Wednesday, June 25, 2008

Anwar Ibrahim : Ancaman Negara

Komen Artikel di http://www.drkhir.com/2008/06/anwar-ibrahim-dan-mimpinya.html

Salam Perjuangan

Anwar Ibrahim - topik yg amat menarik sekali kerana dewasa ini hampir 50% rakyat telah termakan sandiwara dan manipulasi politik DSAI lantas terpengaruh menyokong "Pakatan anwaR" - PR

Blogs saya ada menyimpan artikel kemungkaran DSAI yang boleh semua baca dan membuat penilaian sendiri

di http://idealismalaysia.blogspot.com/search/label/Anwar%20Ibrahim

tak perlu saya huraikan sememangnya perlu diakui DSAI seorang yg bijak dalam perancangan dan strategi politik. Kini cita-cita utama DSAI adalah menguasai malaysia. Dan demi mencapai cita-cita ini DSAI sanggup menggunakan apa sahaja jalan atau cara termasuk menghalalkan tindakan demi matlamat tanpa mengira dosa dan pahala juga tanggungjawab kepada negara sebagai warga yg patriotik dan cintakan negara - terbukti

Renungkan DSAI bersekongkol dengan badan antarabangsa dan NGO yg dibelakang pertubuhan ini dibayangi dan dipayungi CIA dan Mossad demi mendapatkan sokongan kewangan, publisiti, strategik, risikan dan psiko-war antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan skrg - terbukti

Tidak sayangkan negara dengan mewujudkan ketegangan dan ketidakstabilan dalam negara melalui provokasi isu perkauman, ekonomi, pendidikan dan kewarganegaraan yang diolah melalui fakta tidak benar dan manipulasi keadaan yang extream - terbukti

Tidak termasuk rekod peribadi dan perkhidmatan semasa dengan kerajaan... rasuah, konisme, skandal wanita+lelaki, salahguna kuasa, penipuan dan mempergunakan agama disamping sanggup mengorbankan kawan atau tokoh berjasa negara demi kepentingan dan keperluan diri DSAI. - terbukti

Hanya satu niat dan matlamat demi berkuasa... itu sahaja dan apa akan jadi setelah DSAI berkuasa pastinya dia terpaksa tunduk dan akur kepada pihak yg membantu DSAI - ringkasnya kita akan berkiblatkan pro US selepas dia berkuasa dan secara tidak langsung Yahudi @ Israel.

Apakah ini yg kita mahu?

Rakan-rakan... insaflah apakah kita mahu insan seperti ini memerintah negara... bayangkan apa nasib anak cucu dan generasi kita di masa hadapan dipimpin org seperti ini. Pastinya Hak Bangsa Melayu Islam terhakis atas nama demokrasi terlampau cetusan DSAI. Apa akan jadi dengan engara yg tidak stabil, ketegangan kaum dan merudumnya ekonomi... mungkinkah episod hitam negara 13 mei akan berulang masa itu??? moga tidak...

Sebelum menyokong sesuatu idea dan perjuangan dalami dan hayatilah intipati sebenar atau teras perjuangan yg dibawa... perjuangan PR adalah perjuangan "demi kuasa" bukan perjuanagn demi masa hadapan negara, agama dan rakyat...

Saya harus akui saya kecewa marah dan benci pada UMNO sekarang tetapi saya tidak akan mengkhianati prinsip perjuangan suci yg menjadi teras perjuangan UMNO yg membawa kemerdekaan kepada negara. Benci marah dan kecewa kerana sayang dan dengan perubahan pucuk pimpinan saya yakin UMNO akan kembali kelandasannya.

Tidak perlu kita menyokong perjuangan sia-sia hanya perlu kekal dilandasan sedia ada seterusnya membuang daging-daging busuk dan tangan hina yang membelenggu perjuangan suci UMNO itu sendiri.

Renung-renungkan, Selamat berjuang

Thursday, June 19, 2008

BENIH KERETAKAN POLITIK DAN KESTABILAN NEGARA

Komen artikel di Blog DrKhir
di http://www.drkhir.com/2008/06/antara-undi-tidak-percaya-dan.html

Salam Perjuangan

Jikalau diteliti melalui peraturan perjalanan perlimen seperti yg DSKT nyatakan peluang amat tipis sekali untuk melakukan undi tidak percaya berkenaan.

Namun bagi kami rakyat "marhean" yg mengikuti perkembangan politik amat berharap agar usaha ini memberikan satu cetusan minda dan perubahan dalam tapuk pemikiran PM dan penasihat beliau agar mendengar suara akar umbi rakyat yg mahukan perubahan. Tidak mustahil mereka akan tumbang atau digulingkan.

Mungkin tidak berjaya namun benih usaha untuk melakukan undi tidak percaya ini telah bermula an tidak mustahil dengan perancangan teliti oleh gabungan MP BN dan PR pada sesi akan datang akan menjadi kenyataan.

