Friday, October 31, 2014

BLOGGER PAS SANGGUP DOAKAN LAKNAT TERHADAP TUAN GURU HARON DIN SEBAB KETAKSUBAN PADA ANUwar BERAHIm




Kerana kegagalan mendapatkan sokongan dan menarik perhatian lebih ramai orang untuk berdemonstrasi dan bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, seorang pentaksub Anwar Ibrahim yang masih lagi menganggotai PAS, dikenali sebagai Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi Malaysia Waves menggunapakai kaedah khawarij yang gemar mendoakan laknat ke atas orang lain.


Mangsa si khawarij tersebut adalah Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS.

Dalam kes rayuan liwat Anwar kali ini, Haron Din langsung tidak memberikan sebarang reaksi, bahkan langsung tidak membayangkan sokongan, mahupun memimpin jemaah solat hajat untuk Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Haron Din bersolidariti dengan Presiden PAS yang disaman malu oleh PKR di Kuala Terengganu.

Demonstrasi yang dibuat oleh PKR gagal menarik perhatian ahli-ahli PAS, kecuali segelintir daripada mereka yang menganggotai PASMA dan berada di dalam PAS kerana takut serta bimbang dicop sebagai kafir kerana menganggotai PKR dan DAP.


Kaedah mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan, sefahaman dan menyokong PAS sudah lama diamalkan. Ia pernah diwartakan oleh Dewan Ulama Negeri Kelantan pada tahun 1963 apabila UMNO dikafirkan kerana menjalankan tahaluf siyasi dengan MCA dan MIC.

PAS bagaimanapun pada tahun 1965 menjalankan kerjasama gelap dengan DAP menerusi bekas Presidennya, Asri Muda, sekali lagi bekerjasama secara gelap dengan DAP pada tahun 1990 dengan penyambungnya adalah Semangat 46, kemudian 1999 di bawah Barisan Alternatif sehinggalah 2008 dan sekarang yang telah ditukar nama sebagai Pakatan Rakyat.

Doa laknat kepada pemimpin parti tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli PAS melainkan kepada pemimpin-pemimpin dari UMNO.

Semuanya kerana Anwar Ibrahim!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.