Wednesday, September 10, 2008

BERITA HANGAT : MAHATHIR KEMBALI PADA UMNO


Menurut laporan berita Buletin Utama TV3 dan akhbar Bernama semalam (Selasa, 9 September 2008), katanya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali kepangkuan Umno tetapi belum lagi menghantar permohonan rasmi kepada Majlis Tertinggi Umno.

Hasrat Tun telah dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno. Menurut kata Muhyiddin, Tun berhasrat kembali kepangkuan Umno kerana merasa bimbang akan apa yang telah berlaku dan menimpa Umno/BN akhir-akhir ini. Tambahnya lagi, Tun juga berhasrat untuk membantu memperkukuhkan semula keyakinan parti serta rakyat.

Dengan penyertaan semula Tun ke dalam Umno/BN diyakini akan mampu memulihkan kembali kemelut yang telah melanda Umno/BN sejak kebelakangan ini. Itulah harapan pihak Majlis Tertinggi Umno yang sentiasa mengalu-alukan kemasukan semula Tun ke dalam parti. Sejauh mana kebenaran terhadap apa yang diharapkan itu, kita sama-samalah tunggu perkembangannya nanti.

Walau bagaimanapun, pihak wartawan masih tidak dapat lagi menghubungi Tun sendiri bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Kita harap Tun akan mengulas isu ini di laman blog beliau dalam masa yang terdekat ini agar seluruh rakyat dan para penyokongnya lebih memahami apakah sebab utama keputusan ini dibuat oleh Tun pada saat dan ketika ini.

1 comment:

  1. Nampaknya Tun nampak ancaman besar kaum melayu dan sanggup mengetepikan kepentingan diri demi menangani ancaman Anwar, bukan melayunyg memainkan isu perkauman dan memastikan Mukhriz menang ketua pemuda UMNO Malaysia

    ReplyDelete