Friday, November 7, 2008

PAKATAN RAKYAT (PKR) : MENJILAT LUDAH SENDIRI

PKR mahu Utusan Malaysia dilarang buat liputan - UTUSAN

Komen : Kata Pakatan Rakyat termasuk DAP, PAS, PKR nak pejuangkan kebebasan bersuara terutama khabar dan media massa... kenapa sekarang lancar kempen BOIKOT UTUSAN... bukan itu langkah ke belakang ke??? tindakan memboikot UTUSAN semacam tindakan "meludah ke langit" akhirnya terkena muka sendiri (DSAI) atau macam "menjilat balik ludah sendiri (Azmin)" . kata pejuang kebebasan... ni macam tersedar kebebasan pun perlu kawalan... betul tak? mengaku pun yg kerajaan sebenarnya betul... bebas macam manapun perlu kawalan bukan macam idea DSAI & PR bebas ala AMERIKA.

Kata UTUSAN sebar berita tak tepat & tak benar (kononnya) jom kita baca HARAKAH. Cuba tengok hampir 70 berita HARAKAH & SIASAH hentam kerajaan, berbaur fitnah dan hasutan supaya rakyat benci kerajaan. Bandingkan dengan utusan ada utusan terang-terang hasut rakyat dan keluarkan artikel burukkan pembangkang... rakyat yg bijak pasti dapat menilai sendiri kebenaran ini... kata org tua macam penulis " mengata dulang paku serpih, mengata UTUSAN, HARAKAH & SIASAH yang lebih"

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan peraturan mesyuarat 80 dan 80(a) untuk melarang Utusan Malaysia daripada membuat liputan di Dewan Rakyat.

Azmin menegaskan, akhbar itu telah tidak membuat laporan yang tepat dan adil serta menjadi agen propaganda UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Yang Dipertua telah membuat keputusan yang tepat bahawa langkah-langkah tambahan merangsang ekonomi yang dibentangkan oleh Najib bukan sebahagian daripada Bajet 2009, tetapi laporan Utusan Malaysia dan TV3 tidak tepat serta tidak adil," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan pada peringkat jawatankuasa Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Azmin merujuk kepada keputusan Pandikar Amin bahawa pembentangan Bajet 2009 dan penggulungan oleh Najib semalam termasuk pengumuman langkah-langkah tambahan untuk merangsang ekonomi negara adalah teratur dan tidak melanggar peraturan mesyuarat. Semalam Pandikar Amin menjelaskan, langkah-langkah tambahan yang mendapat bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dan ahli-ahli Parlimen pembangkang lain, bukan sebahagian daripada Bajet 2009.

Azmin menegaskan, Dewan Rakyat patut mengikut contoh apa yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan melarang wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan dewan tersebut.

Renung-renungkan, selamat berjuang

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.