Benar mungkin ini taktik bagi mengalih perhatian semua kepada fokus mempelbaiki budget negara terutama dalam berhadapan situasi ekonomi mencabar ini. Tetapi seperti kata DSKT MP harus insaf dan bersedia bahawa inilah masa paling sesuai untuk berbahas dan berjuang demi kebajikan dan memperlbaiki keadaan negara sekarang.

Jika nak berpolitik tidak mengapa teruskan kerana sebahagian besar rakyat golongan marhaen amat dahagakan perubahan kepimpinan kerajaan.

Tapi Jangan dilupa tanggung jawab MP berjuang dan menghasilkan keputusan di dewan rakyat yang membawa kebaikan pada rakyat.

Harus ditekankan bukan perubahan kerajaan dipinta tetapi pucuk pimpinan kerajaan. Usah biarkan hati kami golongan marhaen ini terus terluka dan dilukai oleh kepimpinan kerajaan. Bimbang kalau marah dan benci kerana sayang ini akhirnya bertukar menjadi kebencian yang benar-benar mendalam yang mungkin tidak dapat diubati lagi.

Waktu itu... Peluang untuk berundur secara terhormat dan bermaruah akan hilang sama sekali sebaliknya pucuk pimpinan bersama penasihat-penasihatnya akan tersungkur, dipinggir lantas dibuang dari tapuk pimpinan dengan penuh kehinaan dan keaiban.

Petanda kejatuhan dan keretakan tiang yang menyokong organisasi BN telah pun kelihatan mungkin tanpa menunggu PRU 13 akan berlakunya tsunami yang diramalkan oleh TDM yg bakal mengejutkan kita.

Saya pasti tersungkurnya BN nanti akan dikenang dan di bukukan dalam sejarah yang memalit aib kepada keluarga, anak, cucu dan generasi pucuk pimpinan kerajaan yang berkenaan yang menyebabkan keruntuhan ini.

Akhirnya kita akan berfikir yang mana itulah manusia... sebaik-baik keturunan beragama, sebaik insan yg digelar "bersih" dan memiliki ilmu Islam yang dalam (hadhari) akhirnya tidak mampu menahan godaan dunia, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan mementingkan keturunan serta "penasihat". Itulah godaan yang maha hebat selaku pemimpin dan tidak dapat di elak.

Disebabkan tidak mampu menahan godaan itu maka sanggup pucuk pemimpin itu menggadaikan kestabilan serta meruntuhkan legasi suci pejuang negara hanya demi kedunian, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan keturunan serta "penasihat".

Moga Allah kurniakan taufik, hidayah dan membuka hatinya agar rela berkorban demi kesejahteraan dan kebahagiaan generasi kita yang mendatang dengan berundur dengan bermaruah...
Renung-renungkan, Selamat Berjuang

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Artikel dipetikdari sumber berikut http://umnodu.blogspot.com

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12.

Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini?

Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?Dan apakah tindakan seterusnya? Tiada respon segera. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain. Jangan sampai ugutan menjadi realiti.Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.rocky's bru: Personal greed, says Badawi

Tuan Penasihat! Tuan Penasihat! Apa saya nak buat??!!!!

Petikan adalah dari sini http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

"Tuan penasihat, tuan penasihat, apa sudah jadi?," Tuan Sadiq Sigaraga mendesak-desak setelah mengetahui SAPP mengeluarkan kenyataan tiada keyakinan.

"Sabar Tuan Sadiq, sabar Tuan Sadiq, ini semua hanya permainan saja.

"Itulah kau. Aku sudah mahu mengundur, tetapi engkau tahan-tahan. Kalau aku mengundur, bukankah aku nampak terhormat!""Kita tidak boleh buat kerja terburu-buru. Saya pasti kita boleh tangani ini semua. Kita telah jumpa mereka dan kasi jawatan. Sekarang kita tawarkan macam-macam lagi yang lain. Jangan lupa tuan, anak tuan dan sepupu isterinya banyak hutang," ujar Kassim Pantalon, lawyer kaki belit yang juga penasihat Sadiq Sigaraga.

"Apa kita hendak buat?""Itu senang sahaja. Kita jumpa semua ketua-ketua cawangan. Kita pujuk baik-baik. Suruh mereka datang Putrajaya. Kita kasi tikar sembahyang dan kain. Selokkan duit yang berjasa RM50, 100. RM150 dan RM200.

"Bagi masaalah Sabah, kita tawarkan jawatan Pengerusi Dewan, kita tawarkan jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Bangku Belakang, dan kita tawarkan ....."Belum habis Tuan Penasihat memberi cadangan, kerani Tuan Saddiq mengetok pintu.

"Masuk!" suruh Tuan Saddiq."Tuan Sadiq, kita kalah dalam keputusan mahkamah. Sanglang kena pilihanraya kecil. Kuala Kangsar dan Kulim pun dijangka pilihanraya kecil. Anwar, Saudagar Minyak Jub Jub pun dah mahu bertanding.

