Salam Perjuangan
Memerhatikan isu ini, bagi saya adalah hanya satu tindakan porpulist oleh pihak opurtunist yg mengambil peluang dari sikap rakyat yang suka perkara percuma.
Apakah dengan memberikan air ini dapat meringankan beban rakyat? atau sebaliknya menghakis sikap berjimat cermat dan kesedaran akan tanggungjawab mereka sebagai warga selangor yang bertanggungjawab...
kata org tua-tua "kalau kita berikan org lapar itu ikan maka ikannya akan habis dan dia kembali lapar tetapi jika berikan ilmu menangkap ikan, selamanya dia akan tahu cara untuk berusaha mengisi perutnya"
Mendidik sikap, kesedaran dan mentaliti masyarakat bagi saya adalah yg terpenting... kesedaran dan rasa tanggungjawab serta disulami sikap berjimat cermat adalah lebih membantu. Dengan air percuma ini tidak mustahil mereka akan menjadi lebih boros dan tidak endah akan penggunaan air... dan mungkin sikap ini akan terbawa-bawa dalam aspek kehidupan lain... akhirnya melatih mereka untuk boros dan memiliki sikap endah tak endah.
Selain itu duit sebanyak itu hasil pampasan kerajaan Khalid kepada SYABAS kerana air percuma sebenarnya boleh disalurkan dalam bentuk lain dengan fokus kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Mungkin dlaam bentuk bantuan wang ringgit utk emngurangkan kos kehiduoan atau bantuan lain yang difikirkan sesuai. ini tidak kerana semua tidak kira kaya dan miskin dapat kemudahan ini yg saya percaya golongan kaya dan berada tidak memerlukan langsung air subsidi ini.
Pengajarannya... sebagai pemimpin kita haruslah bersikap memandang jauh kehadapan bersama kesan dan akibat tindakan kita... bukan hanya mahu menjadi terkenal dan mendapatkan sokongan. Kita harus berfikir lebih dari itu dengan memiliki misi dan visi serta hala tuju jelas kemana kita mahu bawa arah kepimpinan kita dan rakyat yang dipimpin. Sebagai pemimpin yang baik kita harus merubah dan menerapkan ciri yg dapat emningkatkan kualiti masyarakat bukan menyebabkan kejatuhan kualiti itu...
Kerajaan Selangor baru renung-renungkanlah... Amanah Allah ini harus anda penuhi yg pastinya akan dipersoalkan di akhirat nanti terimalah dengan rasa redha dan rendah hati menginsafi akan amanah ini... bukan demi kepentingan diri.
Renung-renungkan, Salam perjuangan
No comments:
Post a Comment