Sumber Di SINI
''GO...go''...''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu.'' Dua kata-kata ini bukanlah dilafazkan oleh orang biasa atau lebih tepat lagi insan di jalanan yang tidak mempunyai apa-apa jawatan penting dalam kerajaan mahupun swasta.
Sebaliknya ia dilafazkan oleh seorang bertaraf Menteri Besar yang berkuasa di sebuah negeri. Demikianlah gambaran tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang bertindak di luar dugaan kelmarin apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya. Kejadian berlaku ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridwan.
Itu dia... dan inilah gambaran sebenar MB perak yang menyerlahkan sikap sebenar PKR. Pemimpin dah macam tu cuba anda bayangkan anak-anak buah asuhan PKR yang terkenal sikap agresif, samseng dan kurang ajar... buktinya lihat sahaja pada pilihanraya lalu atau mana-mana pilihanraya kecil... tindakan melawan POLIS, rusuhan, menghalang laluan pemimpin kerajaan hinggakan merampas kad pengenalan orang lain serta memecah kan kenderaan juga menegakkan undang-undang atas tafsiran sendiri...
Media pembangkang segera mengulas isu ini kononya perkara ini disensasikan dan diputar belitkan media pro kerajaan... ha pegi tanya wartawan dan jurugambar yang terlibat...
Rakyat fikirlah... sedarlah... inikah pemimpin yang kita mahukan???
No comments:
Post a Comment