Thursday, February 5, 2009

MB PERAK NIZAR MEMBELAKANGI SULTAN : GILA TALAK TAK NAK BERUNDUR



Salam Perjuangan

Ini Masalah bila orang biasa panjat tiang pasang bendera jadi MB Perak... tak ada sikap "gentleman"... sikap pemimpin tulen dan bermaruah... dah jelas sekarang BN yang memiliki kelebihan kerusi atau bahasa politiknya majoriti mudah... takkan nak Nizar Boneka jaddi MB lingkup lah lagi melayu... Mungkin juga Y.B Nizar sedang membeli masa... Dipercayai sekumpulan elit Pakatan Rakyat sedang melaksanakan operasi penghapusan bukti dan upsss! terhilang fail sebagai usaha menutup jalan sebarang dakwaan seperti kronisme, salah guna kuasa dan rasuah oleh BN apa bila BN kembali memerintah nanti...


" Berundur? Tak Mungkin... Teman Seronok Jadi MB Ni"



Apapun Nizar Eloklah fikir masak masak sebelum keluar kenyataan tu... Kenyataan demi kenyataan bodoh umpama orang "gila talak" telah dibuat. Apa tidaknya Nizar a.k.a Lembu DAP mengadakan sidang media tergempar memaklumkan pembubaran DUN negeri Perak dengan membelakangkan DYMM Tuanku Sultan Perak sebelum memperolehi perkenan baginda.

Ternyata Nizar mempamerkan kebodohannya lagi apabila tidak mengikut prosedur pembubaran DUN negeri Perak sebagaimana yang termaktub di bawah undang-undang tubuh kerajaan Perak. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Nizar tidak faham apa-apa tentang politik dan juga membuktikan beliau memang dilembukan dan dibalacikan oleh pemimpin DAP selama 10 bulan menjadi MB boneka negeri Perak. Selepas ini Nizar harus berhijrah ke Selangor pula bagi membantu kerajaan PR Selangor menjadi gembala babi untuk menjayakan projek mega kerajaan PR Selangor sebelum turut ditumbangkan oleh BN Selangor.

Selepas mendengar pengumuman Najib untuk menghadap Tuanku Sultan Perak bagi memaklumkan penubuhan kerajaan baru BN di Perak dengan majoriti mudah maka Nizar tergesa-gesa mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan DUN negeri Perak akan dibubarkan sedangkan ianya tidak memenuhi prosedur serta telah terlambat bertindak.Cara dan tindak-tanduk Nizar itu sudah tentulah mengundang murka baginda Sultan Azlan Shah yang sedia maklum dan lebih arif tentang undang-undang kerana baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara.

Berundurlah dengan cara terhormat... cara orang bertamadun bukan cara orang jalanan... patuhi undang-undang... jangan biarkan diri anda terus jadi LEMBU DAP... gunakan otak tu... takkan nak di halau macam anjing baru nak keluar jatuh maruah sebagai sheikhul PAS Perak....Malas nak layan orang macam ni...

PETIKAN BERITA



Sumber Malaysia Kini - MB gagal bubar DUN Perak

kemaskini 9.26pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghabiskan masa hampir dua jam di istana menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas empat wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Malaysia Kini - Nizar: Saya tidak perlu letak jawatan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.


UTUSAN 5/2/2008 - "‘Saya masih Menteri Besar’


IPOH 4 Feb. – Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa beliau masih Menteri Besar Perak selagi Sultan Azlan Shah belum membuat keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, keputusan sama ada negeri ini akan ditadbir di bawah kerajaan baru atau menghadapi pilihan raya semula, hanya akan ditentukan oleh Sultan Perak. ‘‘Saya masih dengan tugas mentadbir bersama rakan-rakan pakatan pembangkang,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pas negeri di sini malam ini.



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.