"Botak kepala aku, Tuan Penasihat. Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan pun saya kena balun. Ini hendak jumpa rakyat bawah. Baru nak selesaikan satu masaalah, sudah datang menimpa lagi masaalah-masaalah lain. Macam mahu menang pilihanraya kecil? Ini semua kamu punya pasal, Kassim Pantalon!

" reaksi Sadiq sudah agak marah."Sabar Tuan Sadiq, jangan marah nanti kita kena jual.""Ini semua pasal Ghasidah, kahwin dengan suami tak guna!"

Dalam tidak semena-mena, timbul Abdul Wahub dari belakang pintu, "Ayahanda marah?"

Wow! Selagi tak undur si tua kerepot, lagi sial negara aku.

DETIK PERUBAHAN TELAH BERMULA


Isu politik pengaruhi pasaran saham
Barisan Nasional,BN. Isu politik pengaruhi pasaran saham. KUALA LUMPUR 18 Jun - Bursa saham tempatan hari ini menyaksikan kejatuhan sebanyak dua angka disebabkan harga minyak yang kekal tinggi dan ketidaktentuan dalam senario politik di negara ini.Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) m 19/06/2008 - size 2102 bytes

Teck Lee mengaku jumpa Anwar
KOTA KINABALU 18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengakui mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hong Kong dan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pakatan Rakyat akan sokong usul
SHAH ALAM, 18 Jun - Pakatan Rakyat akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DUN Sanglang diisytihar dikosongkan
KANGAR 18 Jun – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Abdullah Hassan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dikosongkan.

Soon Bui, Majimbun ikut pendirian parti
KOTA KINABALU 18 Jun - Dua Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) menyatakan sokongan mereka terhadap pendirian Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee yang mengumumkan SAPP hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemilihan cawangan UMNO mungkin ditangguh
KUALA LUMPUR 18 Jun – UMNO mungkin menangguhkan pemilihan peringkat cawangan parti itu yang dijadualkan pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang diadakan di Perlis.

BN sokong Abdullah - Semua pemimpin komponen berdiri teguh belakang Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 18 Jun – Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan sokongan padu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan berjanji akan berdiri teguh di belakangnya jika terdapat usul mencabar kepimpinan beliau di Parlimen.

Teck Lee tamak – PM
PUTRAJAYA 18 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan “saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.”

Siapa Yong Teck Lee?
KOTA KINABALU 18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, 50, melalui liku-liku perjalanan politik yang panjang selepas menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985.

Wakil rakyat lain tidak ikut SAPP – Bung Moktar
KUALA LUMPUR 18 Jun – Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengugut mahu mengemukakan usul tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan diikuti oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah yang lain.

Dolah dan Najib Muafakat?


Petikan dari sini http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/
Perbualan Dolah dan Najib yang hanya didengari Zubli Zainordin

Dolah: You ni tanya banyak kali. I fed up. You mai sat kita bincang dan tentukan.
Najib: Bukan I, orang lain desak.
Dolah: You tak usah dok dengaq depa tu. You mai laa, kita tentukan.
Najib: Okay...
Dolah: You tak sabaq dah ka?
Najib: I okay, bila-bila pun you suka, I terima.
Dolah: I ni bukannya nak jadi PM selama-lamanya. Bukan 22 tahun. I lain.
Najib: I faham...
Dolah: Tak kan lah I bodoh sampai tara tu.
Najib: Baiklah, bila?
Dolah: 2 PRU lagi...
Najib: (tercengang!)
Dolah: Awat, you tak suka ka?
Najib: Bukan, err, boleh diskaun tak?
Dolah: You cadang bila?
Najib: Sebelum Disember 2008?
Dolah: Mana boleh...tak dapat 2 per 3 majoriti pun I masih menang, semua orang masih sayangkan I. Apa I buat, rakyat suka.
Najib: Itu betul.
Dolah: Kalau betul, you tunggulah, bila I sebut tarikhnya, I bersara, you naiklah jadi PM pulak.
Najib: Bila?
Dolah: Nanti I umumlah.
Najib: Baiklah...
Dolah: Jadi boleh I kata, I telah mencapai permaufakatan di antara you dengan I.
Najib: Boleh, I tak akan lawan you. You kekallah PM selama yang you suka.
Dolah: Okay, kita akad noo...
Najib: Baiklah.

fikirkan kisah seterusnya.......

Wednesday, June 18, 2008

Air Oh Air Selangor

Salam Perjuangan

Memerhatikan isu ini, bagi saya adalah hanya satu tindakan porpulist oleh pihak opurtunist yg mengambil peluang dari sikap rakyat yang suka perkara percuma.

