPADA PAK LAH

:Posted on Wednesday, March 12 @ 01:29:23 MYT Topic: Satu Gambar Seribu Bicara

PETISYEN:

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.” Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:
a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggib.
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:
a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura.
c.Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapurad. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan:
a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:
a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.
b. membenarkan "media bashing" terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.
c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgitd. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involved” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.
e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.
f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO
a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.
b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.
c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.
d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Malahan tindakan membenarkan Khairy menggunakan pengaruhnya dalam pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO menyebabkan beliau diejek (boo) selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan pemilihan Khairy sebagai calon Parlimen Rembau.
e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.
f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.
g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”
h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO.

Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat. Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan. Sekian, terima kasih.

Note:
Atas permintaan dan cadangan ramai berikut ialah draf petisyen yang akan diedarkan kepada Ahli UMNO secara online dan bercetak. Sebarang cadangan dan pertanyaan boleh hubungi demokrasimalaysia@yahoo.com atau para pentadir laman ini. Dicadangan juga petisyen ini hanya terbuka kepada Ahli UMNO. Nama sebenar dan nombor keahlian serta nombor telefon akan diperlukan bagi membolehkan petisyen ini dianggap sah dan relevan. (Tidak perlu tulis butiran di dalam komen ini kerana ia hanya diperlukan setelah dilancarkan secara rasmi.) VERSI KEMASKINI 12/03/08:1.28PM)

Kuasa Politik Melayu Islam: Menang Sorak Kampung Tergadai

Hanya selepas keputusan rasmi satu demi satu keluar, sebahagian besar orang Melayu Islam akhirnya baru terpana, sesetengahnya ada yg masih sakan gembira kepuasan.

Dalam pada keghairahan sesetengah kita (Pas & PKR) meraikan 'kejayaan' menumbangkan UMNO dan BN di 5 negeri dan merayakan 'kejayaan' meleburkan penguasaan 2/3 kerusi parlimen BN di Dewan Rakyat, kini jauh disudut hati ramai kalangan penyokong Pas, PKR dan UMNO yg berketurunan Melayu, beragama Islam dan bergelar Bumiputera mula terdetik keraguan, bimbang, menyesal, kesal malah berkecamuk dengan seribu satu perasaan yg sukar digambarkan dengan tepat.

Pada malam keputusan PRU12 diumumkan satu demi satu, penulis bersama abang ipar, bapa saudara dan 3 orang lagi rakan sedang menonton TV3 disebuah gerai makan di Besut (berhampiran rumah nenek isteri penulis) menanti keputusan penuh pilihanraya. Setiap kali keputusan memihak kepada Pas, PKR atau DAP mereka berlima bersorak gembira, manakala penulis hanya tersenyum sambil memberi komen-komen hambar.

Bila keputusan satu demi satu ada yg memihak kepada UMNO/BN, mereka mula menghentam dan mengkritik SPR dan UMNO, tatkala keputusan tidak rasmi tersebar melalui SMS bahawa UMNO/BN kekal di Terengganu mereka makin hangat mencela Idris Jusoh, UMNO dan SPR sebagai pembela pengundi hantu. Itu antara suasana yg masih lekat dalam ingatan penulis.
Apabila keputusan mula menunjukkan DAP hampir pasti memerintah Pulau Penang, Pas menang satu demi satu dan pasti memerintah kembali Kelantan, PKR, DAP dan Pas menang kian banyak kerusi di Perak, Selangor, Pahang dan Kedah, suasana bertukar hangat dengan sorakan gembira ditambah pula pengunjung pro Pas & PKR makin bertambah hampir 10 orang.
Tatkala keputusan kian pasti memihak kepada DAP dan PKR di Penang, sama ada secara sedar atau tidak, penulis tiba-tiba menyebut "kafir harbi"... Tidak pasti terlampau kuat atau perlahan, tetapi suasana yg kecoh ketika itu tiba-tiba senyap sunyi hanya suara TV sahaja yg kedengaran.
Pada masa itu, penulis seakan kembali sedar bila abang ipar dan bapa saudara mencuit tangan penulis. Paling ke kanan, ke kiri, baru penulis sedari semua mata memandang penulis mungkin dengan seribu tanda tanya, marah atau geram kerana penulis mengganggu mood mereka.

