Tahniah satu lagi projek sebagai jalan ke SYURGA kali ini lebih hebat lebih besar iaitu projek lebuhraya... masyaALLAH... betul jalan itu akan lebih pantas sekali dengan menggunakan lebuhraya ini... malah kepada dermawan boleh saja menyumbang wang sebagai tiket ke syurga kerana seperti janji PAS derma demi PAS janjinya SYURGA!
Sebelum terlebih syok... baik kerajaan KELANTAN cuba menunaikan janji bulan dan bintang yang dilaksanakan sebelum ini.... yang turut menggunakan mudus operanti serupa... berjanji dan akhirnya memperbodohkan RAKYAT KELANTAN...
Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion
CUKUPLAH MARI BERHENTI SOKONG DAN UNDI PAS/PAKATAN RAKYAT!
Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk
pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala
Krai. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang/ derma boleh berbuat
demikian. Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.
No akaun : 03036 01 000 3031
Bank : Bank Islam
Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (dahulu dikenali ROWSTEAD SYSTEMS SDN BHD)
Kesian Rakyat Negeri Kelantan. Pagi-pagi buka paip keluar air teh susu, lagi sedih buka keluar air kopi. Bertambah sedih bila buka paip keluar angin sahaja. Antara air dengan lebuhraya, mana satu yang lebih utama? Utamakanlah benda yang menjadi Keperluan Rakyat dan bukan Kehendak. Hendak mandi, hendak masak, hendak ambil air sembahyang, semuanya memerlukan air bersih. 22 tahun pemerintahan masih gagal memeberikan perkhidmatan asas kepada Rakyat. Sekarang sibuk berjanji untuk membina lebuhraya percuma dengan memerah hasil keringat Rakyat atas nama sumbangan dan derma untuk bekalan pahala ke syurga Nik Aziz.
Apalah diharap dengan janji-janji Kerajaan PAS Kelantan ini untuk
membina lebuhraya percuma? Sedangkan banyak janji-janji terdahulu yang
masih belum dikotakan oleh mereka. Sekadar memberikan beberapa contoh.
Masih ingatkah lagi dengan batu asas di bawah sebagai penanda aras satu
projek? Batu asas projek jambatan PAS (merentasi Sungai Kelantan yang
menghubungkan Palekbang - Kota Bharu) yang diletakkan 16 tahun dulu
disempurnakan oleh KDYMM Sultan Kelantan. Sampai sekarang tidak nampak
tanda-tanda akan dibina. Batu Asas Jambatan Palekbang yang dijanjikan
oleh Nik Aziz 16 tahun yang lalu, kini hanya tinggal batu. Jambatannya
entah ke mana.
Mana pula Stadium yang kononnya ingin dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan
di Bukit Merbau, Pasir Puteh? Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan
kenyataan ini yang dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco
Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011. Sehingga sekarang jangan
katakan stadium, batu asas pun tak nampak lagi.
saya terkesan sekali membaca pesanan buat melayu islam di bahagian atas. diharap tuan dpt besarkan hurufnya supaya pembaca lebih nampak.
ReplyDelete