KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Thursday, December 31, 2009
TABAH MEGHADAPI PERJUANGAN...
Salam Pejuangan...
Pertamanya penulis ingin memohon kemaafan kerana agak lama tidak menulis entry pada blog Idelismalaysia... namun terdapat beberapa kekangan dan urusan yang terpaksa penulis dahulukan demi agama bangsa dan negara... keluarga
Namun apa yang ingin penulis kongsikan adalah betapa kita yang berada di medan perjuangan ini perlu memiliki ketahanan maha hebat, tekad dan niat yang jitu... kerana sesungguhnya dugaan dan ujian Allah merupakan "nikmat" tanda Allah itu menyayangi hambanya... sesungguhnya mehnah dan dugaan berat Allah SWT akan menguatkan diri kita... sama ada kita memiliki ketabahan untuk terus berada dilandasan perjuangan menegakkan kebenaran di jalan Allah ini... atau kita mengalah dan tunduk meninggalkan jalan kebahagian di akhirat ini...
Anak-Anak... Isteri-Isteri... Keluarga... merupakan satu amanah dan juga merupakan satu ujian serta dugaan terbesar buat diri kita... sebagai pejuang sememangnya kita "menempah" dan mencari mehnah itu demi sebuah jalan kebahagiaan yang dirintis bukan sahaja di dunia tetapi juga untuk jalan kebahagian yang abadi di akhirat... kerana kepercayaan kita yang jitu dan kemahuan yang datang dari sudut hati yang amat dalam membuatkan cabaran dan dugaan Allah itu diterima dengan redha dan kita rela dengan takdir dan ketentuan Allah SWT...
Sesungguhnya menegakkan kebenaran itu pahit dan jalannya pasti bukannya mudah... dan insyaAllah dengan ketentuan Allah SWT penulis akan lebih kerap menulis lagi selepas ini...
Buat semua pejuang diluar sana... tetapkan niat mu... tanamkan tekad yang jitu... genggamlah roh perjuangan itu... Allah akan bersama mu... Akhir kalam moga Malaysia dan rakyatnya akan tetap teguh bersatu, makmur, aman dan berjaya serta terus kekal merdeka dengan acuan terbaik identitinya sendiri selama lamanya...
Selamat Berjuang... Salam Satu Malaysia
p/s lirik yang hebat.... carilah MP3 nya... hayatilah liriknya
Sunnah Orang Berjuang - Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, mencurah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
dunia yang fana
atau syurga...
Wednesday, October 7, 2009
FATWA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT - VERSI ISLAM PAS
.
.
.
Monday, October 5, 2009
BAGAN PINANG : TERSERLAH PAS MUNAFIK & KEBANGSATAN PAKATAN RAKYAT
Panas hangat & meriah... tu sahaja ygt boleh digambarkan dalam penamaan calon di Bagan Pinang... penulis yang ada di kalangan penyokong PAS rasa hairan kerana ingatkan berada di penamaan calon di Kota Bharu... sebab semua cakap slang "timur" a.k.a slang german he he he...
Rupanya dengar cerita mereka tercabar sebab masa pengumuman calon PAS hanya 500 org datang berbanding 5,000 semasa BN umumkan calon mereka... so PAS & Pakatan sudah import penyokong dari luar untuk memeriahkan majlis penamaan calon... he he he ingatkan org PAS "zuhud" tp pentingkan dunia gak nampaknya... ISLAM Alat PAS he he he...
lain-lain x nak cerita lah sebab semua dah baca paper... klu nak berita atau khabar fitnah + fakta diseleweng bacalah HARAKAH ke Suara Keadialan... Kalau nak berita biasa-biasa atau pro kerajaan UTUSAN, BH, Metro semua ada... tp nk yg terlus layarilah blog2 ya... he he
Al kisahnya... dulu ada yang tunjuk "barang" kepada puteri - walau dah layut & dah season serta dah berkedut... tapi tak kisahlah sebab dia digelar pengikut parti Allah... sanggup buat macam tu sebab confirm akan masuk syurga Nik Aziz... iskh iskh dosa takpa Nik Aziz kan ada... dengan kawan baik he he
Kemudiannya... ada yang mengganas... bukan maki hamun kata kata kesat dan lucah atau setakat tayang "barang busuk"... dah ada berani buat sentuhan.... ada puteri kena koyak baju... kena baling batu... dicederakan... dipukul... diugut... malah ada yg kena sexual harrasment.... wah! Anwar sudah guna dan tiru psi-war & modus operasi pemuda tahan lasak UMNO yg terkenal kerana "keberanian" dahulu... UMNO dah bubarkan unit ini untuk berubah jadi lebih baik dgn pendekatan berlembut dan mesra... Pakatan? makin jadi jahil pulak... sepatutnya makin lama kita makin maju dan bertamadun... tapi makin lama makin macam binatang pulak penyokong PAS & Pakatan ni... balasan Allah kut he he he...