Kemudian seingat penulis, 2 atau mungkin 3 orang dari pengunjung di situ mula bersuara seakan tidak berpuas hati... manakala abang ipar penulis bersama seorang rakan bertanya apa yg kafir harbi tu?.. Selang sekitar 1 atau 2 minit, penulis hanya diam membisu, tetapi penulis akui dapat rasakan banyak mata masih memandang mahukan penjelasan walaupun penulis cuba mengawal diri dari meluahkan kerisauan disudut hati dengan cuba membaca keputusan PRU di kaca TV3.

Barangkali, kerana tidak tahan menanti, seorang pakcik datang menepuk bahu penulis dan bertanya siapa "kafir harbi.. siapa kafir harbi"... diikuti beberapa kenalan, pengunjung lain menghampiri mengulangi soalan yg hampir sama.. "siapa kafir harbi,.. apa benda kafir harbi..."
Bapa saudara penulis mencuit kaki penulis dengan hujung kakinya dan bersuara,.. "tu orang tanya tu, jawab la"... Memang berasa sedikit kesal dalam hati kerana seolah-olah dipandang cuba mencemari saat gembira mereka ketika tu. Terasa macam nak ditampar-tampar mulut dan kepala ketika itu.. Entah la..

Penulis akhirnya cuba menyusun kata-kata sebaik dan sesopan mungkin utk mengelakkan abang ipar, bapa saudara dan rakan serta pengunjung-pengunjung di situ dari terasa hati atau mungkin menemplek kembali penulis. Antara yg masih penulis ingat kata-kata yg rasanya ringkas yg keluar dari mulut penulis ketika itu lebihkurang begini, "DAP... kafir harbi pegang Perak, Selangor, Pulau Pinang.. Kafir Harbi... Habis la masa depan kuasa politik orang Melayu sana.. Kerusi demo tu banyak dari PKR dengan Pas.. Habis la..."

Masa itu juga, Pakcik yg menepuk bahu penulis bersuara mungkin membalas balik kata-kata penulis, katanya seakan begini,.. "tu Cina MCA, Gerakan pun kafir, UMNO duk saing (berkawan) jugak"...

Penulis hanya mampu membalas dengan nada perlahan, rasanya jelas pada pendengaran orang lain ketika itu.. "Kafir Zimmi tak pertikai hak orang Islam... ada beza dengan DAP si kafir Harbi suka perlekehkan kemampuan dengan hak orang Melayu Islam"... "Pas menang, PKR menang,.. tapi akhirnya bekerjasama dengan kafir harbi utk bantu tubuh kerajaan DAP di Pulau Pinang"... (masa itu keputusan penuh belum keluar lagi utk Selangor dan Perak)...

Ketika itulah, mula kedengaran suara-suara lain,... "kesian orang Melayu Penang"... "Apa jadi nasib demo tu"... "Kita dah tolong hancurkan lagi orang Melayu di Penang"... "ni 2x5 la, dulu kata Penang UMNO serah ko Cina, lo ni Anwar, Pas serah ko Cina juga, lagi teruk dari Cina MCA"...
Selepas itu, masing-masing bersosek-sosek sama sendiri di meja masing-masing, manakala abang ipar penulis hanya geleng kepala, bapa saudara hisap rokok sambil hembus dan mengeluh, ketika tu jugak sekumpulan anak mudan jentera UMNO berkonvoi meraikan kejayaan UMNO/BN sambil membunyikan hon dan berselang seli laungan "Hidup UMNO, Hidup Melayu".. Selang beberapa ketika (mungkin 5 minit) kelihatan beberapa anak muda bermotosikal dari arah bertentangan berkonvoi membawa bendera Pas dan PKR, kedengaran pekikan, "UMNO kalah di Pulau Pinang, UMNO kalah banyak di Perak"... "padan muka UMNO"...

Dalam suasana diam dan sepi selepas beberapa saat konvoi Pas hilang, seseorang di 2 meja berselang dari meja penulis bersuara,.. "kita menang... menang sorak jah, DAP juga menang besar"...

Selepas itu penulis meminta diri, beberapa pengunjung dan rakan juga beransur angkat punggung... abang ipar dan bapa saudara penulis masih lagi menonton bersama 2, 3 pengunjung lain.

Esoknya selepas subuh, ketika minum kopi di ruang tamu, abang ipar bersuara, "Selangor pun lingkup"... Penulis hanya mampu mengeleng kepala... Memang parah.. itu saja yg terdetik dalam kepala penulis ketika itu..