Apakah dengan memberikan air ini dapat meringankan beban rakyat? atau sebaliknya menghakis sikap berjimat cermat dan kesedaran akan tanggungjawab mereka sebagai warga selangor yang bertanggungjawab...

kata org tua-tua "kalau kita berikan org lapar itu ikan maka ikannya akan habis dan dia kembali lapar tetapi jika berikan ilmu menangkap ikan, selamanya dia akan tahu cara untuk berusaha mengisi perutnya"

Mendidik sikap, kesedaran dan mentaliti masyarakat bagi saya adalah yg terpenting... kesedaran dan rasa tanggungjawab serta disulami sikap berjimat cermat adalah lebih membantu. Dengan air percuma ini tidak mustahil mereka akan menjadi lebih boros dan tidak endah akan penggunaan air... dan mungkin sikap ini akan terbawa-bawa dalam aspek kehidupan lain... akhirnya melatih mereka untuk boros dan memiliki sikap endah tak endah.

Selain itu duit sebanyak itu hasil pampasan kerajaan Khalid kepada SYABAS kerana air percuma sebenarnya boleh disalurkan dalam bentuk lain dengan fokus kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Mungkin dlaam bentuk bantuan wang ringgit utk emngurangkan kos kehiduoan atau bantuan lain yang difikirkan sesuai. ini tidak kerana semua tidak kira kaya dan miskin dapat kemudahan ini yg saya percaya golongan kaya dan berada tidak memerlukan langsung air subsidi ini.

Pengajarannya... sebagai pemimpin kita haruslah bersikap memandang jauh kehadapan bersama kesan dan akibat tindakan kita... bukan hanya mahu menjadi terkenal dan mendapatkan sokongan. Kita harus berfikir lebih dari itu dengan memiliki misi dan visi serta hala tuju jelas kemana kita mahu bawa arah kepimpinan kita dan rakyat yang dipimpin. Sebagai pemimpin yang baik kita harus merubah dan menerapkan ciri yg dapat emningkatkan kualiti masyarakat bukan menyebabkan kejatuhan kualiti itu...

Kerajaan Selangor baru renung-renungkanlah... Amanah Allah ini harus anda penuhi yg pastinya akan dipersoalkan di akhirat nanti terimalah dengan rasa redha dan rendah hati menginsafi akan amanah ini... bukan demi kepentingan diri.

Renung-renungkan, Salam perjuangan

Friday, June 6, 2008

PENDEDAHAN TUN KES SALLEH ABBAS

Petikan komen di blog che det:
sila click di sini untuk membaca fakta sebenar Kes Pemecatan Salleh Abbas
http://test.chedet.com/che_det/2008/06/the-tun-salleh-saga.html

Salam Perjuangan,

RINGKAS, TEPAT DAN PADAT... akhirnya setelah meneliti kedua-dua fakta yang dikemukan dan saya membuat perbandingan cerita dengan cerita TDM terbukti punca sebenar pemecatan adalah dari Tun Salleh sendiri...

Moga TDM kalau dapat cetak dalam bentuk pamplet dan edar keseluruh pelusuk negara untuk membersihkan nama TDM... yang semamngnya tindakan Kerajaan... diulangi kerajaan bukan TDM bertepatan dengan prinsip perlembangaan.

Bagi kerajaan PLah sekarang... apa sudah jadi... nampaknya barisan pemikir dan strategis PLah sekali lagi tersilap percaturan... usaha untuk mempopularkan PLah akhirnya memakan diri... samalah dengan bebarapa isu lain sebelum ni yg akhirnya back-fire balik pada Kerajaan...
inilah akibat PLah tak semak fakta dan bukti sebenar dgn teliti asyik dipengaruh oleh budak mentah politik dan penasihat dungu disekelilingnya...

Pemimpin yang sebegini tidak harus dikekalkan kerana membawa kerosakan dan perpecahan serta ketidak stabilan pada negara...

Harap TDM dapat buat satu perhimpunan raksaksa di putrajaya desak PLah berundur. saya dan rakan-rakan bersedia memberikan sokongan... apakata kita namakan perhimpunan ini dengan nama "PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT" muat rasanya putrajaya untuk menerima sejuta penyokong tun dari seluruh negara...

Akhirnya saya mendokan agar tun kekal sihat dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT... moga akan lahir seorang pemimpin seperti TDM demi memimpin generasi mendatang nanti... Amin ya Allah.

Renung-renungkan selamat berjuang

Pengorbanan Demi Kestabilan

Salam Perjuangan...

Gigi dan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri... perselisihan dan "bergaduh" mustahil lah tidak terjadi inikan suami isteri apatah lagi keterlibatan dalam politik...

Allah SWT dalam Al-Quran dan beberapa hadis nabi membenarkan perselisihan dan pertelagahan pendapat dalam usaha mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan kemaslahatan ummat dengan syarat tidak membawa perpecahan dan kerusakan kepada masyarakat ISlam yg membawa kepada kelemahan dan ruang musuh Islam.

Dalam bab ini... gaduh dan berselisih hal kepentingan negara bukan soalnya tetapi suasana ketika ini yang mana perbuatan menegur kepimpinan negara dilihat seperti melakukan doa yg amat besar. Wal hal pada zaman pemerintahan sahabat dan kulafah-Ar Rashidin dulu perbuatan menegur secara terbuka bukan menjadi kesalahan dan pimpinan akan menerima teguran dengan hati yg terbuka seterusnya mempelbaiki pemerintahannya berdasarkan teguran-teguran yg di buat...

