Ayahanda Tuan Guru Haron Din akan menjalani pembedahan jantung di California pada 30 Ogos ini memandangkan masalah kesihatan berkaitan jantung beliau...
Kepada rakan dan sahabat saya memohon agar marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru dengan kesembuhan yang berterusan dan Allah SWT memanjangkan umur Tuan Guru dengan keberkatan dan sihat walafiat.
Doakanlah juga semoga segala urusan untuk menjalani rawatan ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati serta memberikan kekuatan mental dan fizikal kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din seisi keluarga menempuhi dugaan dari Allah SWT ini...
Amin...
Oleh INTAN ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din akan menjalani pembedahan berkaitan jantung, 'off-pump surgery' di Hospital Stanford, California pada 30 Ogos akan datang.Beliau yang dijadual bertolak pada 28 Ogos mengharapkan agar para penyokong, ahli serta kenalan dapat mendoakan rawatan tersebut berjaya.
"Saya hanya mengharapkan doa daripada kawan-kawan dan semua yang mengenali serta mengiringi pemergian saya dengan doa agar saya dikurniakan kejayaan oleh Allah sebagai usaha untuk mengubati penyakit jantung ini," katanya kepada Harakah ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Menurutnya, dalam tempoh 23 tahun menderitai penyakit tersebut beliau telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1987 di Hospital St.Vincent, Australia, serta 1998 dan 2000 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, masalah pada jantungnya berulang kembali meskipun pihaknya telah menjalani semua rawatan yang dikenakan ke atasnya.
Di samping mengambil ubat yang telah diberikan, beliau turut menjalani proses rawatan telium scan, MRI scan dan CT scan.
"Tapi masalah ini tidak selesai malah bertambah serius dan baru-baru ini pihak IJN merujuk masalah jantung saya kepada Hospital Stanford di California," ujarnya lagi.
Jelasnya, seorang pakar jantung dari hospital pakar berkenaan yang kebetulan berada di Malaysia kerana menghadiri seminar berkesempatan memeriksa beliau baru-baru ini sebelum mengesyorkan agar mendapatkan rawatan lanjutan di sana.
Ditanya mengenai tempoh rawatan beliau menjangkakan berada selama tiga minggu dan menyambut Aidilfitri di sana.
Walaupun saya UMNO, saya mendoakan kesejahteraan Dato Harun Din selamat pergi dan selamat kembali.
ReplyDeleteSemoga Dato di beri kekuatan oleh Allah SWT.
Sepanjang perjuangan politik Haron Din merupakan tokoh yang begitu vokal dalam memperbetul dan memastikan PAS berada benar dalam perjuangannya... tegak dan lurus jalannya... bersama ISLAM SEBENAR... teguran dan peringatan terbuka beliau sentiasa didengari jika PAS terpesong...
ReplyDeleteHaron Din juga tidak begitu taksub malahan dilihat tokoh yang mampu meneutralkan Nik Ajis & Hadi Awang... malahan tokoh ektrem dalam PAS amat menghormati beliau...
Beliau dilihat tokoh yang mungkin mampu membawa kepada penyatuan melayu darpada PAS...
semoga Allah mempermudah dan menyembuhkan penyakit Tuan Guru... seterusnya merintis kepada usaha penyatuan Melayu... amin...
saya doakan beliau sihat,walau pun saya tak suka pada pati pas dan rakan mereka kerana saya ni masih waras dlm perjuangan.
ReplyDelete