Selang beberapa ketika bila penulis masih senyap tak bersuara, abang ipar berkata lagi.. "DAP menang besar juga sana... Nampak gaya betul mung kata PKR, Pas tolong kafir harbi, beraya sakan demo tu".. Penulis hanya mampu senyum tawar... Tiada guna marah atau kesal dengan gelagat emosi orang Melayu.

(nota: utk makluman, dialog atau kata-kata yg penulis tulis tersebut, kebanyakkannya diungkap dalam dialek kelantan kerana masyarakat di Besut kebanyakkannya bercakap dalam dialek yg hampir sama dengan orang Kelantan dan mempunyai pertalian saudara yg rapat antara satu sama lain. Tidak semua kata-kata yg ditulis tersebut 100% sama, penulis hanya menulis berdasarkan ingatan penulis, mungkin ada yg penulis tersilap dengar atau lupa, harap maklum)
Teringat penulis sehari sebelum pengundian ketika seharian berjalan-jalan di Bilik Gerakan BN di Kota Bharu, Ketereh, Pasir Puteh dan Jerteh, rata-rata rakan-rakan penulis yg bertugas di sana, secara sosek-sosek mengakui mereka akan undi Pas atau PKR untuk protes Pak Lah dan Khairi habis-habisan kali ini, asasnya kerana nak perbetulkan UMNO, nak baiki supaya UMNO sedar supaya kejutkan Pak Lah jangan terikut nasihat Khairi.. Isu kenaikan mendadak harga minyak 60sen dalam masa setahun dan kenaikan harga barang turut dijadikan asas protes.
Ketika itu penulis hanya mampu mengulangi kata-kata, "jangan bakar kelambu, jangan ikut emosi yg rugi kita orang Melayu"... Tapi, penulis teruk dihentam sehingga satu peringkat di Ketereh misalnya, 5 orang ahli/penyokong UMNO di Bilik Gerakan UMNO berselang seli mengeluarkan hujah kenapa penulis berpihak kepada Pak Lah sedangkan Pak Lah dan Khairi sedang merosakkan perjuangan UMNO.. Penulis ketika itu terpaksa meninggikan suara utk menjelaskan bahawa penulis sama sekali tidak menyokong Pak Lah mahupun Khairi, tetapi penulis juga sama sekali tidak sanggup membantu usaha Pas, PKR dan DAP menghancurkan kuasa politik Melayu Islam yg dimiliki UMNO.

Jika penulis turut serta mengundi pembangkang seperti mereka, bermakna penulis turut meletakkan saham dalam meranapkan kuasa politik Melayu yg dipegang UMNO. Itu pandangan penulis,.. sampai kini penulis sukar menerima hakikat, ramai kalangan ahli dan penyokong setia UMNO lebih sanggup korbankan UMNO secara keseluruhannya demi menyatakan protes pada Pak Lah dan Khairi.

Sukar diakui, namun.. setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.. Mujur barangkali UMNO dan BN masih menguasai sebahagian besar Kerajaan Negeri dan turut kekal memerintah Malaysia... Moga-moga ada kalangan kita di peringkat atas pimpinan UMNO mampu menterjemahkan signal yg terbit dari keputusan PRU12 kali ini utk memperbetulkan kembali UMNO. Ibarat menelan ubat yang pahit namun baik utk melegakan kesihatan. Tolong sampaikan suara hati rakyat ini kepada Pak Lah dan MT UMNO. Kita harus bersyukur ke hadrat Illahi, kerana kuasaNya lah maka undi protes kali ini walaupun memberi kesan besar dengan kehilangan 5 negeri ke tangan pembangkang, namun Allah s.w.t Maha Kuasa dan Bijaksana bilamana tidak menyeluruhkan kesepakatan undi protes kali ini.. Jika tidak keranaNya maka hanyut dan hancur dan karamlah bahtera UMNO dan BN dilautan politik Malaysia utk selamanya...

Diharapkan kali ini, dengan penuh keinsafan dan kesedaran, penyokong, ahli dan pendokong setia UMNO dapat kembali bersatu tenaga dan fikiran, setidak-tidaknya utk memberi tekanan dan gesaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Pusat dan Pemuda, supaya Pak Lah terbuka hati utk berundur. Tiba masa untuk Pak Lah letak jawatan, tiba masa untuk undi tidak percaya kepada Khairi, tiba masa untuk perbetulkan kembali UMNO ke landasan yg sepatutnya.
Mudah-mudahan, Dato' Seri Najib, jika ada hikmah dan baiknya naik menjadi Pemangku kemudian Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kelak, akan mampu mengembalikan semula sokongan jitu utk UMNO dan BN.

