Salam Perjuangan
.
.
Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan beberapa bulan lalu. Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan.
.
Apa yang sedihnya majalah kartun ini dijadikan alat untuk penyebaran dakyah FITNAH pembangkang yang dibuat secara tersirat dan terselindung menggunakan medium usikan dan gurauan kartun. Saya percaya idea dan taktik serta strategi ini diilhamkan pemikir gerak saraf perang saraf dan penasihat "IMPORT" Pakatan Rakyat sebagai usaha mengekalkan sokongan dan momentum rakyat untuk terus "panas" dan terpengaruh dengan isu fitnah berkenaan.
.
Mungkin ada yang kata apa salah ini lawak sahaja... baik cuba bayangkan kalau kartun gambar nik aziz sedang pegang botol arak sebelah kartun Khalid Ibrahim sambil teriak "TAKE-BEER!" menggantikan "TAKBIR" depan 7Eleven di selangor dengan kedua-duanya ditarik telinga oleh kartun Elizabeth Wong yg berpakaian "SEKSA" - menggambarkan PKR & PAS menurut telunjuk DAP... apa perasaan peng-agung Nik Aziz sure marah... begitu juga kami!
.
Berita Kononnya ZUNAR keluar dari Suara Keadilan Akibat mangsa elit dalaman PKR dipercayai palsu kerana agen FBI memberi tahu bahawa berita pergeseran dan mangsa ini direka agar ZUNAR dapat keluar dari suara kedilan tanpa disyaki seterusnya merencanakan agenda dokrinasi pemikiran rakyat menerusi majalah kartun ini... yang mana merupakan usaha gerak saraf perang saraf menjelang PRU 13 nanti... Nak bukti tengok apa isi majalah SUNAR ni :-

1. Memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara. - SAMPAI SEKARANG TIADA BUKTI!!! MANA ANWAR KATA NAK DEDAHKAN BUKTI MANA? FITNAH!

2. Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA. -

3. Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri.
.
4. Kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis tahun 98 dulu...
.Walaupun KDN telah menyerbu pejabat Majalah ini (baca berita disini) namun ini masih tidak mencukupi seharusnya permit pencetakan & pengeluaran majalah ini ditarik (kalau ada). Seterusnya siasatan menyeluruh dilakukan bagi menentukan agenda dan niat sebenar pengeluaran majalah ini yang jelas menjadi alat penyebaran fitnah dan "membasuh fikiran rakyat" agar percaya akan fitnah dan terus menerus membenci kerajaan. Sekira perlu ambil tindakan menerusi akta hasutan, akta cetakan dan kalau melibatkan perancangan dan strategis luar (Agen Perisikan Asing) ISA boleh digunakan...
.
Fikirlah tidak habis-habis pelbagai strategi mengadu-domba dan fitnah diusahakan pembangkang... mana bukti negara kebajikan mereka? apa kebajikan yang telah korang dapat hasil mengundi PKR, PAS & DAP? terutama di selangor, Kedah, Pulau Pinang & Kelantan... Fikirlah atau anda mahu terus hanyut hingga agama bangsa dan engara tergadai ketangan Cina Komunis DAP!
.
Teruskan Perjuangan....