Terbaru... Di Bagan Pinang,
Tengok pula pengikut PAS... kata org beriman... confirm masuk syurga... sepatutnya mestilah alim (pakai kopiah & berjanggut - alim kucing)... lembut tutur kata... baik budi pekerti dan ciri-ciri lain sebagai pejuang ISLAM... ciri-ciri org beriman dalam Al-Quran boleh dirujuk.... TETAPI!
INIKAH CIRI-CIRI ORANG BERIMAN?
SEKARANG FIKIR LAGI... APAKAH PAS ITU ISLAM???
.
Rakan pemuda dari Kuala Krai diprovok dengan kata-kata kesat mengingatkan beliau mengenai syurga & neraka... namun masih tersenyum...
.
Bukan sahaja tersenyum namun menghulurkan salam... sekarang siapa yang jelas terserlah ciri-ciri sebenar selaku pejuang Islam...
.
PAS & PAKATAN GILA! Dato' Azez ditumbuk penyokong PAS...
.
2-3 org Ahli Puteri UMNO di provok dengan dimaki hamun dengan kata-kata kesat berbaur lucah... hingga duit ditayangkan ke arah muka konon tanda BN dan UMNO main wang... patutke sampai sebegitu... perhatikan tua atau muda perangai sama - macam binatang tak ada adab... walhal ISLAM mengajar kaum wanita adalah kaum yg lemah dan harus dilindungi & dihormati...
PENGIKUT PAS & PAKATAN DAH JADI MACAM BINATANG...
INIKAH WAJAH SEBENAR AGAMA SUCI ISLAM???
ITUKAH SIFAT & PERANGAI ORG BERIMAN YANG ADA DALAM AL-QURAN???
ISLAM TAK UBAH KINI HANYALAH ALAT BAGI PAS...
SEKARANG FIKIRLAH... MANA YANG HAQ... MANA YANG BATIL
SULUH DAN CARILAH CAHAYA KEBENARAN YANG SEBENAR
.
Thursday, October 1, 2009
BAKAL PEMIMPIN TERINGGI MALAYSIA : REALITI
Salam Pejuangan...
Untuk hiburan buat petugas Pakatan Rakyat di Bagan Pinang... inilah wajah bakal pemimpin agung Malaysia yang korang bertungkus lumus cuba naikkan & perjuangkan... BIAR BETUL BEB !!!
.
Wednesday, September 30, 2009
CALON PRK DUN BAGAN PINANG - BIODATA : TAN SRI ISA SAMAD vs ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PROFIL
Nama: Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad
Jawatan: Ketua Umno bahagian Teluk Kemang
Tempat lahir: Sungai Udang, Melaka.
Tarikh: 14 November 1949
Isteri: Puan Sri Hazizah Tumin (meninggal dunia pada 7 Disember 2005).
Anak: 4 (Mohamad Najib, Megawati, Lelawati dan Juhaida)
PENDIDIKAN
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) Universiti Malaya
Diploma Pendidikan (1968)
PENGALAMAN KERJA
1. Guru Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1969)
2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) (1978-1982)
3. Menteri Besar Negeri Sembilan (1982-2004)
4. Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2005)
PENGALAMAN POLITIK:
1. Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan (1978)
2. Ahli Majlis Tertinggi Umno (Hingga 2000)
3. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan (hingga 2004)
4. Naib Presiden Umno (2004)
PILIHAN RAYA:
1. Mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi (1978-1999) dan Parlimen Jempol (2004).
2. Tidak bertanding Pilihan Raya Umum 2008.
.