Moga apa yg terjadi alam PRU12 ini menjadi sempadan utk semua, emosi kita biar bertempat, jangan menang sorak kampung tergadai.
Salam Perjuangan Untuk Semua Ahli dan Penyokong UMNO.

UMNO Dalam Bahaya: Pemimpin ditawar berpuluh juta

Posted on Friday, March 14 @ 08:57:59 MYT Topic: editor

Laporan Khas: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini dipercayai sedang mengatur satu proses "coup de tat" secara aman melalui pembelian wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional agar berhijrah ke dalam PKR. Menurut sumber tertinggi UMNO dan risikan, antara tumpuan Anwar Ibrahim sekarang ini ialah terhadap ahli Parlimen yang kecewa terutama di Sabah dan di negeri-negeri yang Barisan Nasional kalah. Seorang bekas Menteri Besar UMNO (dipercayai Selangor) turut ditawarkan RM 50 juta dan mengekalkan jawatan Menteri Besar jika beliau sanggup masuk PKR.

Selain itu, usaha-usaha untuk melemahkan ikatan Barisan Nasional turut dilakukan dengan cubaan memujuk MIC, MCA dan Gerakan untuk keluar BN menyertai pakatan longgar pembangkang yang di kenali sebagai Barisan alternatif.Menurut laporan yang disediakan untuk kepimpinan UMNO, usaha memecah belahkan ikatan BN sedang dilakukan seperti teori domino bermula dengan MIC, PBS, Gerakan dan akan berakhir dengan MCA.

Selain itu, Anwar kini dianggarkan mempunyai sumber kewangan hampir RM 3 billion hasil pembiayaan "luar negara" khusus untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai PKR. Anwar dikatakan meletak sasaran kejatuhan UMNO dan BN sekitar bulan Mei dan Jun tahun ini. Sasaran utama di Sabah ialah kerana dikatakan wang tersebut kini berada di akaun pesisir pantai (offshore bangking) di Labuan.

Bagi seorang penganalisis pengurusan ekonomi yang bercakap kepada mykmu.net, perlantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan memberi satu signifikan penting kepada usaha Anwar ini. "Terdapat 6-7 syarikat senaraian awam yang berstatus syarikat anak kerajaan negeri Selangor seperti Kumpulan Perangsang Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Glomac, Worlwide dan Kumpulan Hartanah Negeri Selangor. Justeru wang luar negara untuk dana politik Anwar dengan mudah akan dibawa masuk melalui pelaburan ke dalam syarikat-syarikat ini.""Khalid Ibrahim sebagai orang yang mahir dalam tipu helah kewangan akan mula melakukan transaksi pembelian dan pelaburan untuk perladangan, hartanah dan sebagainya dengan syarikat-syarikat di Indonesia dan Singapura.

Transaksi ini akan melibatkan manipulasi harga dan struktur kewangan yang kompleks tetapi akhirnya akan "membersihkan wang-wang di luar negara" ini masuk ke dalam Malaysia untuk dana Anwar."Menurut penganalisis ini, jika benar ada usaha meningkatkan kekuatan kewangan Anwar dan PKR bagi menjatuhkan kerajaan BN, maka dalam masa beberapa bulan akan datang kita akan melihat kenaikan pelaburan yang amat ketara kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan juga akan berlaku satu Sementara itu, cakap-cakap di kalangan ahli politik mendedahkan sebahagian ahli Parlimen di sabah bersedia masuk PKR sekiranya Abdullah membuat keputusan melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri. Khairy dijangka dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Gosip yang sedang tersebar sekarang ialah hampir 20 ahli Parlimen BN dikatakan membuat pengakuan kepada Anwar untuk menyertai beliau sekiranya kemelut dalaman UMNO tidak dapat diselesaikan segera. Mereka juga dikatan bersedia berpindah ke dalam PKR jika Anwar berjaya membuktikan beliau mampu mendapat lagi 20 orang ahli Parlimen bagi membolehkan BA mendapat jumlah yang mencukupi bagi memperolehi maJoriti sokongan di Parlimen.20 orang ini dikatakan ditawar antara RM 10 - 20 juta setiap orang. Bagaimanapun kebenaran cakap-cakap politik ini tidak dapat disahkan buat masa ini. Mungkin sedikit masa lagi kita akan mendapatkan senarai 20 orang ini.

