Friday, August 27, 2010

SALAM NUZUL AL-QURAN


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Surah Al-An’am ayat 38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” ( Surah Al-‘Alaq, ayat 1-5)

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam dengan didalangi segelintir ummat yang didalangi oleh kafir harbi yang memusuhi islam.

Di luar negara, sahabat serumpun di Indonesia diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara. Bersamalah mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran.

Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Bersatulah dengan imam kita yang sebenar iaitu Al Quran.

No comments:

Post a Comment