Thursday, September 11, 2008

ISU PERKAUMAN : TENTERA BERI REAKSI

Merujuk kepada laporan TV3 dan Utusan Malaysia,

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal dipetik menzahirkan ucapan seperti berikut

" TENTERA amat bimbang dengan isu perkauman yang dicetuskan ahli-ahli politik dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan keadaan menjadi huru-hara"

ULASAN :

Sejak sekian lama pihak tentera tidak mengeluarkan pendapat dan pandangan terutama berkenaan cara pengurusan negara dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan pemimpin. Namun luahan terbuka oleh panglima ATM memberikan gambaran betapa kerajaan tidak bertindak sebaiknya dalam menangani isu-isu perkauman yg ditimbulkan.

Namun kita harus berterima kasih kerana pandangan pihak tentera telah mencelikkan pak tido LAH untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan bertindak menggunakan ISA dan peruntukan undang2 kepada mereka yg menimbulkan isu perkauman. Bagi saya gimik sahaja tak percaya tengoklah selepas ini apakah pemimpin pembangkang yg kerap memainkan isu perkauman seperti Anwar, Teresa, Karpal, Gobin, Lim Kit Siang dan sebagainya ditangkap... percayalah kerajaan tetap BACUL untuk secara terbuka mempertahankan hak MELAYU ISLAM... terutamanya UMNO yg asyik minta maaf walhal kita mempertahankan hak kita...

Mungkin laporan serius berkaitan perisikan dalam perkara ini dari pihak tentera yang dibentangkan dan dilapor secara bersungguh-sungguh kepada pak tido LAH dan penasihatnya tidak diambil peduli menyebabkan Tan Sri sendiri terpaksa bersuara agar pak tido LAH terjaga dan ambil peduli.... wallahualam

Mahu tidak mahu ini semua salah Melayu Islam juga kerana jika kita bersatu nescaya kaum lain tidak berani bersuara mencabar hak kita... pada zaman Tun Mahathir dulu ada yg berani secara terbuka persoal hak melayu??? tak ada zaman pak tido LAH... selamba ja mereka sindir dan caci melayu... pemimpin melayu hanya tersengeh & terhegeh-hegeh menyokong... BODOH, lepas tu minta maaf...

Melayu juga dah makin buta menyokong pemimpin melayu agung kononnya yg memperjuangkan kesamarataan semua sapa lagi Anwar la... sedar tak kesama rataan tu maksudnya tiada lagi hak keistimewaan buat MELAYU ISLAM sedar atau tak menyokong perjuangan ini maksudnya menyokong hak org MELAYU ISLAM di hapuskan... kenapa melayu bodoh sangat mengikut memBABI buta walhal semua ada akal fikiran... Anwar sanggup memperjudikan hak keistimewaan melayu dengan memperkenalkan prinsip kesamarataan untuk apa??? UNTUK APA ??? DEMI KUASA demi mendapat sokongan bukan melayu mengundi beliau... kajilah keputusan PRU lepas undi cina dan india semua berpihak kepada ANWAR... abis melayu takkan nak undi dia jugak sebab terang-terang dia sanggup menggadaikan hak melayu demi kuasa... fikir lah guna akal bukan emosi... fikir masa panjang bukan nak glamour-glamour ini perjuangan ...

Cuba tengok sekeliling kita sebagai bangsa melayu ISLAM ni... dah bersediakah kita nak bertanding tanpa hak Keistimewaan kita ni??? TENGOK TERANG... muhasabah diri.

Tengok EKONOMI cina menguasai hampir semua jadi salahkah kita membantu org melayu agar dapat kehadapan menyaingi bangsa lain??? Kalau melayu tidak dibantu dan dibiarkan arus ekonomi bergerak sendiri... teori nya amatlah mudah YANG KUAT AKAN MENGUASAI YANG LEMAH... so sapa kuat dan sapa lemah ni... akhirnya melayu tak akan berjaya dalam bidang ekonomi

PENDIDIKAN kalau tengok statistik peperiksaan jelas ramai lagi org cina & india lebih bijak dan keputusan lagi baik. Kalau sistem terbukalah berapa kerat org melayu dapat masuk Universiti??? jadi kerajaan wujudkan kuota utk pastikan melayu dapat tempat... bagi org india dan cina mereka tiada masalah mereka banyak badan pertubuhan cina dan india yg boleh sponsor mereka keluar negara kalau tak dapat tempat dlm negara... bab melayu dapat keutamaan biasiswa sebab itu jugalah... cina dan india selain byk pertubuhan boleh sponsor dari segi ekonomi juga mereka lebih kaya dari melayu mereka boleh sponsor sendiri... tapi melayu??? dah kaya sgt ke... berapa ramai lagi yg miskin dan perlu dibantu... FIKIRLAH bersedia kah kita nak hapuskan hak kita....