Anwar Pengkhianat Orang Melayu dan Tali Barut Amerika

Sudah tentu ramai orang teruja bila membaca laporan bahawa, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyaman Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana mendakwa beliau pengkhianat orang melayu dan agen Amerika Syarikat. Jika benar Anwar menyaman Khairy maka pasti kita akan meliaht satu lagi perbicaraan sensasi dan berprofail tinggi. Namun, apa pun kata-kata atau tindakan Anwar ke atas kenyataan Khairy, ia tidak menafikan realiti dan fakta yang muncul sepanjang kerjaya politik Anwar. Pengkhianat Orang Melayu Apakah Anwar bukan pengkhianat orang Melayu sedangkan pada masa beliau menjadi Menteri Kewanganlah pencapaian orang Melayu dalam pemilikan ekuiti menjadi statik dan tidak bergerak? Orang melayu telah mencapai sekitar 18% penguasaan ekuiti syarikat BSKL pada tahun 1990.

Malangnya apabila Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998, angka tersebut tidak berubah banyak. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak lebih 2% daripada statistik 1990 ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan. Mengapa Anwar gagal meningkatkan ekuiti Bumiputera sedangkan pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan begitu banyak syarikat swasta, mahu pun yang berkaitan kerajaan, disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)? Bukankah Anwar memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 dengan politik wang dan politik "pink form" Kementerian Kewangan? Bukankah Ezam dan Azmin menjadi pengedar "pink form" nombor wahid di seluruh negara? (Pink Form ialah borang pengagihan saham syarikat yang bakal disenaraikan di BSKL atas kuota Bumiputera).

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai penerima kontrak dan agihan saham sebagai membuktikan ramai orang Melayu, bukan orang tertentu atau kroni sahaja, yang menerima kontrak dan agihan saham. Malangnya Anwar yang melaungkan ketelusan dan menolak kronisme dalam sidang IMF di Hong Kong pada tahun yang sama diam membisu seribu bahasa mengenai senarai Kementerian Kewangan di bawah pimpinannya. Mengapa? Apakah gagalnya pemilikan ekuiti Melayu dalam syarikat di BSKL kerana anwar mengamalkan konsep seperti dalam IOI Berhad di mana bapanya menjadi pengerusi tetapi saham-saham dimiliki oleh bukan Melayu? Jika polisi DEB dalam sektor pendidikan berjaya melahirkan ratusan ribu profesional Melayu pada 1990-an di bawah beberapa Menteri Pendidikan termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa Anwar gagal di Kementerian Kewangan? Apakah salah UMNO jika kementerian lain bawah UMNO dapat menjayakan polisi DEB tetapi Anwar gagal?

Hari ini, Anwar ke hulu ke hilir mendakwa DEB gagal kerana UMNO hanya mementingkan kroni dan orang tertentu. Soalnya siapakah dalam UMNO yang menggagalkan pemilikan ekuiti orang Melayu ini? Hari ini, bila dipecat dari UMNO atas salah laku seks dan pecah amanah, Anwar menggesa supaya semua isu-isu orang Melayu dalam DEB dihapuskan keranan kononya disalah guna oleh UMNO. Berdasarkan fakta tadi, apakah bukan terbukti Anwar pengkhianat orang Melayu? Satu masa dahulu beliau mengkhianati amanah membangunkan kekuatan ekonomi orang Melayu yang diberikan oleh Perdana Menteri dan UMNO. Hari ini beliau menyalahkan orang lain atas kegagalan tersebut dan menyarankan DEB dihapuskan terus. Kalau bukan pengkhianat apa namanya pemimpin jenis ini?

Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dan Yahudi bukanlah difahami dalam konteks ejen perisikan seperti CIA. Sebaliknya Anwar dilihat ejen agenda Amerika Syarikat dan Yahudi di negara ini. Bukti yang jelas ialah pembabitan serius Anwar dengan Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) yang direncanakan oleh Paul Wolfowitz untuk menyebarkan fahaman dan ideologi Amerika Syarikat di kalangan negara Arab dan negara Islam lain. Selain itu, Anwar tidak dapat memisahkan diri dengan Institut Kajian dasar (IKD). IKD merupakan think tank Anwar sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Apabila Anwar dipecat, IKD di bawah Khalid Jaafar turut menentang kerajaan dan UMNO. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. Sumbangan kepada IKD oleh organisasi Yahudi ini bukan sahaja selepasAnwar dipecat, malah ketika penubuhannya pun (Anwar ketika itu merupakan "putera mahkota UMNO") IKD menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF). KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC). Pada 1997, apabila berlaku krisis ekonomi Asia akibat kejatuhan matawang, Anwar melaungkan mantera Amerika Syarikat dan Yahudi mengenai nepotisme dan kronisme sebagai punca keruntuhan ekonomi Asia.

