Alhamdulillah... masyaAllah... Allahuakbar...
penulis tak terkata apa... apa lagi nak dikata HEBAT KEISLAMAN PAS NI... tak ada cara lain ke??? satu tidak menutup auratnya... dalam rumah Allah ni... kemudian wanita pulak tua pakai baju potongan badan... kemudian nak tazkirahkan kita pasal apa??? dia lagi tau pasal Islam ke??? dia lebih baik dari org Islam ker???
Pahala atau dosakah yang PAS akan dapat? hanya atas dasar gimik politik picisan lagi murahan Islam dilacurkan... apa nak jadi pada PAS.... geleng kepala... geleng lah...
Hebat Melayu Islam PAS
Posted by
Hebat ustaz-ustaz PAS ni. Sudahlah nama DYMMSPB Yang Dipertuan Agong tidak didoakan di dalam khutbah Jumaat. Nama Khalifah Lim Guan Eng pula yang dijadikan sebagai galang ganti nya. Beliau didoakan kononnya supaya dibuka pintu hati untuk memeluk Islam. Ada saya kata salah. Mana ada. Semua yang dibuat PAS semuanya betul belaka.
Terbaru, Ahli Parlimen bukan Islam telah dijemput untuk memberi tazkirah Ramadhan di dalam surau tempat umat Islam menunaikan sembahyang berjamaah. Pada 22 Ogos 2010, lebih kurang pukul 9.33 malam, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching telah memberi tazkirah di Surau Al Huda, Kajang. Ada saya kata salah, mana ada salah! Orang PAS buat semua betul. Kalau tak betul pun boleh minta Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan semuanya. Hebat puak-puak Melayu Islam PAS ni!
DAP Masuk Bagi Tazkirah Dalam Masjid
22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam masjid, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam masjid. Lebih-lebih lagi melihat pada waktu jam tersebut, 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih. Ini satu penghinaan kepada umat Islam.
Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.
Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis. Bersama-samalah kita berhati hati dengan DAP. Mereka sudah berkempen sampai dalam masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Janganlah menggadai kesucian Islam hanya kerana tamak kepada kuasa.
DAP Berkempen Sampai Dalam Surau & Masjid
6 September 2009, Lim Guan Eng bersama dengan Salleh Man (ADUN PAS Permatang Pasir) sedang mengagihkan bantuan beras di Pusat Pengajian Ustaz Sobri, Padang Menora, Pulau Pinang. Pusat pengajian agama telah menjadi tempat untuk kempen Guan Eng meraih undi. Sampai begitu sekali PAS terdesak untuk meminta bantuan dari DAP. 25 Ogos 2010, Guan Eng berbuka puasa di Masjid Tun Sardon, Pulau Pinang.
Bukan sekadar memberi bantuan, Guan Eng juga menyampaikan ceramah kepada mereka yang belajar di pusat pengajian tersebut. Maka tidak menghairankan mengapa PAS begitu terbuka dan liberal dalam mendoakan kesejahteraan Guan Eng hingga sanggup menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dalam khutbah jumaat. Orang-orang PAS sudah kabur dengan pemberian sumbangan yang diberikan oleh DAP. Sebab itu, Guan Eng mahu tutup isu khatib membaca khutbah dengan RM100 setahun pada warga emas, RM400 pada kakitangan kerajaan Pulau Pinang dan janji RM1,000 pada setiap warga emas jika melangkah ke Putrajaya. DAP hanya mahu berkuasa, mereka umpan orang Melayu dengan duit untuk mendapatkan kuasa tersebut. Sampai dalam masjid dan surau pun mereka sanggup berkempen.
Teresa Kok berbuka puasa di Surau As Siddiq, Lavender Condo, Bandar Kinrara pada 25 Ogos 2010. Bukan sekali dua Teresa Kok masuk ke masjid, sudah beberapa kali Teresa berbuat demikian (baca sini). DAP masuk masjid bukan dengan tangan kosong, mereka beri sumbangan beras dan duit untuk tawan hati orang Islam. Namun soal berkaitan dengan undang-undang Islam mereka tolak sepenuhnya. Nampak jelas, DAP mengharapkan sesuatu daripada kempen-kempen mereka di masjid dan surau. Semuanya untuk meraih undi dari orang Islam. Orang Melayu terlupa bahawa mereka sedang ditipu dengan "gula-gula" yang dibawakan DAP. Beri gula-gula tetapi balasan yang diminta adalah undi dan kuasa. Itulah niat DAP
Tidakkah mereka didalam PAS tahu implikasi dan kesan jangka panjangs serta hukum agama... entahlah... mungkin rujukan agama hentam sajalah dipakai oleh PAS... kini segalanya politik... kesucian agama no2... pening2 tgk gelagat PAS ni...
geli betul aku tgk org pas ni....harkkktuihh. duit punya pasal sanggup kasi cina pijak sejadah.
ReplyDeletekuasa yang dicari... islam digadaikan... DOSA YANG DIPEROLEHI... tahniah pengikut PAS ama-sama mendapat laba saham dosa... jangan lupa claim laba tu diakhirat nanti ya....
ReplyDelete