Sunday, January 29, 2012

JELAS ANWAR IBRAHIM HERO SOKONG BUDAYA SEKS SONGSANG : GAY LESBIAN BISEKSUAL TRANSGANDER (LGBT)

27 Januari 2012, dalam Wall Street Journal Anwar Ibrahim menyatakan tidak perlu menyerang atau menangkap kerana orientasi seks mereka.  Kenyataan yang sama diulang setelah ditemubual oleh BBC pada 12 Januari 2012.

Kemudian Anwar ulangi lagi di Segambut pada 19 Januari 2012 bahawa "Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik,"

"Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda... supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud  untuk menghina orang,"kata Anwar Ibrahim. 

Kenyataan Anwar Ibrahim ini dilihat konsisten dan dibuat secara terbuka tanpa rasa bersalah. Ini satu cara serangan pemikiran terhadap akidah orang Islam. 

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim berkiblat pada HRW. Menurut Human Right Watch (HRW), kerajaan Malaysia perlu menarik balik undang-undang warisan era penjajah yang mengkategorikan sebagai jenayah, sebarang perlakuan seksual di antara manusia sejenis.

‘‘Sama ada Anwar benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali.” 

‘‘Undang-undang yang menghukum perlakuan seksual secara suka sama suka di antara orang dewasa sejenis, merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi,” kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah HRW bagi rantau Asia. 

Pendirian HRW berhubung isu ini mendapat reaksi positif beberapa NGO berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). 

Apakah kita mahu melihat budaya songsang ini menjadi bebas di Malaysia? Sesiapa yang buat gejala songsang ini tidak boleh didakwa kerana orientasi seks mereka? Ini budaya yang tidak bertamadun. Jangan bersubahat dengan pejuang budaya songsang ini.

No comments:

Post a Comment