Thursday, July 11, 2013

JENTERA PAS TERENGGANU BOIKOT PILIHANRAYA KECIL N01 KUALA BESUT BANTAH CAMPUR TANGAN HUSAM MUSA

Apakah PAS Kelantan fikir Ahli dan seluruh jentera PAS Terengganu akan lupa PENGHINAAN yang berlaku semasa Pilihanraya Kecil Manek Urai tahun 2009. 

Begitu HINA sekali apabila Pas Terengganu tidak dibenarkan terlibat langsung dalam Pilihanraya Kecil ManekUrai ketika itu. HINAAN yang paling HEBAT adalah sehinggakan poster presiden Pas pun yang merupakan orang Terengganu tidak dibenarkan dipasang atau dipamerkan oleh PAS Kelantan ketika pilihanraya tersebut.... orang kelantan ANTI orang terengganu katanya... Betapa PAS KELANTAN menghina PAS TERENGGANU.

Sebaliknya pada 2013 ini semasa pilihanraya kecil kuala besut ini PAS KELANTAN dengan menggunakan pengaruh yang ada melantik HUSAM MUSA sebagai pengarah pilihanraya PAS bagi PRK Kuala Besut ini.

APAKAH tidak ada lagi PEMIMPIN PAS TERENGGANU yang LAYAK menyandang jawatan ini hingga terpaksa mengimport HUSAM MUSA... individu yang palng lantang menolak kehadiran PAS TERENGGANU dan memboikot Presiden PAS selaku org terengganu semasa lihanraya Kecil Manek Urai tahun 2009.

PIMPINAN PAS TERENGGANU KECEWA DAN PENYOKONG PAS BOIKOT

IMG-20130710-WA0007


PAS Terengganu yang dipimpin Abdul Wahid Endut yang amat terkilan dengan Pucuk pimpinan Parti TELAH meluahkan rasa kekesalan beliau yang merasa Husam Musa tidak sepatutnya diberikan tugasan ini memandangkan Beliau bersama ahli jawatankuasa beliau lebih arif berbanding PAS kelantan kerana Kuala Besut merupakan dibawah Negeri Terengganu. Malah kekecewaan ini diluahkan dalam SMS yang dihantar kepada beberapa rakan beliau.
pas boikot
Walaupun belum masuk gelanggang Pas sudah menghadapi masalah, di sebabkan kekecewaan ini penyokong PAS dari Terengganu terutama dari kawasan PAS sendiri memboikot untuk tidak hadir ke Majlis Perisytiharan Calon PRK N.01 Kuala Besut, malahan kehadiran yang tidak sampai 1000 penyokong disebabkan boikot ke atas Husam Musa ini akan menjadi satu isu yang berlarutan sepanjang PRK, jika PAS tidak menyelesaikan dengan segara. Kebanyakan yang hadir pada Perisytiharan ini adalah penyokong PAS dari Pasir Puteh Kelantan.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.