Friday, October 9, 2015

DOUBE AGEN PERANCANG LICIK SABOTAJ NEGARA MATTHIAS CHANG DITAHAN DI BAWAH SOSMA


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT_BKEwC5-NS9iZWzgL4vqPoJr3c1eVYrt1APkJ-2vzeYY3ClCNBagus Matthias Chang ditahan polis kerana dia seumpama perancang licik dalam usaha mensabotaj negara malah dikatakan dia mastermind kerana memiliki jaringan rangkaian dalam dan luar negara yang berkeupayaan menggerakkan "mass destuction" usaha sabotaj terhadap negara. 

Harap polis "korek" dan "perah" betul2 untuk dapatkan maklumat pelan keseluruhan rancangan jahat ini... khairuddin hanya balaci, macai dan boneka... jerung-jerung terlibat dalam jaringan ini wajar didedahkan... hingga ke "top leader"

BACA BERITA

Peguam kepada bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang hari ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama malam ini, mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohmad Salleh berkata Matthias ditahan petang tadi ketika melawat anak guamnya (Khairuddin) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kedua-dua seksyen itu, masing-masing berhubung kesalahan sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.

Mohmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Pada 28 Sept lepas, Matthias telah dipanggil bagi memberi keterangan di IPD Dang Wangi berhubung kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu.

Khairuddin sebelum ini, direman selama enam hari mulai 19 Sept mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pada 23 Sept, Khairuddin ditahan semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah SOSMA 2012 atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh mensabotaj negara.
— BERNAMA

1 comment:

  1. Pengkhianat belaan tun mamak..
    sekor penyamun tarbus muflis dah kena tangkap
    kita tunggu siapa pulak

    Tpi harap2 jgn tangkap tun mamak sbb nanti simpati pdnya akan menyebabkan Najib jd mangsa. Biar dia meroyan kt luar tanpa balaci2 utama. Sejauh mana dia boleh jahanamkan UMNO dn Najib kita lihat!

    ReplyDelete