KALAU ITU SUDAH TAKDIRNYA : CALON BN BAGAN PINANG TAN SRI ISA SAMAD
Tuesday, September 29, 2009
PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG - TAN SRI ISA SAMAD CALON MEMBAWA REBAH
Apa yang dicari dalam pilihan raya? Imej parti atau kehendak rakyat? Ini tentulah seperti diluah mati bapak, ditelan mati emak.
Kes 1 : YB Lim Guan Eng dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kes 2: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Dibebaskan dari hukuman liwat kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan biarpun hakim-hakim tersebut percaya wujud kejadian tersebut dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
Kes 3: Mat Sabu - Ada juga wakil rakyat bukan UMNO yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal telah juga menang pilihan raya beberapa kali selepasnya.
Kes 4: YM Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pernah dituduh terbabit dengan skandal BMF, bertanding atas tiket S46, tetapi masih menang di Gua Musang. Malah saya percaya walau apa pun tuduhan dan tohmahan terhadap Ku Li beliau tetap akan menang di Gua Musang kerana perkhidmatannya yang baik kepada rakyat di sana.
Kes 5: Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, menjalani hukuman penjara dan kemudiannya mendapat pengampunan yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak silap saya Allahyarham turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984. Beliau kemudiannya di pilih oleh Ku Lu untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989 atas tiket Semangat 46 dan disokong oleh Pas. Sungguhpun kalah beliau tetap mendapat undi yang memberangsangkan.
Mengapa mereka masih menang biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya? Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.
PERSOALAN OH PERSOALAN
Apa pula yang dikatakan wakil yang dimahukan parti?
Apa yang dikatakan wakil yg dimahukan rakyat?
Kehendak rakyat :
Tuesday, September 22, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam terutama pengunjung setia Blog Idealis Malaysia ini
Saya turut memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap terutama dalam penulisan saya yang mungkin mengguris hati sesetengah pihak...
Namun itulah realiti... sepahit manapun kita tetap perlu menerima hakikat kebenaran
yang sebenar...
Semoga Penghayatan Terhadap Ramadhan & Ketibaan Syawal mampu menginspirasikan diri kita agar lebih gigih, bersemangat & tidak kenal erti jemu
dalam perjuangan demi membela Islam, Melayu & Malaysia...
Salam Lebaran...
Friday, September 4, 2009
ROBOH KG BUAH PALA : TERBUKTI LIM GUAN ENG KAFIR HARBI MUSUH ALLAH MEMPERGUNAKAN NAMA SYAIDINA UMAR
BAYAN LEPAS, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menyatakan kesediaan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya. "Bagaimanapun saya tidak mahu pemerintahan saya berakhir seperti Khalifah Umar (Abdul Aziz) yang hanya sempat memerintah tiga tahun kerana dibunuh musuh yang tamakkan kuasa dan projek," katanya pada perasmian pusat khidmat rakyat KeADILan Parlimen Bayan Baru di sini, kelmarin.
.
.
.
.
.
Thursday, September 3, 2009
KERAJAAN TERENGGANU BN BAKAL TUMBANG : Y.B LOMPAT MASUK BN HARAM, TAK BERMORAL, JIJIK & HINA... KALAU MASUK PAKATAN ??? MASUK SYURGA?
BINA KUIL DI SEKSYEN 23 SHAH ALAM : BUKTI PAKATAN PANDANG RENDAH ISLAM & MELAYU
.
Kemudian satu bukti yang menggemparkan terbocor iaitu keputusan Mesyuarat Pemindahan Kuil Sri Maha Mariaman yang mana kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tapak di seksyen 23 Shah Alam kepada pemindahan kuil ini yang ditandatangani Y.B Khalid Samad, Y.B Rodziah Ismail dan Wakil Kuil berkenaan yang mana proses mendapatkan kelulusan akan dipanjangkan ke Mesyuarat Kerajaan Negeri dan selewatnya 30 September 2009 keputusan pemindahan ini akan diluluskan... kuil berkenaan akan beroperasi ditapak lama sehingga mendapat kelulusan MBSA pembinaan selewatnya Mac 2010... (BUKTI DI ATAS)
.
.
Namun kini kalau kita semua sedar... Pakatan Rakyat telah memanipulasi dan memainkan fokus masyarakat bukan kepada isu Pemindahan Kuil sebaliknya kepada kejadian dalam perarakan dan demonstrasi aman iaitu membawa kepala lembu yg kononnya menghina Agama Hindu...
.
.