Monday, June 4, 2012

PERHIMPUNAN HIJAU BUKTI KEKUATAN PAS SELAKU KETUA DALAM PAKATAN RAKYAT

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana berjaya menghimpunkan sekitar 30,000 ahli fanatiknya dalam programram Himpunan Hijau ke PUTRAJAYA di stadium darul aman sabtu lepas. 

Penulis begitu positif dengan cara PAS ini bahawa inilah kaedah terbaik dan boleh dijadikan CONTOH kepada semua PARTI PEMBANGKANG kalau nak BERHIMPUN atau MENYUARAKAN sesuatu perlulah diadakan di tempat tertutup dan terkawal tidak seperti perhimpunan BERSIH 3.0 yang akhirnya bertukar "GANAS", "KOTOR" dan "MENJIJIKKAN" kerana tindakan pengganas merusuh dan melanggar undang-undang...

Yang pasti PAS sudah dapat menimbulkan rasa GERUN, GEMENTAR dan HORMAT dari parti lain seperti DAP dan PKR bahawa PARTI TERKUAT dalam Pakatan Rakyat adalah sebenarnya PAS! PAS harus buang rasa rendah diri yang amat dan perlu menuntut penguasaan dalam pakatan rakyat bukan hanya tahu MELUTUT, MENYEMBAH dan MENGIKUT TELUNJUK PKR dan DAP...  bagi penulis PAS yang seharusnya DOMINAN dalam Pakatan Rakyat dan DAP dan PKR yang harus melutut mengikut telunjuk PAS...

BUKTINYA... buatlah perbandingan dalam dunia realiti... parti mana yang memiliki...
AHLI PALING RAMAI? 
JENTERA YANG SETIA & KOMITED?
ORGANISASI dan JENTERA TERSUSUN hingga akar umbi?
PENGALAMAN PENTADBIRAN DAN PENGUASAAN KERAJAAN NEGERI?
SUMBER KEWANGAN DALAMAN KUKUH?
ADA KADER, BARISAN PEMIMPIN DAN PELAPIS BERKALIBER?
dan BANYAK LAGI... namun mengapa harus tunduk pada DAP dan PKR

Kalau susah-susah sangat PAS kena tekan... bayangkan pula kalau PAS dan UMNO bergabung tubuh satu pakatan baru tanpa kaum dan agama lain... rasanya kuat tak??? berhimpun pula di Stadium Bukit Jalil... alamatnya bukan 30,000 atau 50,000... 200 ribu pun boleh kita himpunkan dengan jalinan gabungan UMNO dan PAS... itu lah gambaran kuatnya kalau orang Melayu dan ISLAM bergabung... Kaum dan bangsa lain pastinya TAKUT nak mengganggu gugat hak Melayu dan ISLAM... dan sudah PASTINYA tertegak hak bangsa MELAYU dan subur SYIAR ISLAM bukan!

HABIS KENAPA PAS DAN UMNO TERUS MAHU BERPECAH!
KENAPA PAS HARUS LETAK SYARAT BUKAN-BUKAN KEPADA UMNO DALAM SOAL PENYATUAN UMMAH DEMI KEPENTINGAN SYIAR ISLAM?

MOGA ALLAH BERI HIDAYAH, PETUNJUKKAN DAN ILHAM KEPADA PARA PEMIMPIN ISLAM DALAM PAS DAN UMNO BAGI BERSATU KELAK... AMIN

  MASKOT PAS... IPAS DAN EPAS



 Kehadiran Mursyidul Am dan Presiden PAS dengan diiringi para pemimpin tertinggi di Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star baru-baru ini...


GELOMBANG LAUTAN MANUSIA... DAP KECUT PERUT... PKR LUTUT MENGGIGIL...
 

No comments:

Post a Comment