Salam Perjuangan...
Gigi dan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri... perselisihan dan "bergaduh" mustahil lah tidak terjadi inikan suami isteri apatah lagi keterlibatan dalam politik...
Allah SWT dalam Al-Quran dan beberapa hadis nabi membenarkan perselisihan dan pertelagahan pendapat dalam usaha mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan kemaslahatan ummat dengan syarat tidak membawa perpecahan dan kerusakan kepada masyarakat ISlam yg membawa kepada kelemahan dan ruang musuh Islam.
Dalam bab ini... gaduh dan berselisih hal kepentingan negara bukan soalnya tetapi suasana ketika ini yang mana perbuatan menegur kepimpinan negara dilihat seperti melakukan doa yg amat besar. Wal hal pada zaman pemerintahan sahabat dan kulafah-Ar Rashidin dulu perbuatan menegur secara terbuka bukan menjadi kesalahan dan pimpinan akan menerima teguran dengan hati yg terbuka seterusnya mempelbaiki pemerintahannya berdasarkan teguran-teguran yg di buat...
Zaman moden ini, insan yg dilihat mewarisi darah golongan ulama, berimejkan bersih dan kelihatan beriman takkanlah tidak memahami dan terbuka berkaitan perkara ini. Sepatutnya sebagai insan yang merasakan dirinya lebih kamil dan memahami pelbagai cabang pengetahuan Islam hingga lahirnya Islam Hadhari tidak mampu memahami keadaan ini atau sifat EGO, perasaan UJUB dan meninggi diri sudah menguasai diri hingga merasakan diri telah terlalu sempurna hingga tidak boleh ditegur.
Pelbagai kaedah digunakan bagi menyekat suara-suara teguran sama ada diperingkat bawahan hingga keatasan. Dari cawangan hingga MT diberikan arahan tertentu yg memfokus supaya presiden dijunjung dan didewakan... paling penting tak boleh di tegur... Ugut nak ambil tindakanlah... lucut jawatan lah... tarik balik projek lah... ugut dedahkan melalui BPR... ha macam mana org tak takut... macam mana suara teguran itu ingin sampai... menyebabkan PLah buta hati dan minda sbb disogokkan berita enak oleh org2 berkepentingan disekelilingnya... masalahnya PLah tau mau dgr cakap org lain... tak petul, tak boleh dipercayai yg boleh dipercaya i hanya "sahabat2", budak tingkat 4, anak dan menantu... akhirnya rosaklah negara akibat kelemahan PLah...
Jadi salahkah jika satu perjuangan berteraskan merubah keadaan ini agar negara lebih aman dan makmur tanpa memperjudikan masa depan negara dengan risiko tumbangnya kerajaan sekarang akibat kelemah PLah... kalau PLah patriot sejati sudah pasti dia memikirkan kedudukannya semula yg mungkin disebabkan kepimpinannya kerajaan tumbang seterusnya apath nasib melayu islam dibawah kepimpinan berteraskan Kafir Harbi DAP??? waktu itu sudah terlambat waima menangis air mata darah pun tidak akan dapat mengembalikan hak dan maruah kita... mungkin jadilah nanti Melayu Islam Malaysia seperti hina dan tertekannya Melayu Islam di Singapura...
Atau kita lebih rela memejamkan mata dengan sebarang kemungkinan yg mungkin berlaku di masa depan atas sbb sogokan dan hujan kemewahan yang di taja oleh tangan-tangan busuk yang lebih rela menggadaikan masa depan negara demi memenuhkan mulut, perut dan kepuasan bawah perut...
keadaan kritikal kini... BN dan UMNo tidak seutuh dahulu... rakyat juga kini tidak meletakkan kepercayaan ditahap terbaik pada kerajaan BN... MP dalam BN juga goyah... apakah usaha merawatnya merupakan perjuangan yg sia-sia... kajilah akhirnya faktor ketidak stabilan negara, BN dan sebala-galanya datang akibat kelemahan dan salah keputusan serta dasar pemerintahan yang diputuskan PLah... oeleh itu jika tanpa PLah keadaan ini dapat di pulihkan mengapa tidak kita berkorban dan merasa kepahitan sekali ini daripada merasakan kepahitan buat selama-lamanya....
Teguh dan yakinlah dengan gelombang perubahan ini... bukan kita mahu menjadi Jebat, waima perusak perpaduan hanya perubahan pucuk pimpinan yg menyebabkan kita berpecah sebegini... berubahnya kepimpinan bakal menyatukan semula Melayu ISlam dan UMNO dan membawa kestabilan semula kepada ekonomi dan negara... amin
Renung-renungkan selamat berjuang
No comments:
Post a Comment