Monday, August 16, 2010

SILA BEZAKAN KHIR TOYO DAN KHALID IBRAHIM - NASIB SELANGOR KINI

Despite these setbacks, Khalid said his government "is better (than the BN government) by any imagination", even after less than three years in office. Likewise, he was less than kind about his predecessor Dr Khir Toyo, saying that the Umno man did "not deserve to be an MB" and "won't even reach senior manager level" at Guthrie, where Khalid was once CEO - MalaysiaKini

Khalid Lembu Gagap Takut Kucing..!! Khir Toyo Lebih Berani….

“ Aneh tetapi benar. Tokoh yang begitu kental sekali berdepan dengan pelbagai rintangan dalam dunia korporat dan politik rupa rupanya takut kepada seekor kucing. Itulah hakikat yang dihadapi oleh menteri Besar Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim….”

Demikianlah petikan artikel yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 14 Ogos 2010.

Minggu lepas Khalid Lembu Gagap mendabik dada menyatakan bahawa beliau “lebih baik” dan lebih bagus daripada mantan MB Selangor Dato Seri Dr Khir Toyo. Malah Khalid membayangkan bahawa Khir Toyo langsung tak layak untuk diberikan sebarang jawatan utama [senior position] sekiranya berada dalam pengurusan Kumpulan Guthrie!

Marilah kita teliti perbezaan dan persamaan kedua dua mereka untuk dinilaikan siapa yang lebih baik diantara mereka berdua;

POLITIK :

1. Khalid terpaksa pecat Setiausaha Sulitnya Yahaya Saari ketika usia kerajaan Pakatan baru dua bulan, manakala baru baru ini Khalid terpaksa memecat Nik Nazmi dan menggantikannya dengan Faekah Husin diwaktu yang sama Faekah juga adalah Setpol kepada Presiden PKR, bermakna Khalid “bermadu” Setpol dengan Wan Azizah…. Tetapi sepanjang 8 tahun Khir Toyo menjadi Ketua kerajaan, pejabat MB tidak pernah celaru dan kalut dengan masalah kakitangan terutamanya kesemua setiausaha beliau.

2. Khalid dipecat daripada memegang jawatan nombor satu PKR Negeri Selangor setelah diambil alih oleh AzminAli. Khir Toyo sewaktu tempoh menjadi MB dan Ketua Kerajaan Negeri Selangor beliau juga diberikan kepercayaan menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor walaupun ketika itu Tan Sri Mat Taib yang lebih senior masih berada dalam kepimpinan..…

3. Khalid menjadi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang TIDAK lengkap barisan jawatankuasa, tiada Naib Ketua, tiada Bendahari, tiada Ketua Penerangan, tiada Ketua AMK, hanya ada seorang Ajk daripada 15 yang sepatutnya…., kecoh suatu ketika dahulu berita melaporkan PKR Kuala Selangor bubar kerana hampir 90% pimpinan Cabangnya itu letak jawatan! Ini berbeza dipihak Khir Toyo yang masih kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sehinggalah kehari ini.

EKONOMI

1. Khalid tidak bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri Selangor kerana beliau TIDAK menjadi Pengerusi kepada porfolio Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, sebaliknya Khalid hanya mengambil tugas kurang mencabar sebagai Pengerusi Porfolio Belia dan Sukan. Ini berbeza sewaktu Khir Toyo menjadi MB beliaulah yang mengambil tanggungjawab menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan menyerahkan portfolio Belia dan Sukan kepada Exco yang lain…

2. Khalid hanya “mewarisi” segala pembangunan dan kemajuan kemakmuran negeri Selangor daripada titik peluh kerajaan BN lebih 50 tahun seperti pembangunan kawasan perdagangan, perumahan, prasarana.

3. Khalid masih “berhutang” kepada rakyat Selangor kerana masih banyak lagi janji janji dalam Manifesto Pilihanraya ke 12 yang belum ditunaikan ; Bantuan RM75 seorang kanak kanak yang dihantar ke nursery, Bantuan RM50 seorang anak anak yang memasuki pra-sekolah, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas untuk suri rumah yang menjaga anak sepenuh masa, Memberi 90 hari cuti bersalin untuk wanita yang bekerja, Rawatan PERCUMA untuk warga yang berusia 65 tahun keatas, Mengurangkan Cukai Pintu sebanyak 20%untuk rumah kediaman dan 10% untuk premis perniagaan. S
emuanya bohong belaka – janji untuk gula gula meraih undi daripada rakyat Selangor!

SOSIAL DAN MASYARAKAT

1. Khalid tidak pernah peduli sensitiviti bangsa melayu dan agama islam, sewaktu krisis rampasan jualan arak Khalid memihak kepada Ronnie Liu dan tidak menyokong usaha yang dibuat oleh Dr Hassan Ali…

2. Khalid juga membiarkan Exco Exco bukan melayu memeriahkan “pembangunan” negeri Selangor dengan melahirkan terlalu banyak rumah rumah urut, hotel hotel murah yang akhirnya menghasilkan aktiviti aktiviti kongsi gelap dan pelacuran berleluasa….

3. Khalid seorang yang double standard menyokong penuh pemimpin yang ada masalah moral agar kekal duduk dalam Majlis Kerajaan Negeri Selangor, kes bogel Elizabeth Wong, wakil rakyat Bukit Lanjan itu tidak dipecat sebaliknya masih dibenarkan memegang jawatan penting kerajaan negeri. Kenapakah dalam kes Yahaya Saari, bekas Setiausaha Sulit Mb itu diarahkan melepaskan jawatannya?

KARISMA DAN KETOKOHAN

1. Cara pertuturan dan percakapan Khalid gagap…., tetapi Khir Toyo lancar. Orang yang GAGAP tidak sesuai jadi ketua kerajaan negeri sebab setiap kali dia bercakap menyusahkan para wartawan media untuk buat liputan.....

2. Khalid seorang yang takut dengan kucing tetapi Khir Toyo tak takut kucing… Kalaulah kucing pun Khalid dah takut, mana mungkin berani nak tangkap lanun lanun perompak pasir di Selangor..???

Cukuplah sekadar senarai yang dinyatakan diatas untuk dibuat perbezaan dan persamaan diantara Khalid Lembu Gagap dengan Dr Khir Toyo.

Dalam memberikan respon kepada kenyataan angkuh, sombong dan “gonjol” Khalid ini, mantan MB Khir Toyo secara rendah diri akui bahawa pentadbirannya tidak sempurna, namun begitu perlu diingat bahawa sewaktu Khir menyerahkan kuasa kepada Khalid kedudukan kewangan negeri Selangor jauh lebih tinggi dari sebelumnya kerana prestasi baik yang menyaksikan hampir kesemua anak syarikat kerajaan negeri mencatat keuntungan, kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya dipertingkat, begitu juga dengan keberkesanan kerja pihak Pejabat Tanah Galian.

Untuk baca jawapan lengkap Dato Seri Khir Toyo, sila klik sini.

No comments:

Post a Comment