Wednesday, September 10, 2008

ISU PERKAUMAN: MELAYU TIDAK SENSITIF

Sumber myKMU.net

Antara Ahmad Ismail, Tun Dr Mahathir Dan Ezam Mohd. Nor

Contributed by
AMUbaidahS on Wednesday, September 10 @ 13:42:11 MYT Topic: KOMENTAR

Hari ini akan berlansung mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO dengan agenda utamanya untuk menangani isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang kononnya berbaur perkauman. Menarik sekali, isu tersebut bukanlah yang terpenting untuk ditangani oleh Pak Lah dan ahli MKT UMNO pada hari ini.

Saya bukan berniat menyinggung perasaan di sini, tetapi amnya, masyarakat Melayu tidaklah begitu mementingkan isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail buat masa ini. Ini kerana kami pernah mendengar kenyataan dan perbuatan yang lebih berbaur perkauman dari pemimpin-pemimpin semua parti, baik BN mahupun bukan BN, di Malaysia. Perbezaannya, orang Melayu amnya tidaklah sesensitif kaum Cina.

Tengok sahajalah bagaimana orang Melayu tak berapa kisah pun :

1. Tentang penghinaan yang dihamburkan kepada kami yang kononnya mensia-siakan DEB.

2. Orang Melayu juga tak berapa kisah apabila seorang anak Cina yang mempermainkan azan dan lagu Negaraku betapa dipertahankan perbuatannya oleh pemimpin Cina.

3. Malah bila Islam dipertikaikan kedudukannya, kami tetap sabar menangkis segala usaha dan dakyah dengan emosi yang ala kadar sahaja.

4. Di internet, rata-rata sentimen anti-Melayu meleluasa, seperti persoalan yang sering ditimbulkan tentang sama ada Melayu benar-benar penduduk 'asal' Malaysia. Kami tak menuntut maaf kerana kesedaran bahawa wujudnya tamadun Melayu di Semenanjung ini sejak sebelum Masihi lagi. Malah, bila dibilang hero ulung Melayu Hang Tuah itu sebenarnya seorang Cina sekalipun, kami tak marah

5. Ini pun belum masuk cerita Hindraf lagi, yang menuduh Melayu pembunuh, penyamun, penyeleweng dan macam-macam lagi! Diraikan pula pemimpin Hindraf sehingga sekarang ada yang dah jadi wakil rakyat hasil tuntunan undi bukan Melayu... dan juga Melayu! Begitu pemaaf sekali Melayu!

Jadi orang Melayu amnya mungkin hairan sedikit dengan kemarahan yang ditujukan terhadap Ahmad Ismail oleh kaum Cina. Ada juga yang terkilan kerana ada pula pemimpin Melayu yang merasakan perlunya UMNO meminta maaf atau menyatakan kekesalan tentang kenyataan ini. Namun kepada orang Melayu, isu Ahmad Ismail bukanlah isu terpenting yang harus ditangani MKT UMNO hari ini.

Lebih penting bagi orang Melayu amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya, MKT UMNO haruslah meluluskan kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO hari ini. Tak perlulah MKT menunggu borang permohonan keahlian Tun Dr M. Benarkan sahaja pendaftaran Tun Dr M di Cawangan beliau dihidupkan semula. Semalam Tan Sri Muhyiddin sudah pun menyatakan persetujuan Tun untuk kembali ke pangkuan UMNO. Nah, tunggu apa lagi!

Inilah masanya Pak Lah dan kepimpinan UMNO menunjukkan budi-bahasa mereka terhadap pemimpin Melayu yang berjasa. Setidak-tidaknya, keinginan Tun Dr Mahathir untuk kembali ke UMNO haruslah diraikan dengan lebih semangat dari penerimaan semula Ezam Mohd. Nor tempohari.

Ezam, yang bukan sekadar meninggalkan UMNO, tetapi memburuk-burukan kepimpinan negara di Indonesia, memecah-belahkan lagi Melayu melalui PKR dan menghambur hina merata-rata dengan NGO-nya begitu diraikan kembalinya dahulu. Maka wajiblah MKT UMNO menyambut kepulangan Tun Dr M dengan lebih hebat lagi! Si Ezam bekas musuh perosak bangsa manakala Tun Dr M penabur budi dan pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air!
Maka di sini ingin saya rakamkan harapan ramai ahli muda UMNO yang kerdil ini yang MKT akan mengutamakan kepentingan Melayu hari ini.


Utamakanlah pengembalian pendekar Melayu ulung lagi berjasa kita, Tun Dr Mahathir, ke pangkuan UMNO sebelum kehendak kaum lain dilayani dengan apa-apa keputusan terhadap Datuk Ahmad Ismail.

Kemaskini dan Komentar dilayan di...
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/09/antara-ahmad-ismail-tun-dr-mahathir-dan.html

No comments:

Post a Comment