Wednesday, December 28, 2011

SBPA LABA UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM ATAU ANDA DISAMUN


ISU pelarasan gaji penjawat awam masih lagi hangat didebatkan walaupun PM Najib mengarahkan penangguhan Skim Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) dan mengarahkan JPA berunding dengan Ceupacs.Ceupacs yang pada mulanya garang menentang SBA ini tiba-tiba menjadi kendur namun penjawat awam yang terlibat dalam skim gaji baru SBPA walaupun diberikan taklimat oleh Bahagian Sumber Manusia kementerian atapun jabatan masing-masing tidak pun diberitahu kenaikan gaji mereka dan hanya pengurusan tertinggi serta premier sahaja yang tahu berapa banyak gaji mereka yang dinaikan oleh mereka sendiri.

Inisiatif dari Jabatan Sumber ini mungkin betul kerana Pegawai-Pegawai Kementerian masing sudahpun menerima taklimat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan mereka melaksanakan arahan namun sejauh mana taklimat tersebut mampu menghakiskan kecelaruan minda penjawat awam tentang kenaikan gaji mereka dan penjawat awam hanya dimomokan dengan syarat-syarat baru tempoh persaraan.

Soal tempoh bersara bukan perkara pokok yang didebatkan ketika ini dan taklimat umur persaraan  hanyalah isu terpencil dan ada yang menyifatkan taklimat tersebut sekadar untuk menutup apa yng berlaku sebenarnya di sebalik proses menyalaraskan gaji baru penjawat awam di semua peringkat.Penjawat awam kerunsingan ataupun bercelaru minda pelarasan gaji seperti dimumkan oleh Perdana Menteri memberikan mereka untung yang sedikit tetapi ada pihak lain menangguk di air keruh.

Pelarasan SBPA ini dilihat memberikan `durian runtuh’ kepada sekitar 2,000 orang sahaja dan yang melaraskan gaji ini bukan mengambil kira suara ataupun denyut nadi penjawat awam sekitar 1 juta lebih itu tetapi lebih kepada memproses kenaikan gaji mereka laba atau untung  bukannya kumpulan Sokongan 1 dan 2.

Malah kalangan Pengurusan Tertinggi dan Premier sudah mula mencongak untung besar yang bakal mereka perolehi  hasi dari pelarasan gaji ini.Ada yang menempah kereta baru,rumah baru dan tidak kurang juga yang bercita-cita untuk menambah isteri baru dan sebab itulah didesak penjawat-penjawat awam bersetuju menerima serta menandatangani borang SBPA itu.

Taklimat Jabatan Sumber Manusia cuba lari dari isu sebenar.Mungkin taklimat Jabatan Sumber ini hanya bersandarkan arahan JPA semata-mata dan tidak memenuhi matlamat PM Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 dan kumpulan sasaran yang mahu kerajaan bantu masih terpinga-pinga,apa yang mereka harapkan dari pembentangan Belanjawan yang didedahkan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan apa yang mereka perolehi sebelum ini.Bajet PM Najib itu memberi keuntungan besar kepada pengurusan tertinggi dan preimier semata-mata.

Pembentangan Belanjawan 2012 diambil kesempatan  untuk melaraskan gaji mereka  sendiri hingga kenaikan mencecah 100 % dan kalau kita melihat jumlah Penjawat Awam yang perlu dibela ataupun diberikan perhatian oleh kerajaan menurut laporan JPA sehingga tahun 2009 berjumlah 1,253,026 dengan pecahan-pecahan seperti berikut:-

1.Perkhidmatan Awam Persekutuan - 1,003,223 orang

2. Perkhidmatan Awam Negeri-81,903 orang

3.Badan Berkanun Persekutuan- 110,708

4.Badan Berkanun Negeri- 13,014 orang

5.Pihak Berkuasa Tempatan-44,178

Daripada jumlah ini, untuk SBPA, hanya 35 orang Kumpulan Premier yang gajinya tidak termasuk elaun adalah antara RM35-RM65 ribu sebulan dan ini belum  masuk lagi janji insentif antara 5-15% gaji dan pelarasan gaji baru ini, mereka yang dapat durian runtuh sedangkan yang lain masih lagi seperti ditakuk lama.PM Najib kena ingat,jangan yang dikendong pun tidak dapat,yang dikelek berciciran.

Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) pula, data lama menunjukkan 1900 orang dan ini bukan semua Pegawai Tadbir Diplomatic (PTD) kerana ini termasuk juga doktor pakar, professor universiti, Ketua-Ketua Jabatan Teknikal seperti saintis, penyelidik, guru pakar, pegawai pendidikan sama ada di Kementerian dan Pengarah JPNi, Pegawai Pertanian dan jurutera seperti jawatan Pengarah JKR Negeri.

Bakinya Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) yang kemasukan  bertaraf ijazah dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana yang kemasukannya diploma dan ke bawah hingga PMR.Golongan inilah sebenarnya yang cuba dibela oleh Perdana Menteri tapi lain yang PM Najib harapkan,lain pula jadinya.

 Isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012 menjadi persoalan ataupun teka teki kerana selama ini semua gaji terbuka untuk makluman awam,ianya tidak ada rahsia sejak dari zaman British lagi. Ada dalam website, Warta Kerajaan dan lain-lain cara. Begitu juga Skim Saraan Baru (SSB) pada tahun 1991 ke Skim Saraan Malaysia (SSM) pada tahun 2002 seperti mana dalam  PP4/2002. Gaji KSN hingga Jusa/khas C didedahkan untuk maklumat awam seperti dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-VK-VU.pdf   (Lampiran A)

Kenapa sebelum ini boleh didedahkan kerana ianya menggunakan wang awam. Tiada unsur rahsia atau keselamatan di sini. Dokumen yang sama dibentangkan di Parlimen. Dalam SBPA ini kononnya berlaku `adjustment` atau pelarasan contohnya kumpulan P&P daripada sistem gaji matriks seperti contoh dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-N.pdf.(Lampiran   (Lampiran B)

Mengapa kali ini dirahsiakan dan ada yang mendakwa kerahsaian ini penting kerana yang menggubal kenaikan gaji ini tidak mahu diketahui ramai kenaikan gaji secara melampau kalangan JUSA-JUSA ini.Barangkali inilah sebabnya SBPA ini menjadi begitu rahsia untuk tahun 2012.Tidak salah JUSA Turus,A.B atau C naikkan gaji mereka tapi adalah melampau kalau mereka menaikkan gaji mereka sendiri hingga 100 %.

Gaji Matriks ini ada peringkat (P) iaitu daripada P1 hingga P3  dan ikut kenaikan gaji tahunan T1, T2 dan T3 hingga sampai habis T tersebut, T membawa makna tahun perkhidmatan bagi seseorang penjawat awam.

Dalam SBPA ini, gaji matriks ini diubah kepada gaji sebaris, iaitu tiada lagi P2 dan P3. Perubahan ini menyebabkan pelarasan yang menyebabkan ada kenaikan tetapi masih perlu dalam pernyataan dasar PM di Parlimen Oktober 2011 lalu iaitu 7-13% seperti para 56 elemen keempat ucapan PM ini http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf (Lampiran C)  

Isunya, ada penjawat awam yang dapat kenaikan didalam lingkungan 7-13% tetapi ramai juga yang bawah daripada itu dan ini diterima asalnya oleh majoriti penjawat awam tetapi ada sesiapa yang boleh jelaskan bagaimana gaji JUSA dalam SBPA ini yang memang tiada gaji matriks P1,P2, P3 seperti P&P dalam SSM seperti  Lampiran A di atas boleh naik sampai 100%?.

Bagaimana `adjustment’nya boleh membuatkan Mata gaji JUSA C dalam SBPA sebagai contohnya didakwa boleh mencecah sampai RM15 ribu sebulan sedangkan gaji asal SSM untuk maksimum gaji untuk Jusa C (lihat VU5 dalam Lampiran A) hanya RM7672.50 sebulan. Gaji baru JUSA C dalam SBPA hampir sama dgn mata gaji akhir SSM untuk KSN yang dalam skim lama SSM pun hanya RM13,940.30.

Pelarasan gaji ini ada yang menyifatkannya sebagai satu `rompakan` di siang hari kerana ini jelas bertentangan dengan dasar yang ditetapkan oleh PM dalam bajet iaitu kenaikan hanya 7-13% tetapi JUSA mengambil kesempatan menaikan gaji mereka lebih daripada itu.Kalau begitu apa gunanya PM Najib bentang di Parlimen kalau pegawai boleh buat sesuatu yang berlawanan dengan kuasa Parlimen dan Eksekutif?Di mana kuasa PM Najib?Sia-sia sahaja penyelarasan gaji baru penjawat awam kalau keputusan Parlimen tidak diambil kira.

Dan sebagai contoh jika pegawai JUSA C yang dulunya gaji maksimum hanya RM7672.50 kini boleh dapat RM13 ribu sebulan tidak termasuk elaun dan kemudahan percuma. Jika selepas ini mereka memilih untuk  bersara  atau dibersarakan kerana tidak berprestasi tinggi atau khianat atau tidak patuh pada dasar Kerajaan, mereka  dengan mudah dapat pencen penuh iaitu lebih kurang RM7000(separuh daripada gaji yang dilaraskan dalam SBPA) seumpama dengan gaji penuh masa SSM..

Mereka ini tidak perlu bersungguh-sungguh berkerja dan kesan daripada ini kerajaan yang menanggung segala pengkhianatan mereka ekoran pelarasan gaji yang berat sebelah ini.Kalau inilah niat Perdana Menteri untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan ataupun pendapatan penjawat awam,slogan Rakyat DiDahulukan hanya retorik semata-mata.najib belum cukup merasai denyut nadi rakyat.Ingat Penjawat awam adalah sebahagian besar fixed deposir kerajaan.
 
Sumber / Bacaan Lanjut : Sanggah Tok Janggut

No comments:

Post a Comment