Friday, March 28, 2008

PAK LAH Pemusnah Harapan Orang Melayu

Contributed by zaleysmb on Tuesday, March 25 @ 00:00:00 MYT Topic: RENCANA

Abdullah tidak tertekan, walaupun hilang lima negeri. Beliau gembira?Namun, rakyat tertekan dengan kelemahan kepimpinan beliau yang kian ketara. Terakhir, krisis di Terengganu.Sebelum pilihanraya, pengundi Cina yang pertama merasa kecewa dengan kepimpinan beliau. Kekecewaan itu tidak dirawat sehingga BN menerima padahnya. Kekecewaan pengundi Cina diikuti pengundi India, seperti yang telah kita saksikan.

Menjelang pilihanraya baru ini, Abdullah melancarkan serangan terbuka untuk menawan Kelantan - tapak Melayu-Islam. Pengundi Melayu seluruh negara tidak kurang ramai yang bersimpati dengan Kelantan, sekalipun mereka mungkin penyokong UMNO. Tema umum ialah, biarkan Kelantan kekal bersama PAS. Biarlah ada keragaman.Perasaan umum pengundi Melayu itu pun Abdullah sanggup lukai.

Apa yang hendak diperjuangkan Abdullah?Kini, Abdullah menambah satu lagi musuh - istana.Ketika segelintir ahli UMNO Pulau Pinang bertempik melaungkan pembelaan Melayu di pulau di mana Melayu telah dipinggirkan selama lima puluh tahun dan UMNO adalah sebahagian dari mekanisma itu, di Perlis dan Terengganu, UMNO pimpinan Abdullah menunjukkan belangnya tidak mengindahkan sesiapa, hatta Raja-Raja Melayu.Apa pentingnya mempertahankan Idris sehingga badai politik dengan Istana perlu dicipta? Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya?

Adakah di sana rahsia tentang perbelanjaan Monsoon Cup atau masjid kristal yang menambat ikatan antara Abdullah dan Idris?Tidakkah cukup monsoon hujung tahun membadai Terengganu sehingga badai baru pula hendak dicari?Sultan, atau dalam kes Terengganu, Majlis Pemangku Raja, berhak menolak mana-mana calon yang dicadangkan kerana Sultan bukan robot. Terpulang kepada UMNO mencadangkan nama baru yang boleh diterima oleh kedua belah pihak.

Jika itu pun tak dapat diuruskan, ke mana negara kita akan dibawa?Adakah Idris begitu perfect sehingga Sultan atau Majlis Pemangku Raja tidak mempunyai sebab dan kebijaksanaan mereka sendiri menolak Idris.Mungkin ada yang diketahui Sultan atau Majlis Pemangku Raja yang tidak diketahui oleh kita semua.Razali MBSJohor Bahru

No comments:

Post a Comment