Zaman moden ini, insan yg dilihat mewarisi darah golongan ulama, berimejkan bersih dan kelihatan beriman takkanlah tidak memahami dan terbuka berkaitan perkara ini. Sepatutnya sebagai insan yang merasakan dirinya lebih kamil dan memahami pelbagai cabang pengetahuan Islam hingga lahirnya Islam Hadhari tidak mampu memahami keadaan ini atau sifat EGO, perasaan UJUB dan meninggi diri sudah menguasai diri hingga merasakan diri telah terlalu sempurna hingga tidak boleh ditegur.

Pelbagai kaedah digunakan bagi menyekat suara-suara teguran sama ada diperingkat bawahan hingga keatasan. Dari cawangan hingga MT diberikan arahan tertentu yg memfokus supaya presiden dijunjung dan didewakan... paling penting tak boleh di tegur... Ugut nak ambil tindakanlah... lucut jawatan lah... tarik balik projek lah... ugut dedahkan melalui BPR... ha macam mana org tak takut... macam mana suara teguran itu ingin sampai... menyebabkan PLah buta hati dan minda sbb disogokkan berita enak oleh org2 berkepentingan disekelilingnya... masalahnya PLah tau mau dgr cakap org lain... tak petul, tak boleh dipercayai yg boleh dipercaya i hanya "sahabat2", budak tingkat 4, anak dan menantu... akhirnya rosaklah negara akibat kelemahan PLah...

Jadi salahkah jika satu perjuangan berteraskan merubah keadaan ini agar negara lebih aman dan makmur tanpa memperjudikan masa depan negara dengan risiko tumbangnya kerajaan sekarang akibat kelemah PLah... kalau PLah patriot sejati sudah pasti dia memikirkan kedudukannya semula yg mungkin disebabkan kepimpinannya kerajaan tumbang seterusnya apath nasib melayu islam dibawah kepimpinan berteraskan Kafir Harbi DAP??? waktu itu sudah terlambat waima menangis air mata darah pun tidak akan dapat mengembalikan hak dan maruah kita... mungkin jadilah nanti Melayu Islam Malaysia seperti hina dan tertekannya Melayu Islam di Singapura...

Atau kita lebih rela memejamkan mata dengan sebarang kemungkinan yg mungkin berlaku di masa depan atas sbb sogokan dan hujan kemewahan yang di taja oleh tangan-tangan busuk yang lebih rela menggadaikan masa depan negara demi memenuhkan mulut, perut dan kepuasan bawah perut...

keadaan kritikal kini... BN dan UMNo tidak seutuh dahulu... rakyat juga kini tidak meletakkan kepercayaan ditahap terbaik pada kerajaan BN... MP dalam BN juga goyah... apakah usaha merawatnya merupakan perjuangan yg sia-sia... kajilah akhirnya faktor ketidak stabilan negara, BN dan sebala-galanya datang akibat kelemahan dan salah keputusan serta dasar pemerintahan yang diputuskan PLah... oeleh itu jika tanpa PLah keadaan ini dapat di pulihkan mengapa tidak kita berkorban dan merasa kepahitan sekali ini daripada merasakan kepahitan buat selama-lamanya....

Teguh dan yakinlah dengan gelombang perubahan ini... bukan kita mahu menjadi Jebat, waima perusak perpaduan hanya perubahan pucuk pimpinan yg menyebabkan kita berpecah sebegini... berubahnya kepimpinan bakal menyatukan semula Melayu ISlam dan UMNO dan membawa kestabilan semula kepada ekonomi dan negara... amin
Renung-renungkan selamat berjuang

Sebagai BOS Rakyat pula sengasara...

Salam perjuangan...

Siapapun akan kecewa dengan kenaikan ini yang begitu mendadak dan dilihat dibuat dengan begitu terburu-buru... sekelip mata tanpa makluman awal atau hint terus pengumumuan di buat... "saya PLah PM selamanya dengan amat gembiranya menaikkan harga minyak Malaysia sbb kerajaan nak beli makanan... duit dah makin tak ada ni... faham2lah" sekian dari PM PLah.

Adakah kerajaan tidak merancang dnegan teliti dan melakukan kajian menyeluruh sebelum mengambil inisiatif ini. Dengarnya budak tingkat 4 yang "come out" dgn penyelesaian ini dan berhasil dengan keputusan tangkap muat perbincangan dan "brainstorm" kurang 2 minggu.

Mungkin sahabat akrab dan kroni-kroni PLah tak mengapa sbb masing2 dah kaya raya dan byk duit tp org susah dan miskin di pendalaman dan kampung2 apa citer? cukup ke dengan levi yg bakal diberi kerajaan tu? rasanya pembuat dasar dan pemikir PLah tak cukup bijak dan tak layak menjadi penasihat sbb rasanya di luar sana ada lagi bakat yg boleh memberikan cadangan penyelesaian lebih baik dan bernas...