Lebih menarik, Anwar meletakkan semua kesalahan itu atas Dr. Mahathir Mohamad, sedangkan ketika itu, kroni-kroni Anwarlah yang paling hebat dan gagah mengaut projek-projek negara. Bagi melaksanakan mantera Amerika dan Yahudi ini, Anwar membuat ucapan yang bertentangan dengan ucapan dr. Mahathir di Forum Ekonomi Dunia 1997 di Hong Kong. Dalam negara pula, Anwar menggunakan Ahmad Nazri Abdullah (ketika itu Ketua Pengarang Berita Harian), Johan Jaaffar (Ketua Pengarang Utusan Malaysia) dan Rustam A. Sani, kolumnis tamu Utusan 'belaan' Anwar. Rustam ketika itu menulis dalam Utusan Malaysia menyindir Dr. Mahathir ketika itu sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mengkritik spekulator matawang.

Hubungan rapat Anwar dengan Tabung Mata Wang Antarabngsa (IMF) dan Menteri Kanan Clinton yang berbangsa Yahudi termasuk William Cohen dan Madeline Albright telah mewujudkan ketidakstabilan dalam negara. Anwar sebagai Menteri Kewangan menaikkan Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Faedah Kad Kredit dengan begitu tinggi mengikut formula IMF. Anwar juga dan menyingkatkan tempoh hutang lapuk dan cuba menghapuskan beberapa subsidi. Ini menyebabkan ramai orang hampir muflis, gulung tikar dan hutang meningkat secara mendadak. Kadar inflasi meningkat, kuasa beli menurun dan pengangguran kian bertambah. Tindakan-tindakan ini tidak lain dan tidak bukan digerakkan oleh Anwar atas sokong pemimpin tertentu di Amerika Syarikat yang mahu melihat perubahan kepimpinan di Asia yang gagal mereka kuasai sepenuhnya seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Bukankah ketika itu Anwar juga bekerjasama dengan Amin Rais seorang tali barut Amerika di Indonesia. Bukankah Amin Rais ketika riuh rendah reformasi di Indonesia dan Malaysia tengah gawat ekonomi, pernah berkata kepada Anwar bahawa "inilah masa terbaik untuk mengambil alih kepimpinan." Anwar mungkin bukan ejen US seperti perisikan Yahudi. Namun tidak dinafikan bahawa banyak contoh yang menunjukkan hubungan Anwar dengan US lebih daripada hubungan diplomatik atau sahabat biasa.

Berapa ramai bukan pemimpin nombor satu negara asing menerima sambutan karpet merah dan tembakan meriam di Washington DC seperti anwar perolehi? Berapa ramai tokoh poltik yang bersalah atas tuduhan pecah amanah, penyelewengan kuasa dibela oleh pemimpin tertinggi US?

Anwar jual maruah negara!

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Azimi Daim berkata tindakan dan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambarkan sikap sebenar bekas pemimpin itu yang terdesak. Ia juga bukti kukuh bahawa Anwar yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.

Tambah Azimi lagi, Anwar kini mula menunjukkan belang sebenar di mana semalam Anwar dilaporkan berkata dalam laman web NDTV.com bahawa keputusan kerajaan India menyokong isu kaum India di Malaysia adalah 'tindakan yang dilihat betul'. Pandangan peribadi penulis ialah memang dari dulu penulis tahu Anwar Ibrahim pengkhianat negara sejak Reformasi yang dicetuskan di ibu negara yang disiarkan di dalam laporan berita luar negara yang memburukkan imej Malaysia.

