Thursday, June 19, 2008

Tuan Penasihat! Tuan Penasihat! Apa saya nak buat??!!!!

Petikan adalah dari sini http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

"Tuan penasihat, tuan penasihat, apa sudah jadi?," Tuan Sadiq Sigaraga mendesak-desak setelah mengetahui SAPP mengeluarkan kenyataan tiada keyakinan.

"Sabar Tuan Sadiq, sabar Tuan Sadiq, ini semua hanya permainan saja.

"Itulah kau. Aku sudah mahu mengundur, tetapi engkau tahan-tahan. Kalau aku mengundur, bukankah aku nampak terhormat!""Kita tidak boleh buat kerja terburu-buru. Saya pasti kita boleh tangani ini semua. Kita telah jumpa mereka dan kasi jawatan. Sekarang kita tawarkan macam-macam lagi yang lain. Jangan lupa tuan, anak tuan dan sepupu isterinya banyak hutang," ujar Kassim Pantalon, lawyer kaki belit yang juga penasihat Sadiq Sigaraga.

"Apa kita hendak buat?""Itu senang sahaja. Kita jumpa semua ketua-ketua cawangan. Kita pujuk baik-baik. Suruh mereka datang Putrajaya. Kita kasi tikar sembahyang dan kain. Selokkan duit yang berjasa RM50, 100. RM150 dan RM200.

"Bagi masaalah Sabah, kita tawarkan jawatan Pengerusi Dewan, kita tawarkan jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Bangku Belakang, dan kita tawarkan ....."Belum habis Tuan Penasihat memberi cadangan, kerani Tuan Saddiq mengetok pintu.

"Masuk!" suruh Tuan Saddiq."Tuan Sadiq, kita kalah dalam keputusan mahkamah. Sanglang kena pilihanraya kecil. Kuala Kangsar dan Kulim pun dijangka pilihanraya kecil. Anwar, Saudagar Minyak Jub Jub pun dah mahu bertanding.

"Botak kepala aku, Tuan Penasihat. Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan pun saya kena balun. Ini hendak jumpa rakyat bawah. Baru nak selesaikan satu masaalah, sudah datang menimpa lagi masaalah-masaalah lain. Macam mahu menang pilihanraya kecil? Ini semua kamu punya pasal, Kassim Pantalon!

" reaksi Sadiq sudah agak marah."Sabar Tuan Sadiq, jangan marah nanti kita kena jual.""Ini semua pasal Ghasidah, kahwin dengan suami tak guna!"

Dalam tidak semena-mena, timbul Abdul Wahub dari belakang pintu, "Ayahanda marah?"

Wow! Selagi tak undur si tua kerepot, lagi sial negara aku.

No comments:

Post a Comment