Ada beberapa persoalan...

1. kenapa perlu tiba2 naik dgn tinggi dan mendadak... kenapa tidak berperingkat demi mengurangkan impak tekanan kepada rakyat.

2. kenapa umum tiba2 kenapa tak bagi saja tarikh kenaikan itu seminggu awal agar rakyat dapat merancang atau tak bagi tarikh tappi mention la bulan ke minggu bila nak naik.

3. Kerajaan tak ada duit sgt ke masa ni sampai tiba-tiba terpaksa buat begitu... atau income kerajaan sekarang tak begitu byk berbanding zaman TUN... tu yg tak boleh cover... yelah dasar dan perancangan ekonomi hancus... Dengar koridor-koridor yang PLah gila pi rasmi tu dpt jana berbilion-bilion Dollah ha mana duit tu??? guna lah untung cover subsidi minyak.

4. Zaman TUN kerajaan lebih rela melaksanakan pendekatan agar tekanan sebegini atau perkara yg bakal membebankan rakyat diserap dan ditanggung kerajaan tanpa rakyat merasa impak terus... kini kerajaan lebih rela rakyat sngsara dari menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya... setuju tak Penasihat2, Pemimpin2 dan PM kini kurang bijak dan bukan yg terbaik bagi memerintah negara??? TUKAR...

Kerajaan dan konco-konconya boleh jajalah statistik ke... data mana pun... yang penting harga minyak tetap naik... dan beban rakyat kini makin menigkat. Faham atau tak kenapa minyak naik hanya penyejuk hati seketika...namun sesuap nasi untuk isteri anak-anak tetap perlu dicari... itu yg sengsara sbb minyak oh minyak..

lagi satu kita bincang pasal "KUASA BELI" Kenapa zaman TDN dulu subsidi ini amat dititik beratkan... sbb perbezaan kuasa beli... katakan kita apung harga minyak negara ikut dunia contah harga minyak dunia 1.00 dollar dan di malaysia kita tukar dalam ringgit katakan RM 3.36. apakah kuasa beli RM 3.36 dapat menyamai kuasa beli USD 1.00. jawapannya TIDAK... dengan USD 1.00 kita mampu dapat barang lebih di US berbanding RM 3.36 di malaysia. so siapa yg lebih terbeban dengan kenaikan harga minyak kalau harga minyak di apungkan sama harga pasaran dunia di US atau Malaysia ... jawabnya Malaysialah... jadi subsidi minya masih relevan dan adalah satu keperluan Di Malaysia...

Sebagai kerajaan yang baik tidak perlu lah mengheret rakyat untuk menanggung bebanan dan kesengsaraan akibat harga minyak ini. Kita rakyat yang membayar cukai dan memilih kerajaan... PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan dibayar gaji dan ditanggung oleh duit pembayar cukai kami rakyat... kalau nak ikutkan rakyatlah BOS kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan sebab kami rakyat yang memenangkan PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan. Sebagai BOS, rakyat tidak mahu tahu jalan penyelesaian yang mesti ditanggung PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan yang pasti kita mahu keputusan... keputusan itu mestilah tidak membebankan rakyat selaku BOS... ada ke BOS kene menanggung kepayahan akibat ketidak cekapan org yang digajinya sebagai contoh PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... sebagai BOS kalau kita tidak puas hati kita boleh pecat atau buang je orang yg kita bayar gaji tapi tak boleh nak perform macam PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan ni...
Ingatan kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... kamu semua bukan apa hanya org yang bertuah dipilih untuk menjaga amanah rakyat... sbb rakyat bagi mandat masa PRU 12 dulu... jangan suka hati sgt, sbb bila-bila masa shj jawatan itu Allah mampu tarik... patutnya PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan zuhud dan muhasabah diri dalam mentakbir negara tapi tidak dok sibuk kumpul harta dan ambil kesempatan dari jawatan yg dipegang... kesimpulan mudah... dari sakit hati dan nasib rakyat tak terbela baik kita bersatu kita TUKAR PEMIMPIN... itu saja jalan pemyelesaiannya... dan dapat memberi pengajaran bagi yg gila kuasa dan pangkat...

renung-renungkan selamat berjuang

Thursday, June 5, 2008

Minyak Oh Minyak

Petikan dari komen di blog che det : arikel "oil"

Salam Perjuangan...

Saya amat terharu dan sedih atas komen Corpetro said...
Antara komen beliau yang begitu menyentuh hati saya "saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan.... itu minyak harga rm1.92 je....dengan rate skrang ni rm 2.70mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

Isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis... terima kasih kerajaan malaysia...."

