Monday, October 12, 2015

MAHATHIR MENGAKU TAK ADA BUKTI LENGKAP TUDUHAN DAN FITNAH BERNIAT SEMATA-MATA JATUHKAN NAJIB SAHAJA


insider

DIDESAK wartawan kenapa beliau sendiri tidak membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung segala dakwaan yang dibuatnya, Tun Mahathir hari ini secara terus terang menyatakan beliau tidak cukup bukti untuk membolehkan laporan tersebut dibuat.

Ulang, tak cukup bukti. Tapi sekali pandang macam cakap orang bodoh, laporan polis tak perlu bukti lengkap sebab bukan polis terima buta buta saja laporan itu dan bawak ke Mahkamah, mesti ada siasatan susulan yang akan dibuat.

Pun begitu, yang pentingnya disini, tahu tak cukup bukti tapi nak Najib meletak jawatan (dihukum). Tahu tak cukup bukti tapi pergi merata tempat bercakap seolah-olah Najib dah didapati bersalah oleh Mahkamah, tapi rupanya dalam standard ‘Mahkamah Mahathir’ sendiri pun, Najib belum salah, bukti tak cukup.

(Sekarang fahamlah kenapa FBI tak boleh nak tangkap Najib, bukti tidak ada, kepala kepada semua konspirasi ini sendiri sahkan.)

Rakyat Malaysia rupanya ditipu hidup-hidup oleh Mahathir. Bukti dalam apa bentuk tuduhan dan dakwaan penting. Bukan sistem dunia ini saja, Islam juga menuntut bukti diberikan oleh yang menuduh.

Penulis bagaimanapun nak sebut, pengakuan ini menunjukkan bukan soal keadilan yang Mahathir cari, ini soal bagaimana Mahathir mahu cuci tangan dari ada sebarang kaitan dengan apa jua yang dituduhnya ke atas Najib.

Tak apalah kalau Khairudin Abu Hassan dan Matthias Chang berhadapan dengan tindakan dibawah SOSMA kerana cuba sabotaj negara dalam usaha menjenayahkan Najib, tak apalah kalau Liong Sik berhadapan risiko di saman Najib kerana buat kenyataan hampir sama seperti Mahathir. Tak apalah, itu semua mereka yang kena, bukan Mahathir.

Dia selamat dari segi undang-undang dimana juga dia berada kerana dari segi teknikalnya bukan dia yang buat kerja tapi orang lain sekalipun kita tahulah bahawa dia dalang yang sebenar.

Ini bagaimanapun perlulah dianggap sebagai satu pendedahan paling memalukan yang cukup besar dibuat sendiri oleh Mahathir. Dia yang kepala pun tidak ada bukti rupanya, yang cukup bebal untuk percaya semua dakwaannya boleh berkira-kira masuk kepala dalam pasir bermula malam ini.

Nota kaki – khabarnya Tun M sedang sakit sekarang, sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh.

-MYKMU

No comments:

Post a Comment