Tu baru dua aspek yg kita lihat kalau tengok TARAF HIDUP melayu jauh ketinggalan... dibandar-bandar berapa kerat melayu mampu beli rumah besar... apabila bandar berkembang melayu akan tersisih dan hidup di pinggir bandar tak mampu menyewa atau memiliki harta di pusat bandar... tengok lah realiti keadaan sekarang kalau tak percaya. Berapa kerat melayu mampu ke hidup bermewah-mewah, tengok statistik yg melancong keluar negara ramai melayu ke yang membeli kereta-kereta mewah, pemilikan harta dan lain-lain... taraf hidup melayu ketinggalan...

Tak terfikir ke apa akan jadi kepada anak cucu kita jika hak keistimewaan yang bertujuan melindungi Bangsa MELAYU ISLAM agar terus dapat bersaing dan memiliki tempat dalam negara ini sebagai tuan asal kepada tanah ini jika tidak dipertahankan. Relakah kita memperjudikan nasib anak cucu dan generasi kita nanti yang mungkin akan tersisih dan terpinggir akibat kebodohan kita sekarang...

BUKTI DAH JELAS WAHAI MELAYU... tengok sahaja MELAYU SINGAPURA... apa jadi pada mereka... mereka tersisih dan hilang identiti walhal singapura dulu adalah milik melayu... parameswara datang ke tanah melayu dahulu dengan memijakkan tanah di singapura terlebih dahulu... namun akibat memberikan ruang kepada kaum lain memerintah (cina) akhirnya secara sistematik mereka menghilangkan satu persatu hak bangsa melayu singapura kerana apa mereka berjaya??? akibat tiada peruntukan dalam perlembagaan berkenaan hak melayu itu sendiri... Fikirlah rakan-rakan, sahabat-sahabat, saudara ISLAM... mahukah kita jafi seperti itu...

JANGAN BERIKAN RUANG UNTUK MEREKA MULA MENGHAKIS HAK KITA bak kata pepatah akhirnya "apabila diberikan betis mereka nak peha pula"... dan kemuncaknya apabila kita lemah seperti pepatah lama " apabila pohon kela tumbang kura-kura pun nak memanjat" mereka tidak akan berhenti dan berputus asa cuba menghakis dan menidakkan hak kita... sehinggalah akhirnya mereka menjadi bangsa dominan dalam negara ini... percayalah

Mereka bangsa bukan melayu yang mempersoalkan hak keistimewaan MELAYU boleh dilabelkan "LUPA DARATAN" dan bagai "KADUK NAIK JUNJUNG". Sila kaji kembali kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan negara ini... apakah mereka mahu menafikan persetujuan yang telah sekian lama dipersetujui... Waktu itu Melayu bersetuju beri mereka (bukan melayu) kerakyatan secara jus soli dan Mereka (bukan melayu) bersetuju memberikan hak keistimewaan Melayu. Mereka (bukan melayu) mendapat kerakyatan disebabkan persetujuan itu yang tertulis dalam perlembagaan... Kalau perkara yang dianggap perjanjian dan dipersetujui dimungkiri dan dicabar, jangan lupa BANGSA MELAYU JUGA ada hak menuntut dan mencabar perkara ini...

KESIMPULAN

Kepada kerajaan tolong bertindak tegas supaya tiada yang berani mempersoalkan hak kesitimewaan org melayu dan sebarang usaha kearah menghakis hak keistimewaan itu... Jangan jadi bacul atau betindak kepada satu pihak sahaja... biasanya melayulah dihukum bangsa lain... ini akan menimbulkan ketidak puasan hati.

kerajaan juga janganlah memandai mandai memberikan hak keistimewaan melayu kepada bangsa lain tanpa persetujuan rakyat berbangsa melayu. contohnya pemberian kuota biasiswa yang begitu banyak kepada kaum lain apa cerita... ramai melayu Islam yang tidak puas hati tentang perkara ini...

Kepada kaum bukan melayu... kenanglah keharmonian dan kedamaian negara ini serta semangat toleransi yg bersama kita semua dapat wujudkan tanpa mempersoalkan isu-isu sensitif perkauman ini... kenapa perlu menuntut lebih walhal apa yang ada sekarang sudah cukup membahagiaan kita. Diam bukan semestinya tanda setuju, Air yang tenang jangan disangka tiada buaya... hati-hatilah jangan sampai peristiwa berdarah lampau kembali berulang.

Kepada ATM terima kasih kerana menyedarkan kerajaan terutama pak tidoLAH... yang begitu lemah mengemudi kerajaan kita... harap ATM tetap siap siaga mempertahankan keamanan negara. Sekian

Renung-Renungkan selamat berjuang

No comments:

Post a Comment