Thursday, March 27, 2008

Mukhriz harapan Pemuda untuk tolak Khairy Jamaluddin


Perubahan dalam kepimpinan pemuda UMNO? Itu adalah harapan setelah Pemuda UMNO bertahun-tahun sebelum ini bertindak sebagai pasukan sorak kepada kepimpinan Barisan Nasional. Ubah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris - sungguhpun di kritik oleh ramai tokoh interlektual tetapi Pemuda UMNO tetap menari menyokong seperti pasukan sorak. Pemuda tidak dilihat sebagai satu arus mendesak dalam UMNO untuk mempertahankan rakyat.
Mungkin arus perubahan dalam UMNO akan kembali. Ku Li menawarkan diri sebagai Presiden UMNO dan Mukhriz mendesak Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Ini adalah perubahan yang jelas selepas Tsunami yang melanda Barisan Nasional sampai kepuncaknya lantas menumbangkan dan memiliki 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Kegagalan Barisan Nasional dikatakan adalah kerana Pak Lah dan kegagalan Pak Lah adalah kerana Khairy Jamaluddin dikatakan sebagai pemimpin "informal" yang mempengaruhi keputusan Pak Lah. Ini sudah menjadi seakan satu pendapat umum dalam UMNO.


Kenyataan Khairy bahawa dia tidak akan menjawat sebarang jawatan dalam kabinet selagi bapa mentuanya adalah Perdana Menteri Malaysia tidak akan mengubah pendapat umum UMNO terhadap dirinya. Sehingga hari ini, sokongan semakin nampak jelas kepada Mukhriz untuk bertindak sebagai agen perubahan dalam Pemuda. Mungkinkan itu satu realiti terhadap reformasi dalam UMNO? Mungkinkah Mukhriz perlu merubah perubahan dalam UMNO dan menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO?


Siapa lagi yang sepatutnya dicadangkan sebagai Ketua Pemuda dalam UMNO agar Pemuda UMNO dapat mewakili suara anak muda yang semakin cenderung kepada pembangkang. http://www.umno-reform.com/ mengajak saudara untuk melakukan perubahan dalam Pemuda UMNO kerana sehingga ke hari ini AMAT jelas PEMUDA UMNO gagal bertindak sebagai ajen perubahan yang mewakili suara anak Muda.


Satu kegagalan Datuk Hishammuddin Tun Hussein dalam mengendali Pemuda sehingga hari ini Pemuda UMNO hanya layak sebagai tukang sorak dalam fungsi organisasi UMNO. Mungkinkan umno-reform yang utama harus datang dari Pemuda UMNO dan Mukhriz adalah pilihan sekarang ini?

No comments:

Post a Comment