Ini baru sekelumit kisah yang dihadapai akibat kenaikan harga minyak ini... saya pasti terlalu byk yg menghadapi kesukaran dan keperitan hidup akibat keadaan ini...
Entah lah apa yang harus kita lakukan... selain drp berjimat dan cuma mengaturkan hidup kita sebaiknya dengan menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang...

Namun keadaan ini adalah hasil "KEBIJAKSANAAN" PM kita sekarang yang mana mahukan rakyat menanggung kesusahan bersama kerajaan. Amat berbeza sekali di zaman TDM yang mana kerajaan waktu itu rela menanggung susah demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat... kerajaan sanggup melaksanakan ikhtiar lain tanpa memberikan kesan terus pada rakyat... tapi sekarang kerajaan lebih rela menyusahkan rakyat dari menanggung dan memikirkan jalan keluar masalah ini...

SAYA, RAKAN-RAKAN DAN PASTINYA RAKYAT MALAYSIA KESEMUANYA baik pembangkang atau penyokong kerajaan jauh di sudut hati pasti MERINDUI DAN MENGENANGKAN BETAPA MAKMUR SERTA STABILNYA SEWAKTU PEMERINTAHAN TDM...

Ya Allah moga akan lahir seorang pemimpin yang memiliki dan mewarisi kebijaksanaan, ketajaman akal fikiran dan ketokohan seperti TDM semoga Malaysia terus Aman, Maju Dan Makmur seterusnya selamat demi masa depan generasi kita yang mendatang...

TDM saya mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yg panjang agar TDN terus dapat membela kami rakyat malaysia... BANTULAH KAMI...
Renung-Renungkan, Salam Perjuangan

Pengkhianat.. TDM? EZAM? PENULIS?

Petikan komen dalam
kpmu.net : Mahathir seperti tuhan masa depan
malaysia hari ini : Mahathir tuhan masa depan
Salam Perjuangan,

Memetik tulisan di artikel ini ” LEBIH baik dilihat menjadi katak daripada dikenali sebagai pengkhianat parti kerana maruah seorang pengkhianat lebih hina dan busuk daripada seekor katak dan katak kadang-kadang harganya di pasaran lebih tinggi daripada seekor khinzir ataupun kambing dan itulah frasa yang sesuai untuk menyanggah kenyataan Tun Mahathir apabila mengulas kemasukan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO.”

Nak tanya ni siapa pengkhianat yg dimaksudkan Tun, Ezam atau Penulis???

TDM..... Benar ke Tun mengkhianat parti? Tun mahu membetulkan keadaan dalam parti dengan cara keluar dari parti kerana tidak ada satu saluran pun melainkan cara ini sbb cara perbincangan atau demokrasi sudah disekan dari dalam UMNO sendiri. Kenapa perlunya parti dibetulkan sbb byk foktor yg memberikan imej buruk UMNO dan lemahnya pemimpin atasan terutamanya PLah adalah faktor utama yg mneyebabkan kalahnya BN dalam PRU12 dan dijangkakan kalau PLah tak mau berundur sebelum PRU13 akan runtuhnya kerajaan BN dan kerajaan campuran baru akan terbentuk yg mana tidak lagi mendokong Melayu dan Islam yang amna dasarnya akan lebih liberal dan kaum melau dan Agama Islam akan di tekan mungkin nasib bangsa melayu akan ajdi seperti melayu Singapura. Tak pentingkah semua ini??? anak cucu tuan penulis apa kan jadi nanti bila perkara ini berlaku??? TDM juga mengeluarkan kenyataan beliau ahli yg keluar jangan menyertai parti lain sebaliknya masuk semua UMNO selepas pucuk pimpinan berubah… Sejarah dan sumbangannya kepada Negara juga tidak boleh dipertikaikan jadi bertepatank e istilah Pengkhianatan pada TDM… jagan kurang ajar… pastinya TIDAK.

Ezam… YA dan jelas ezam pengkhianat yang mungkin kini terus menjadi pengkhianat dengan menjadi kuda trojan kepada UMNO atau kembali menjilat ludahnya dengan bertaubat kembali pada UMNO. Ezam lah individu yg menggerakkan REFORMASI dan kekacauan serta ketegangan tahun 1999. Yang mana gerakan yang dipelopor Ezam melahirkan PARTI KEADILAN yang kini adalah kuda tunggangan Anwar@CIA@Yahudi yang memporak perandakan negara dan meracun rakyat dengan kepercayaan demokrasi bebas yang menjahanamkan negara dan mengkakis kepercayaan antara kaum... kajilah terbukti Ezamlah penyebab ANWAR dibebaskan dan kini berkempen memburukkan Malaysia demi mendapat kekuasaan... kesimpulannya Ezam lah insan yang menyebabkan pergolakan kuasa dan ketidak stabilan negara kini yang telah dimulakannya bermula tahun 1999 lagi... ha sekarang terbukti EZAM boleh digelar PENGKHIATAN atau BEKAS PENGKHIANAT.

