BISIK-BISIK AWANG SELAMA - Rujuk Sini
LANGKAH Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (Perak FA) yang diterajui Presiden barunya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melantik anggota Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Mohd Radzi sebagai pengurus pasukan Perak sama sekali tidak mencerminkan apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat.
Ia menyerlahkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tidak mempunyai integriti. Mohammad Nizar yang juga Menteri Besar sewajarnya awal-awal lagi perlu menuntut Jamaluddin melepaskan jawatan Exconya sehingga didapati tidak bersalah, jika Kerajaan Negeri benar-benar berpegang kepada prinsip integriti dalam pentadbirannya.
Bukan sahaja itu tidak dilakukan, malah, beliau membuat pelantikan baru melibatkan Jamaluddin yang berdepan satu kes rasuah.Apa yang berlaku itu adalah contoh jelas kegagalan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat bersikap cakap tidak serupa bikin.
Awang – Melapor.
No comments:
Post a Comment