Lebih-lebih lagi Tun Dr Mahathir ialah seorang yang begitu teliti dalam kerjanya, jadi sudah tentu dia mempunyai bukti secukupnya tentang kegiatan Anwar sebelum memecatnya. Politik murahan Anwar yang suka memberontak di jalanan ialah bukti nyata ketidakjujuran dirinya kerana sanggup menghuru-harakan negara sendiri dengan tindakan ganas penyokongnya sewaktu Reformasi jalanan dulu. Bandingkan tindakan Tun Dr Mahathir yang pernah dipecat dari UMNO dulu di mana beliau mengambil masa tersebut untuk melakukan perkara yang berfaedah seperti menulis buku "The Malay Dilemma" dengan tindakan Anwar Ibrahim yang mengadakan 'road show' ke seluruh negara dan mencanangkan konspirasi ke atas dirinya sedangkan dialah yang berniat jahat terhadap negara. Jangan hanya menyokong Anwar secara buta tuli tanpa menilai apa niat Anwar sebenarnya dan adakah seseorang yang cintakan agama, bangsa dan negara sendiri akan sanggup melakukan tindakan yang mengkhianati negara sendiri?

Anwar Ibrahim sepatutnya diletakkan di bawah ISA kerana sudah jelas terbukti dia adalah tali barut Yahudi yang menghasut rakyat supaya melakukan demonstrasi jalanan yang hanya berakhir dengan rusuhan yang mencederakan anggota polis, merosakkan harta benda awam dan menimbulkan perasaan tidak selamat di kalangan orang awam.

DAP biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Salam Perjuangan,

Telah terbukti kini kebimbangan yg kerap menjadi mimpi ngeri sewaktu kekalahan BN diumumkan telah menjadi kenyataan... DAP secara terbuka berani memandang enteng dan merendahkan Sultan dengan mengarahkan ADUN DAP memulaukan majlis perlantikan... itu dengan sultan... apakah nasib melayu di pulau pinang nanti...

DAP telah byk kali saya tegaskan bahawa mereka ini adalah golongan yg taksub dan merupakan pelaupau kaum cina... sebelum berkuasa pun DAP telah berani mencapar hak dan kedaulatan berkaiatan Maleyu dan ISLAM termasuk tuntutan memansuhkan perkara keistimewaan melayu dan Islam, menolak konsep kesyumulan Islam dlm negara dengan mahukan negara isi negara sekular... menolak DEB... dan byk lagi... kini selepas berkuasa adakah ada tgn lagi yg mampu menahan DAP dari merealisasikan hasratnya menjadikan pulau pinang dan kawasan dibawah pengaruhnya lebih kepada kaum cina... tanpa mempertimbangkan dan membantu kaum melayu yg ketinggalan...

Tahniah kepada melayu yg telah memangkah DAP... kerana ingatlah tanagn itulah yg telah meletakkan org melayau dan Islam menuju jalan kehancuran... seterusnya menggelapkan masa hadapan generasi kita....

sila baca petikan selanjutnya....

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.

“Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP malam tadi mengarahkan kesemua 18 ADUN parti itu di Perak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan petang ini. Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas (5) dan PKR (7).
Tindakan itu diambil berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam melalui Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.
Kit Siang dalam kenyataannya semalam menegaskan keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hanya mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Sebaliknya menurut Kit Siang, DAP hanya bersetuju dua nama sahaja iaitu Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri Besar.

Majlis tersebut kemudian ditangguhkan selepas pihak istana mendapati DAP, Pas dan PKR tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.
Bagaimanapun hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula dengan tegas menyifatkan kenyataan Kit Siang itu sebagai biadab.

“Jangan baru sehari dua berkuasa, sudah mula tunjuk belang. Memang ia biadab.
“Perlu ingat negeri Melayu ada adat dan pantang larang, sebab itu DAP jangan sesekali lupa pepatah, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

“Saya percaya dalam hal ini bukan sahaja saya, tetapi puluhan juta lagi rakyat menjunjung kasih dan mengucapkan syabas ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana terus menegakkan peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kit Siang sudah memohon maaf dan akur untuk menghadiri majlis angkat sumpah, namun langkah itu umpama ‘sudah terhantuk baru tengadah’.

“Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita rasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api perkauman.
“Sikap yang keterlaluan dan melampau ini seolah-olah mengundang api perkauman supaya disemarakkan dan memang benar telahan umum selama ini DAP merupakan parti cauvinis yang bertopengkan konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman pula berkata, perkembangan yang berlaku di Perak itu seharusnya menginsafkan orang Melayu.

“Sekarang kita nampaklah belang DAP. Tanya saya, memanglah biadab bila tidak boleh terima keputusan istana,” tegasnya.