Penulis... siapa penulis??? saya tak kenal pun... tapi kalau seseorang itu melakukan tindakan atau usaha serta terlibat menyumbangkan ke arah melemahkan dan menjahanamkan Islam, Melayu dan Malaysia pastinya mereka-mereka itu boleh digelar PENGKHIANAT. Menilai dari tulisan tuan yang pro kepada pucuk pimpinan UMNO PLah mungkin boleh disimpulkan penulis sebahagian dari pengkhianat juga kerana menyokong pemimpin yang menggunakan tangan-tangan busuk dan jijik untuk terus berkuasa walaupun dia tahu dengan dia kekal berkuasa mungkin bakal mengakibatkan Islam, Melayu dan keistimewaannya kan tergadai akibat runtuhnya kerajaan pimpinannya nanti... kononnya mencari damai abadi tapi untuk keluaraga dan diri kekuasaan dan harta di cari. bukan satu rahsia satu Malaysia sudah tahu tingkah laku Plah... dan cara hidupnya yang kebaratan walaupun berimejkan imam hadhari... kalau itupun penulis tidak mampu lihat dan nampak jalan yg sebenar atau pun nampak tapi demi kekuasaan dan harta masih sanggup menyokong dan menegakkan kebathilan ini... layaklah penulis digelar PENGKHIANAT...

Akhirnya mengata dulang paku serpih... mengata orang rupanya tuan yang lebih... Renung-Renungkan selamat berjuang.

JALAN MERUBAH UMNO???

Komen dalam rembau.net artikel selamat pergi dan selamat kembali

Salam Perjuangan,

KJ kata "Parti kita ada proses pemilihan tersendiri. Kalau tak suka kepada pemimpin proses ini perlu diguna untuk mencapai perubahan. Bukannya dengan tindakan keluar parti yang boleh menganggu kestabilan UMNO dan menguntungkan pembangkang." dia katalah...

Amat bertepatan sekali cadangan KJ tu... pasti KJ cerdik sbb bg cadangan untuk jatuh kan PLah... oleh itu mari sahut seruan KJ kita sama-sama pakat dari peringkat cawangan untuk undi dan naikkkan perwakilan ke bahagian yang akan mengundi untuk menolak PLah, kemudian perwakilan di bahagian kena undi dan naikkan perwakilan ke PERGONG yang juga akan mengudi utk tolak PLah... pastu sure PLah tumbang sbb tak dapat undi masa PERGONG... misi berjaya

Idea yg bernas... teringat modus operanti Anwar Brahim masa dia gila jawatan dan nak naik cepat dalam UMNO dulu... dari cawangan ke bahagian dan PERGONG semua perwakilan di peringkat tersebut Anwar Brahim berjaya letak orgnya.... so masa PERGONG takda masalah dia nak tumbangkan Ghafar ke... malah TUN hampir jadi mangsa nya... tp kunci kekuatan Anwar Brahim dpt buat camtu sbb dia ada byk Duit... so KJ tak nak support gerakan jatuhkan PLah ke... line lama Anwar Brahim still wujud dlm UMNO... i'm sure kita boleh guna line dan contact person tu buat team WAH WAH SON ke dua... dan wujudkan gelombang "blue" untuk ubah dan jatuhkan PLah...

Tapi PLah ada sikit cerdik juga... nak ubah dari cawangan then bahagian pastu PERGONG macam mana kalau ketua cawangan, ketua bahagian dan badan perhubugan negeri serta MT diberikan arahan tertentu yg memfokus supaya presiden dijunjung dan didewakan... paling penting tak boleh di tegur... macam dah jadi tokong Hadhari Keramat... Ugut nak ambil tindakanlah... lucut jawatan lah... tarik balik projek lah... ugut dedahkan melalui BPR... ha macam mana org tak takut... macam mana demokrasi nak dijalankan...

Ko master mind PLah sure ko dah menutup lompang peluang untuk jalan perubahan ini berlaku tu yg ko berani dedah dan minta semua melakukan perubahan kononnya melalui demokrasi kononya dalam UMNO... sudahlah...

kalau ikutkan hati ramai yg nak berpaling tadah dan bawa maklumat RAHSIA UMNO ke parti pembangkang tp kami masih sygkan UMNO... kami marah dan benci sbb kami sayang... hanya iman dan perasaan patriotik menahan diri kami dari meninggalkan UMNO kerana percaya wadah dan warisan UMNO inilah yg mampu membela agama bangsa dan negara...

Tapi sampai bila kami boleh bertahan... manusia pasti ada batasnya... sampai bila kami boleh bertahan melihat tangan-tangan busuk dan wajah-wajah jijik menaungi UMNO dan merosakkannya... menyaksikan batang tubuh bangsat menjual dan membenarkan martabat bangsa dan Islam di hakis... balasan tuhan pasti akan tiba buat mereka yg mengkhianati amanah rakyat terutama pemimpin dan penasihat-penasihat serta konc0-konco mereka...

Renung-renungkan... selamat berjuang
UMNO perlu diubah...