Monday, November 24, 2008

PAKATAN RAKYAT PEMBANGKANG FLIP FLOP : PEMBOHONG

Apa dilontarkan akhbar pembangkang jadi halal?
Oleh ZULKIFLI JALIL

BUKAN suatu yang mengejutkan apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin kelmarin berkasar dengan jurugambar Utusan Malaysia dalam satu 'drama' di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzwan.
Isu kelmarin sebenarnya adalah rentetan daripada tindakan pemimpin pakatan pembangkang melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bermula sejak Mac lalu. Mereka mendakwa kedua-dua akhbar itu mengapi-apikan sentimen perkauman sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap pembangkang.


Namun di sebalik semua ini, jelas lagi bersuluhlah konsep kebebasan media yang diamalkan pembangkang. Layanan serupa terhadap Utusan Malaysia dipraktikkan secara terang-terang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tempoh hari. Bukan sahaja petugas akhbar ini disekat membuat liputan akhbar, malah setiap soalan wartawan akhbar lain 'ditapis' dan dijawab secara sinikal oleh Anwar. Setiap soalan diselangi dulu dengan 'anda dari akhbar mana.' Begitu sentimen pakatan pembangkang terhadap media. Sesekali terfikir ia macam bersifat kebudak-budakan. Itu belum lagi mendapat mandat berkuasa dalam pentadbiran negara.

Sumber Artikel Penuh sila baca
DISINI

Perkara sebegini telah lama pun berlaku... tidak kira perkara itu HALAL, HARAM, SKANDAL, APA SAJA kalau pembangkang yang buat bagi mereka tetap BAIK, BAGUS & HALAL... tapi kalau kerajaan buat macam mana baik, bagus dan HALAL bagi pembangkang tetap HARAM... kadang-kadang pening dan pelik memikirkannya kata nya pakatan rakyat ini terbukalah... liberal lah... dan sama rata untuk semua, malahan menuntut KEBEBASAN MEDIA... yang peliknya benda-benda yang bertentangan dengan agama diHALALKAN oleh kepimpinan ulama dalam pakatan rakyat demi memperoleh sokongan... ini sudah tidak betul lagi...

Fikir lah sendiri kawan-kawan semua... nak teruskan ke menyokong ke barisan kepimpinan sendiri... MELAYU & ISLAM terbuka dicabar mereka... sesetengah perkara ISLAM & MELAYU telah di korbankan demi kekuasaan... nanti apa lagi yang mereka jual dan korbankan mungkin negara suatu hari nanti....

No comments:

Post a Comment