Monday, August 16, 2010

EDISI KHAS :BETAPA BANGSATNYA POLITIK KOTOR DAP - MELAYU SEMAKIN TERANCAM

Lim Guan Eng Pasang Impian Jadi PM

Mengapa Lim Guan Eng yang perlu umum habuan jika pakatan menang dan kuasai Putrajaya? Terserlah niat sebenar DAP hendak merampas tempat sebagai Perdana Menteri daripada Anwar Ibrahim dan juga PAS. Mungkin sebab mereka parti yang paling banyak dalam Pakatan Pembangkang sekarang ini. Lagipun yang kuat kerja mendaftar pengundi baru sekarang pun DAP. Memang terserlah niat mereka untuk menguasai negara ini. Selepas Lim Guan Eng terkedu menjawab soalan wartawan kerana menutup pintu perniagaan di Komtar hingga menyebabkan seorang peniaga Cina mahu membunuh diri, Lim Guan Eng segera menutup kelemahan tersebut dengan berjanji lagi kepada rakyat. Auta dan terus auta.



Di negeri Pulau Pinang, yang sudah ditadbir oleh DAP, warga emas hanya dapat RM100 untuk setahun. Ramai warga emas yang tidak dapat kerana Lim Guan Eng memberi alasan pangkalan data kena virus. Begitulah cara Guan Eng lepas tangan. Masa kempen pilihan raya umum yang ke-12, DAP janji lapan perkara pada 25 Februari 2008 (baca sini). Antaranya adalah bonus sehingga RM6,000 ringgit setiap isi rumah. Bila ditanya hendak ambil duit daripada mana, jawabnya mudah sahaja ambil daripada Petronas. Sudah perintah di Pulau Pinang, apakah janji tersebut dilaksanakan pada rakyat Pulau Pinang? Sudah perintah, siak Masjid tepuk bahu bertanya khabar pun dikatakan sebagai ancaman. Kelakuan Lim Guan Eng itu amat rasis.



Lim Guan Eng kata "kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China,”. Siapa kata DAP tidak ada hubungan dengan parti komunis? Pada 22 November 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) mempertikaikan keputusan kerajaan mengapa tidak membenarkan Chin Peng pulang. Anwar Ibrahim juga pada 14 Jun 2009, menyatakan secara terbuka untuk membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia (baca sini). Chin Peng ini siapa? Pejuang kemerdekaankah? Jangan terkejut hari ini sudah ada buku dan filem yang memuja komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ini bukti jelas DAP masih lagi menyokong pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Buat apa hendak auta lagi Guan Eng. Dalam bulan Ramadhan ini banyak sangat auta Guan Eng ini. Berhati-hatilah orang Melayu, jangan terpedaya dengan janji pewaris Kit Siang ini.

Peniaga Bazar Ramadhan Mangsa Diskriminasi DAP

Esok umat Islam dijangka akan mula berpuasa. Di Pulau Pinang, 27 peniaga bazar dilarang untuk berniaga di kawasan bangunan Komtar. Restoren Melayu dirobohkan, rumah orang Melayu di Kampung Pokok Asam dirobohkan, gerai makanan orang Melayu di Sungai Nibong diruntuhkan kini ketika Ramadhan, bazar Ramadhan pun dilarang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Gambar gerai orang Melayu milik Borhan yang dirobohkan di Sungai Perai, Seberang Jaya pada 31 Januari 2010. Sikap diskriminasi DAP ini jelas sekali menindas orang Melayu di Pulau Pinang. Satu demi satu perniagaan yang berkaitan dengan orang Melayu menjadi mangsa DAP di Pulau Pinang. Inilah cara pemerintahan ala Umar Abdul Aziz yang dilaungkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Sampai bila orang Melayu dalam PAS dan PKR sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menjahanamkan bangsa sendiri?. Sanggup berkawan dengan DAP yang menindas bangsa sendiri. Sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri. Cukuplah, DAP sudah amat biaDAP.

DAP Berterusan Buat Tindakan Rasis Terhadap Orang Melayu


Kafe Do Re Mi, Kampung Pokok Assam, Kampung Binjai, Kampung Tengah dan terbaru adalah Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sungai Nibong Pulau Pinang yang menjadi mangsa sikap perkauman DAP di Pulau Pinang (baca lagi). Yang kena semuanya kawasan orang Melayu di Pulau Pinang. Untuk menutup semua kegiatan pengusiran ini, Guan Eng mengkambing hitamkan Nik Ali Mat Yunos (Pegawai Pembangunan Negeri). Ketika seruan untuk orang Melayu dilihat seolah seakan tidak berjaya, DAP berterusan bertepuk tangan bergembira kerana orang Melayu terus bertelagah. Kerajaan DAP Pulau Pinang berterusan membuat sesuka hati mereka di Pulau Pinang. Esok lusa, siapa pula akan jadi mangsa tindakan rasis DAP ini.

Runtuh Kampung Melayu, Bina Banglo Besar


Di Selangor, DAP sudah mula bercadang untuk membina banglo mewah untuk "encik B" bernilai RM100 juta di Kuala Langat, orang Melayu bakal dihalau perlahan lahan di sana. Di Pulau Pinang, sebuah negeri yang diperintah sepenuhnya oleh DAP, pembangunan lebih diutamakan berbanding kebajikan rakyat. Penduduk di Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan Kampung Binjai menerima kesan pemerintahan cara DAP di Pulau Pinang. Begitulah cara mentadbir seorang khalifah Guan Eng mentadbir. Seorang amat kejam, cauvanis dan tidak berperikemanusiaan.

Pada 1 Julai 2010, 16 belas buah rumah orang Melayu di Kampung Pokok Asam, Pulau Pinang mahu dirobohkan untuk dibina kediaman berharga RM800,000 sebuah. Satu lot hanya diberi pampasan RM75,000 sahaja, sedangkan dalam satu lot rumah ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang penghuni terlibat. Pemaju tentunya untung berkali ganda. Kampung Pokok Asam ini terletak dalam parlimen Jelutong yang diwakili oleh Jeef Ooi (Pengawai Khas Lim Guan Eng). Mungkinkah ada orang politik daripada DAP yang terlibat dalam membuat keuntungan dalam projek pembangunan di Pokok Asam? SPRM perlu menyiasat perkara ini dengan teliti. Penduduk di kampung tersebut telah tinggal di sana sejak 90 tahun yang lalu, amat tidak adil bagi mereka diperlakukan seperti pendatang haram di atas tanah sendiri.

Apa yang diperkatakan oleh Guan Eng dan Kuan Yew? Apakah nasib orang Melayu di Pulau Pinang akan sama seperti di Singapura?


Selepas ini Kampung Binjai pula akan menjadi sasaran pembangunan DAP di Pulau Pinang. 50 buah rumah akan digantikan dengan pembinaan rumah berkembar 3 tingkat berharga lebih RM500,000 setiap satu. Pampasan yang dibayar tidak munasabah harganya sedangkan keuntungan yang dibuat berlipat ganda. Persoalannya, beginikah cara DAP membuat keuntungan di Pulau Pinang? Berapa ramai orang Melayu yang mampu membeli rumah yang berharga RM500,000 ke atas? Atau ini salah satu projek untuk menempatkan pengundi baru DAP bagi pilihan raya akan datang. Sampai bila pun jika orang Melayu di Pulau Pinang masih melihat isu ini sebagai satu masalah yang terasing dan jauh dari mereka, selagi itulah DAP akan lebih berani bertindak. Cuba bilang tengok berapa banyak lagi kampung Melayu yang masih ada di Pulau Pinang. Esok lusa, entah siapa yang akan kena. Tidak kira PAS, PKR atau UMNO, orang Melayu kena lihat isu ini sebagai isu yang menghina bangsa Melayu. Bersatulah sebelum dihalau dari bumi sendiri.

Nik Aziz Gadaikan Kalimah Allah Demi DAP

Demi untuk meraih undi DAP, Nik Aziz sanggup gadaikan kalimah Allah SWT. Beginikah sikap seorang yang digelar sebagai Tok Guru? Demi kepentingan politik kalimah Allah boleh digunakan oleh DAP, kenyataan ini amat mengguris umat Islam. Jabatan Agama Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak segera agar kenyataan Nik Aziz ini tidak menyeleweng orang lain semata-mata untuk mencapai cita-cita politik. Isu rasuah RM4 juta dan penyelewengan Bazaar Tok Guru bernilai RM23 juta masih belum selesai di Kelantan, tampil pula memberi "fatwa" yang boleh mengelirukan umat Islam.

DAP : Nama Jalan & Runtuh Kedai


Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan PKR memang mengikut cakap DAP. Esok, satu jalan di Selangor akan ditukar nama kepada nama seorang tokoh DAP. Jalan Barat akan ditukar menjadi Jalan Dr V David, kononnya sempena hari pekerja. Rasional sebenar adalah untuk mengagungkan DAP bukan untuk memperingati pekerja. Ini kerana di Perak, satu nama jalan sudah ditukar nama kepada seorang lagi pemimpin DAP iaitu P. Patto. Jadi, jangan terkejut kalau Ketua Menteri Pulau Pinang selepas ini mengubah satu nama jalan, bangunan atau jambatan untuk memperingati bapanya di Pulau Pinang.

DAP memang berminat dengan nama sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 lagi. Dulu Teresa Kok memperjuang nama jalan dalam bahasa Jawi ditiadakan, kini nama jalan khusus untuk memperingati pemimpin DAP sudah diadakan.

Sementara itu, di Pulau Pinang kejadian siling runtuh di Dewan Undangan Negeri berulang lagi pada 30 April 2010 setelah runtuh pada 23 Julai 2008. Apa sebabnya sebenar siling tersebut runtuh? Perkara ini perlu disiasat dengan rapi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Esok hari pula iaitu pada 2 Mei 2010, kerajaan DAP Pulau Pinang berhasrat untuk merobohkan dua buah kedai peniaga Melayu iaitu Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dan Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar. (baca sini) DAP meraikan hari pekerja dengan mengabadikan nama jalan untuk pemimpin mereka tetapi dalam masa yang sama bertegas untuk merobohkan kedai orang Melayu di Pulau Pinang. Inilah kaedah pemerintahan Malaysian Malaysia cara DAP.

Nizar Menghasut Kaum Cina

Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan pada 17 April 2010 di Kampung Baru Kalumpang, Hulu Selangor dengan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Dato' Seri Najib (lihat video ini).Kenyataan ini adalah amat rasis dan telah menghasut pengundi keturunan Cina untuk membenci Presiden Barisan Nasional. Orang seperti Nizar ini sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk menagih undi memenangkan pakatan pembangkang.

Sanggup menjadi balaci politik kepada Nga dan Ngeh untuk memecahkan perpaduan kaum di negara ini. Orang seperti Nizar ini perlu diajar oleh pengundi di Bukit Gantang. Apa perubahan yang Nizar sudah lakukan di Bukit Gantang? Mana janji-janji masa pilihan raya kecil tahun lepas? Kerjanya hanya berceramah memfitnah orang lain, itulah kerja Nizar. Pengundi Bukit Gantang, nilaikanlah sendiri Ahli Parlimen anda ini. Dia memang seorang yang rasis dan pengkhianat Melayu.

No comments:

Post a Comment